• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi Pad Pro kini ada 5G, tablet berkuasa tinggi sokong pen stylus dan papan kekunci

  • OLEH Najib
  • 10:23 am
  • 26/07/2024
  • Komen
Redmi Pad Pro kini ada 5G, tablet berkuasa tinggi sokong pen stylus dan papan kekunci
Share on FacebookShare on Twitter

Sebulan yang lepas, Xiaomi Malaysia melancarkan tablet berkuasa tinggi yang baru, Redmi Pad Pro. Kini, varian baru tablet yang sama diumumkan tiba di Malaysia, Redmi Pad Pro 5G membawa sokongan rangkaian mudah alih 5G.

Dengan varian terbaru ini, pengguna di Malaysia ada pilihan untuk mendapatkan tablet berkuasa tinggi Redmi Pad Pro yang mampu milik tanpa 5G, atau menambah sikit bajet untuk sokongan 5G. Ini juga satu-satunya tablet Xiaomi yang menyokong 5G ada dijual di Malaysia.



Harga dan Ketersediaan

Tablet Redmi Pad Pro 5G boleh dibeli di Malaysia mulai hari Jumaat, 26 Julai 2024. Ia terdapat di semua pengedar sah, Xiaomi Store, serta atas talian di Stor online Mi.com, Lazada dan Shopee.

Harga rasmi semua varian Redmi Pad Pro serta aksesorinya adalah seperti berikut:



  • Redmi Pad Pro 5G (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,799
  • Redmi Pad Pro (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,499
  • Redmi Pad Pro (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM1,099
  • Redmi Pad Pro Keyboard – RM399
  • Redmi Smart Pen – RM199
  • Redmi Pad Pro Cover – RM99

Ada promosi menarik untuk pembeli terawal. Dari 26 Julai hingga 2 Ogos 2024, pembeli Redmi Pad Pro 5G akan menerima papan kekunci Redmi Pad Pro Keyboard bernilai RM399 secara percuma.

Spesifikasi Redmi Pad Pro 5G

Varian 5G dan Wifi untuk Redmi Pad Pro memiliki fizikal dan perkakas dalaman yang serupa. Perbezaan utama adalah pada sokongan 5G, serta rekaan belakang. Pada versi 5G, ia ada dua tona warna belakang untuk membezakan dengan versi WiFi dengan satu warna belakang sahaja.

Tablet Redmi Pad Pro dilengkapi cip berkuasa tinggi Snapdragon 7s Gen 2 4nm. Prestasi tinggi ini disumbangkan lagi oleh RAM LPDDR4X sehingga 8GB, serta storan dalaman UFS 2.2 sehingga 256GB. Kad mikroSD diterima sehingga 1.5TB.

Redmi Pad Pro datang dengan skrin besar LCD seluas 12.1-inci, beresolusi 2.5K (2560×01600) serta kadar penyegaran 120Hz. Kecerahan skrin ini boleh mencecah 600 nits, menyokong Dolby Vision dan dilindungi kaca Corning Gorilla Glass 3.

Kamera hadapannya terletak di sisi panjang tablet untuk persidangan video lebih semulajadi, menggunakan sensor 8MP F2.28. Di belakang, ia memiliki kamera utama 8MP F2.0.

Satu lagi kelebihan tablet ini adalah bateri yang lebih besar, berkapasiti 10,000mAh. Ia menyokong pengecasan pantas 33W menerusi USB-C. Sistem bunyi pula dihasilkan dari gabungan empat speaker stereo, menyokong teknologi Dolby Atmos dan Hi-Res Audio. Terdapat juga jek audio 3.5mm untuk sambungan audio berwayar.

Sistem operasi terbaru Xiaomi HyperOS berasaskan Android 14, digunakan pada Redmi Pad Pro. Ia menyokong rangkaian 5G, serta WiFi 6E dan Bluetooth 5.2. Terdapat dua pilihan warna disediakan iaitu kelabu dan hijau.

Lengkap dengan aksesori produktiviti

Redmi Pad Pro boleh menjadi peranti lebih produktif untuk melancarkan pelbagai tugasan dan kerja. Xiaomi menyediakan aksesori tambahan berupa pen stylus Redmi Smart Pen dan papan kekunci Redmi Pad Pro Keyboard, menjadikannya berupaya bertugas seperti laptop.

Redmi Smart Pen memiliki 4096-tahap sensitiviti tekanan dan kadar sampel 240hz. Ia dilengkapi bateri 80mAh, memberikan hayat penggunaan sehingga 12 jam.

Redmi Pad Pro Keyboard pula adalah sarung pelindung dengan tempat khas meletak Redmi Smart Pen. Ia memiliki kekunci dengan jarak tekan 1.3mm dan jarak antara kekunci 19mm, menyerupai papan kekunci bersaiz biasa. Bagaimanapun, ia tiada trackpad.

Untuk maklumat lanjut tentang tablet terbaru Xiaomi ini, layari laman produk Redmi Pad Pro 5G.

Bacaan Berkaitan

  • Redmi Pad Pro tablet berkuasa tinggi, sokong pen stylus dan papan kekunci untuk kerja dan produktiviti
    Xiaomi Pad 6S Pro 12.4, tablet terhebat & paling mahal Xiaomi dah tiba di Malaysia
  • Xiaomi Pad 6: Maklumat penjualan di Malaysia
Tags: RedmiRedmi Pad ProRedmi Pad Pro 5Gxiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Redmi Pad Pro kini ada 5G, tablet berkuasa tinggi sokong pen stylus dan papan kekunci

Redmi Pad Pro kini ada 5G, tablet berkuasa tinggi sokong pen stylus dan papan kekunci

26 July 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER