• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama honor

HONOR 200 Pro: Ini alternatif paling baik untuk HONOR Magic6 Pro

  • OLEH Penaja
  • 10:01 am
  • 22/07/2024
  • Komen
HONOR 200 Pro: Ini alternatif paling baik untuk HONOR Magic6 Pro
Share on FacebookShare on Twitter

Artikel ini dibawakan oleh HONOR

Telefon masa ini bukan sekadar telefon. Ia sudah berintegrasi dalam kehidupan seharian. HONOR 200 Pro adalah salah satu telefon yang ada banyak ciri premium untuk anda pertimbangkan sebagai alternatif kepada HONOR Magic6 Pro sekiranya anda berdepan dengan kekangan bajet.



HONOR Magic6 Pro: Pilihan Premium

Magic6 Pro telah menduduki takhta tertinggi pada segi penawaran telefon pinter jenama itu. Ia ditawarkan pada harga RM4,299, diperkasa Snapdragon 8 Gen 3, bateri gergasi 5,600mAh, dan dilengkapi konfigurasi tiga kamera berprestasi tinggi 50MP setiap satu.

Ia memang direka untuk cemerlang pada segenap pelosok, sama ada untuk komunikasi, penciptaan kandungan, ataupun fotografi.



HONOR 200 Pro: Ciri Premium, Harga Patut

HONOR 200 Pro, ia diperkasa cip Qualcomm Snapdragon 8s Gen 3, lantas menjadikannya dalam kategori flagship. SoC ini bergandingan bersama RAM 12GB dan storan 512GB.

Di bahagian muka, HONOR 200 Pro menggunakan panel paparan 6.78” daripada jenis OLED dengan resolusi 1.5K. Sejurus keluar kotak, telefon ini menjalankan sistem oeprasi MagicOS 8.0, sama seperti HONOR Magic6 Pro.

Kelengkapan kamera Honor 200 Pro terdiri daripada 3 buah kamera belakang dan 1 kamera depan. Bermula dari belakang, ia ada kamera utama dan kamera telefoto 50MP dengan kamera utama mengguna pakai sensor H9000, pertama seumapanya di Malaysia. Kamera belakang ketiga ialah kamera ultralebar/makro dengan sensor 12MP. Selfie diambil menggunakan kamera 50MP.

Sistem bateri berkapasiti 5,200mAh memberikan tenaga kepada semua kelengkapan elektronik HONOR 200 Pro dan apabila perlu dicas, ia menerima kuasa pada paras 100W melalui piawaian HONOR SuperCharge 100W berkabel ataupun 66W secara wayarles.

Selain HONOR 200 Pro, anda juga boleh pertimbangkan HONOR 200. Rekaannya sangat mirip HONOR 200 Pro.

Telefon ini menerima naik taraf yang agak minimum berbanding HONOR 100. Ia mengekalkan banyak benda daripada model sebelum ini seperti penggunaan SoC yang sama, skrin yang sama, dan kamera yang sama. Perkara yang ditambah baik adalah di bahagian bateri yang sedikit lebih besar, namun masih tiada pengecasan wayarles disediakan untuk varian bukan Pro.

Untuk spesifikasi teknikal, HONOR 200 ada skrin 6.7” OLED 1.5K. Atas papan utama, ia diperkasa Qualcomm Snapdragon 7 Gen 3 bersama-sama RAM 12GB dan storan sama ada 256GB ataupun 512GB.

Komponen kameranya sama seperti varian Pro pada segi bilangan kamera dan megapiksel sensornya, namun untuk kamera utama, HONOR 200 tidak menggunakan sensor H9000 sebaliknya sensor daripada Sony. Honor 200 ada tiga kamera belakang, bermula dengan kamera utama 50MP, kamera telefoto 50MP, kamera ultralebar/makro 12MP, dan ia juga ada satu kamera selfie 50MP.

Bateri berasaskan silikon karbon berkapasiti 5,200mAh memperlengkap telefon ini.

Tags: honorHonor 200Honor 200 Propenaja
Penaja

Penaja

POPULAR

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025
HONOR 200 Pro: Ini alternatif paling baik untuk HONOR Magic6 Pro

HONOR 200 Pro: Ini alternatif paling baik untuk HONOR Magic6 Pro

22 July 2024
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER