• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme C61 akan dilancar sebagai telefon murah, tahan lasak dan dijamin 2-tahun?

  • OLEH Najib
  • 11:25 am
  • 19/07/2024
  • Komen
Realme C61 akan dilancar sebagai telefon murah, tahan lasak dan dijamin 2-tahun?
Share on FacebookShare on Twitter

Realme baru sahaja memaklumkan tentang majlis pelancaran siri Realme 13 Pro di peringkat antarabangsa hujung bulan ini, kini Realme Malaysia pula menyatakan mahu melancarkan Realme C61 tidak lama lagi. Ia akan menjadi model keempat dalam keluarga siri-C tahun ini, selepas Realme C67, Realme C65 dan Realme C63 telah dilancar di Malaysia.

Realme C61 akan dilancar di Malaysia pada hari Jumaat, 2 Ogos 2024. Pastinya orang ramai akan mengetahui harga rasminya, serta promosi jualan awal, jika ada disediakan. Mungkin hadiah percuma diberi untuk pembeli terawal.



sumber

Buat masa ini, tiada maklumat rasmi ditemui tentang Realme C61. Walaupun ia telah dilancar di India, Realme C61 di sana adalah model yang berbeza kerana ada dua bulatan di modul kamera belakang. Dalam poster yang dikongsi Realme Malaysia, Realme C61 yang bakal dilancar ada tiga bulatan di belakang.

Tetapi apa yang cuba diketengahkan, Realme C61 adalah telefon yang tahan lasak dan sukar untuk dipecahkan. Realme menyatakan, Realme C61 boleh menyerap hentakan dan terselamat dari terjatuh atau kemalangan tidak disengajakan, menerusi lapan peningkatan utama. Ia juga kalis percikan air dan debu IP54.



Jaminan Penggantian 1-ke-1 selama 2-tahun

Ada perkara menarik boleh diperhatikan dalam gambar yang dikongsi Realme Malaysia. Pertama adalah jaminan penggantian 1-ke-1 dalam tempoh 730 hari, bersamaan dengan 2 tahun. Adakah Realme C61 nanti akan ada waranti selama 2-tahun?

Kedua dalam nota kecil di bawah, dikatakan Realme C61 memiliki RAM dinamik 18GB, gabungan 6+12. Malah, gabungan RAM 18GB dan ROM 256GB adalah varian tertinggi disediakan. Boleh disimpulkan, Realme C61 di Malaysia akan boleh didapati dalam varian RAM 6GB dan storan 256GB.

Harga Realme C61 di bawah RM500?

Pelancaran Realme C61 masih jauh, tetapi sudah ada kedai dilihat telah menyenaraikan model ini. Dalam senarai tersebut, Realme C61 dengan RAM 6GB dan storan 128GB dijual pada harga RM499. Dari gambarannya, ia kelihatan serupa dengan perkongsian Realme Malaysia sendiri.

Malah, turut diletakkan spesifikasi untuk Realme C61. Antaranya skrin HD 6.745-inci 90Hz, cip Unisoc T612, dwi-kamera belakang 50MP, kamera hadapan 5MP, bateri 5,000mAh dan pengecasan 10W. Ada 2 warna pilihan, antara hitam dan emas.

Adakah ini spesifikasi dan harga untuk Realme C61 di Malaysia? Persoalan ini akan terjawab di pelancaran Realme C61 pada 2 Ogos 2024. Nantikan laporan daripada kami.

Bacaan Berkaitan

  • Realme C65 dilancar lebih murah dengan storan besar 256GB dan pengecas jauh lebih pantas
  • Realme C63 dilancar, telefon termurah dengan pengecas 45W di Malaysia
  • Harga baru Realme C67 lebih murah, ada kamera 108MP dengan zum dalam sensor
Tags: RealmeRealme C61
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Realme C61 akan dilancar sebagai telefon murah, tahan lasak dan dijamin 2-tahun?

Realme C61 akan dilancar sebagai telefon murah, tahan lasak dan dijamin 2-tahun?

19 July 2024
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER