• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nothing Phone (2a) Plus akan dilancar 31 Julai dan ia adalah telefon Mega

  • OLEH Najib
  • 10:26 am
  • 19/07/2024
  • Komen
Nothing Phone (2a) diumum berharga bawah RM2,000, penuhi keperluan telefon kelas pertengahan
Share on FacebookShare on Twitter

Awal bulan ini, jenama di bawah Nothing iaitu CMF baru sahaja melancarkan telefon pintar pertama mereka, CMF Phone 1. Sebelum itu, Nothing Phone (2a) pun baru sahaja dilancar pada bulan Mac lepas. Kini, Nothing mengumumkan mereka akan melancarkan satu lagi telefon pintar baru, diberi nama Nothing Phone (2a) Plus.

Perkara ini dimaklumkan Nothing menerusi media sosial rasmi mereka. Turut dinyatakan, ia akan dilancar pada hari Rabu, 31 Julai 2024, pukul 5 petang waktu Malaysia. Jika sama seperti pelancaran sebelum ini, ia akan menyiarkan video yang telah dirakam lebih awal ke saluran YouTube Nothing.



Apa kaitan dengan Mega Aerodactyl?

Nothing memberi kod nama kepada telefon mereka berdasarkan nama Pokemon. Untuk Nothing Phone (2a), ia telah diberi nama Aerodactyl. Sebelum mengumumkan tarikh pelancaran Phone (2a) Plus, Nothing telah berkongsi gambar tentang Mega Aerodactyl. Ia adalah Aerodactyl yang telah berevolusi dan lebih berkuasa.

Dari Aerodactyl kepada Mega Aerodactyl

Jika menggunakan rujukan yang sama, Phone (2a) Plus pasti adalah telefon yang serupa tetapi lebih hebat daripada Phone (2a). Tentang ini, Nothing masih belum berkongsi apa-apa maklumat. Tetapi kebiasaannya, Nothing akan memuat naik sedikit-demi sedikit maklumat berkaitan peranti yang akan dilancar sebelum tarikh pelancaran.



Mungkin ini maksud Plus

Untuk ringkasan, Nothing Phone (2a) yang telah dilancar dikuasakan cip MediaTek Dimensity 7200 Pro 4nm, RAM sehingga 12GB dan storan hingga 256GB. Skrinnya AMOLED seluas 6.7-inci, HD Penuh 120Hz dengan kecerahan sehingga 1,300nits.

Depan Nothing Phone (2a)

Ia memiliki kamera utama 50MP dan kamera ultralebar 50MP, serta kamera hadapan 32MP. Baterinya sebesar 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas USB-PD 45W. Terdapat LED Glyph di belakang tetapi hanya di bahagian atas, tiada di bawah.

Jadi, apa Mega yang boleh ditambah ke dalam Phone (2a) menjadi Phone (2a Plus)? Skrinnya nampak sudah sangat besar 6.7-inci untuk sebuah telefon pintar. Mungkin kapasiti bateri ditambah dan pengecas lebih pantas. Atau dipasang LED Glyph di bahagian bawah juga.

Belakang Nothing Phone (2a)

Selain itu, pasti harga Phone (2a) Plus lebih mahal daripada Phone (2a) yang berharga RM1,699, tetapi di bawah harga Phone (2) yang berharga dari RM2,999. Ada jurang yang besar boleh diisi Phone (2a) Plus tetapi adakah ia berbaloi? Kita tunggu pelancarannya kelak pada 31 Julai 2024.

[Sumber: Nothing]

Bacaan Berkaitan

  • Nothing Phone (2a) SE gabung tiga warna, hanya 100 unit dijual di Malaysia
  • Nothing Phone (2a) diumum berharga bawah RM2,000, penuhi keperluan telefon kelas pertengahan
  • Ini rupanya maksud ‘Fresh Eyes’ di Nothing Phone (2a)
Tags: NothingNothing Phone 2aNothing Phone 2a Plus
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Nothing Phone (2a) diumum berharga bawah RM2,000, penuhi keperluan telefon kelas pertengahan

Nothing Phone (2a) Plus akan dilancar 31 Julai dan ia adalah telefon Mega

19 July 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

6 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER