• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

Nak jadi terpaling EV? Sertai kursus eksklusif SoyaCincau.com ini

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:58 pm
  • 28/07/2024
  • Komen
Nak jadi terpaling EV? Sertai kursus eksklusif SoyaCincau.com ini
Share on FacebookShare on Twitter

Adakah anda pemilik kenderaan elektrik (EV) ataupun bercadang untuk mendapatkannya? Jom sertai SoyaCincau.com EV User Training. Kami akan bantu anda mengenali EV dengan lebih dekat dan pastikan anda gunakan EV anda secara sepenuhnya.

SoyaCincau.com EV User Training

Kursus Pengguna EV SoyaCincau.com sulung ini akan berlangsung pada hari Sabtu, 24 Ogos 2024 di The Grey Box, GMBB Kuala Lumpur. Pada hari tersebut, anda akan mengikuti kursus komprehensif daripada 9 pagi hingga 5 petang.



Pengendali kursus ini ialah dua orang yang tidak asing lagi dalam industri EV, Amin Ashaari & Alexander Wong ialah pengasas bersama SoyaCincau.com dan mereka telah mencuba pelbagai model EV yang ada dalam pasaran Malaysia serta telah catatkan lebih 70,000km jarak pemanduan di dalam EV.

Bersama-sama, mereka menempuhi cabaran unik menjadi pemilik EV di Malaysia, satu demi satu.



Mereka telah memandu EV ke utara, selatan, malahan timur Semenanjung Malaysia iaitu antara tempat yang memiliki bilangan pengecas EV paling sedikit. Kekangan ini menyebabkan mereka terpaksa merancang secara teliti laluan perjalanan, tidak seperti memandu sebuah kenderaan petrol.

Antara perjalanan jauh yang berjaya didokumenkan ialah daripada Taiping ke Johor Bahru dalam sebuah Hyundai Ioniq 6 dengan hanya 1 cas. Mereka juga pernah memandu dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu di dalam sebuah BYD Seal sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Selain pemanduan jalan jauh, mereka duo ini turut merungkaikan spekulasi tentang EV perlukan tayar yang dibangunkan spesifik. Contoh soalan yang sering diterima ialah, adakah terdapat perbezaan ketara di dalam kabin sewaktu memandu menggunakan tayar EV ataupun tidak?

Secara keseluruhannya, mereka berjaya tangani halangan menjadi antara pemilik awal EV di Malaysia. Berbekalkan pengalaman dunia sebenar ini, mereka beroleh ilmu amali tentang aspek praktikal sebuah EV seperti penjagaan bateri hinggalah mengoptimumkan jarak pemanduan.

Kursus ini akan merangkumi:

  • Kuasai asasi EV: Fahami cara kerja sebuah EV daripada penjagaan, pengecasan bateri, dan banyak lagi.
  • Hilangkan keraguan pemanduan jarak jauh: Pelajari strategi berkesan untuk pemanduan EV jarak jauh.
  • Fahami konsep “regen braking”: Pelajari cara-cara untuk panjangkan jarak pemanduan dan kecekapan tenaga degan penggunaan “regenarative braking” yang optimum.
  • Penjagaan EV: Tips penyelenggaraan untuk memanjangan jangka hayat kenderaan anda.
  • Model EV yang sesuai: Nasihat khusus dalam pemilihan EV yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda

Daftar awal untuk harga lebih murah

Nikmati penjimatan yang lebih kalau anda daftar awal. Kursus Pengguna EV SoyaCincau.com ini ditawarkan pada harga RM419 tapi promo early bird ditawarkan pada harga RM349 sahaja sehingga 16 Ogos 2024.

Tak cukup dengan itu, dapatkan lebih penjimatan bila anda bawa rakan dengan harga kombo RM479. Makanya, harga untuk seorang jatuh kepada RM239.50!

Jangan risau, makan pagi, tengah hari, dan minum petang disediakan. Anda takkan belajar dalam perut kosong.

Dapatkan akses kepada nasihat pakar pascakursus

Sebagai pelengkap kepada Kursus Pengguna EV SoyaCincau.com, peserta akan turut terima akses percuma kepada kumpulan pengguna EV SoyaCincau.com selama 3 bulan bernilai RM60. Di sana, anda boleh bertanya apa sahaja berkaitan EV seperti bantuan merancang perjalanan, lokasi pengecas murah, dan lain-lain, semuanya akan dijawab oleh individu pakar.

Bersedia untuk ujakan ilmu EV?

Imbas kod QR atau hubungi kami di nombor WhatsApp +603-3310 0030 untuk tempah slot anda.

Tags: automotifEV
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Nak jadi terpaling EV? Sertai kursus eksklusif SoyaCincau.com ini

Nak jadi terpaling EV? Sertai kursus eksklusif SoyaCincau.com ini

28 July 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER