• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Penaja

Jangan tukar telefon sebab Galaxy AI, ini tiga bukti nyata di Galaxy Z Fold6 & Z Flip6

  • OLEH Penaja
  • 10:08 pm
  • 26/07/2024
  • Komen
Jangan tukar telefon sebab Galaxy AI, ini tiga bukti nyata di Galaxy Z Fold6 & Z Flip6
Share on FacebookShare on Twitter

[Artikel ini dibawakan oleh Samsung]

AI, AI, Galaxy AI. Tak habis-habis heboh diperkatakan tentang AI sana-sini. Rasa macam terlampau sangat penggunaan nama AI ni. Ditambah lagi dengan ketibaan telefon terbaru Samsung, Galaxy Z Fold6 dan Galaxy Z Flip6.

Di sini kami nak bongkarkan, rahsia AI yang menjadi bualan ramai masakini. Terutama dengan Galaxy AI di Galaxy Z Fold6 dan Galaxy Z Flip6.

Afidavit 1 – Catat Nota dengan AI

Bunyinya mudah tapi mencatat nota ni adalah antara tugasan penting bukan sahaja waktu belajar, tetapi juga semasa bekerja. Aplikasi Samsung Notes yang tersedia di Galaxy Z Fold6, mampu membuat tiga tugasan penting dengan mudah menerusi kuasa Galaxy AI.

Contohnya, anda boleh menggunakan fungsi rakaman audio di dalam Samsung Notes untuk merakam ceramah Maghrib dalam bahasa Arab di masjid, kemudian menggunakan Galaxy AI untuk mengubahnya dari suara kepada teks bertulis dan diterjemah ke bahasa Inggeris. Dengan nota yang sama, Galaxy AI boleh menukar nota panjang tadi kepada rumusan ringkas dan disusun dalam format secara automatik. Senang nak baca dan faham.

Afidavit 2 – Berbual tanpa sempadan bahasa dengan AI

Dalam satu tugasan belajar atau kerja, anda kena temuramah seorang warga Korea yang tidak tahu berbahasa Inggeris. Aplikasi Interpreter dikuasakan Galaxy AI di Galaxy Z Fold6 boleh menjadi jurubahasa anda.

Hanya bercakap kepada telefon dan ia akan memberi terjemahan teks dan suara kepada pihak lain. Lebih canggih lagi dengan dua skrin, kedua-dua pihak boleh melihat terus teks terjemahan berlainan pada masa yang sama.

Afidavit 3 – Tangkap gambar dengan AI

Telefon lipat dan dwi-skrin tidak berguna kalau anda tidak mengaktifkan Galaxy AI dan menggunakannya. Sebenarnya, ia adalah kuasa terhebat untuk mencipta kandungan media sosial. Sebab Galaxy Z Flip6 ada FlexCam dan Auto Zoom.

Cukup berseorangan, tak perlu minta bantuan, anda boleh menangkap gambar sendiri dengan mudah. Bukan sahaja tak perlu tripod sebab Galaxy Z Flip6 boleh berdiri sendiri, ia boleh mengezum jauh jika anda agak jauh, atau mengezum dekat jika jarak anda dekat dengan telefon, memastikan subjek berada tepat di dalam gambar. Semuanya boleh dipratonton dengan skrin luar.

Jadi, Galaxy AI di Galaxy Z Fold6 dan Galaxy Z Flip6 sememangnya sangat berkuasa. Ia bukan sekadar cakap-cakap biasa, tetapi terbukti memberi hasil yang luar biasa. Memang berbaloi memiliki telefon lipat terbaru Samsung yang dikuasakan Galaxy AI.

Tempah Sekarang Dapat Lebih Ganjaran

Anda sangat bertuah kerana Samsung kini menawarkan banyak ganjaran untuk tempahan awal Galaxy Z Fold6 dan Galaxy Z Flip6. Antaranya baucar eksklusif bernilai RM500 untuk membeli peranti Samsung terpilih dan Samsung Care+ 1-tahun untuk perlindungan daripada kerosakan yang tidak disengajakan.

Dapatkan rebat sehingga RM500 dalam tempahan awal ini, apabila menukar tebus peranti lama. Singgah ke Samsung Experience Store berhampiran untuk mencuba sendiri kekuatan Galaxy AI dan membuat tempahan awal Galaxy Z Fold6 dan Galaxy Z Flip6.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Samsung Galaxy Z Fold6 dan Samsung Galaxy Z Flip6.

Tags: Galaxy AIgalaxy z flip 6Galaxy Z Fold 6penaja
Penaja

Penaja

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Jangan tukar telefon sebab Galaxy AI, ini tiga bukti nyata di Galaxy Z Fold6 & Z Flip6

Jangan tukar telefon sebab Galaxy AI, ini tiga bukti nyata di Galaxy Z Fold6 & Z Flip6

26 July 2024
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER