• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

ViewQwest lancar pelan jalur lebar 10Gbps di Malaysia, harga bermula RM1,800

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:55 pm
  • 19/07/2024
  • Komen
ViewQwest lancar pelan jalur lebar 10Gbps di Malaysia, harga bermula RM1,800
Share on FacebookShare on Twitter

Anda mungkin pernah tentang ViewQwest sebelum ini, dan mereka adalah penyedia perkhidmatan jalur lebar Singapura yang telah memasuki Malaysia sejak tahun 2016. Terbaru ini, mereka telah memperkenalkan pelan jalur lebar terbaru dengan kelajuan 10Gbps untuk semua pengguna di Malaysia.

Pelan 10Gbps terbaru ini ditawarkan untuk kedua-dua kegunaan perniagaan dan rumah. Bagaimanapun, tidak seperti Singapura yang tersedia dengan beberapa pilihan pelan jalur lebar pantas seperti 3Gbps, 5Gbps dan 10Gbps, pasaran Malaysia hanya menerima 10Gbps sahaja, selain daripada 1Gbps sedia ada.



Selain itu, pelan 10Gbps ini juga dikatakan tersedia sebagai penyelesaian tersuai kerana tidak boleh didapatkan melalui laman web pelan jalur lebar rumah dan perniagaan sedia ada. Sebaliknya, hanya boleh didapatkan dengan menghubungi pihak ViewQwest kerana memerlukan tinjauan tapak terlebih dahulu dan perlu dilihat sama ada ia menyokong infrastruktur 10Gbps.

Harga pelan jalur lebar 10Gbps ViewQwest di Malaysia

Oleh sebab itu, harganya pun tak murah. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ViewQwest, Vignesa Moorthy, langganan pelannya bermula pada harga RM1,800 sebulan. Ini jauh lebih mahal berbanding pelan jalur lebar yang sama di Singapura. Sebagai perbandingan, harga pelan jalur lebar 10Gbps rumah di Singapura berharga sekitar SGD69 (~RM241), perbezaan sekitar RM1,500.



Perlu untuk anda tahu juga yang kos ini juga akan berbeza bergantung pada keperluan pelanggan. Misalnya, pengguna boleh memilih untuk mendapatkan router dan mesh WiFi 7 bagi memperoleh prestasi terbaik untuk pelan 10Gbps mereka.

Sewaktu sesi pelancarannya, ViewQwest juga tidak terlepas untuk mengadakan ujian kelajuan sebenar, dan perkhidmatannya menunjukkan kelajuan konsisten mencapai 8Gbps ke 9Gpbs untuk kelajuan muat turun dan muat naik. Dalam percubaan lain, muat turun permainan bersaiz 10.7GB di Steam mengambil masa sekitar 1 minit 5 saat untuk selesai.

Liputan kawasan jalur lebar 10Gbps ViewQwest

Daripada segi liputan yang tersedia untuk pelan 10Gbps, ia boleh dibekalkan di kawasan terletak di Lembah Klang dan Johor Bahru. Untuk kawasan yang menggunakan infrastruktur TM pula, perkhidmatan 10Gbps masih boleh disediakan tetapi ViewQwest perlu menjalankan penilaian teknikal di premis berkenaan terlebih dahulu untuk mengetahui teknologi rangkaian yang digunakan.

Bergantung pada kawasan, ViewQwest menggunakan sama ada Metro Ethernet atau 10 Gigabit Symmetrical Passive Optical Network (XGSPON) untuk perkhidmatan 10Gbps mereka.

Kalau anda berminat untuk tahu lebih lanjut dan mendapatkan pelan jalur lebar 10Gbps ini, anda boleh menghubungi pihak ViewQwest melalui laman ini.

[Sumber: SoyaCincau]

Bacaan berkaitan

  • ViewQwest lancar pelan jalur lebar perniagaan 1Gbps simetrik, sama laju muat naik dan turun
  • Viewqwest luaskan liputan jalur lebar dengan pengambilalihan Macro Lynx dan iHalo
  • Viewqwest gandakan kelajuan jalur lebar sehingga 5x sempena PKP
Tags: Jalur Lebar Fiberpelan jalur lebarViewQwestViewQwest 10GbpsViewQwest Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
ViewQwest lancar pelan jalur lebar 10Gbps di Malaysia, harga bermula RM1,800

ViewQwest lancar pelan jalur lebar 10Gbps di Malaysia, harga bermula RM1,800

19 July 2024
Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

21 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER