• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Buli siber hingga melibatkan kematian, SKMM akhirnya buka mata?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:37 am
  • 29/07/2024
  • Komen
Buli siber hingga melibatkan kematian, SKMM akhirnya buka mata?
Share on FacebookShare on Twitter

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah mengumumkan adalah mandatori untuk pengendali media sosial untuk mendapatkan lesen operasi untuk beroperasi di Malaysia selewat-lewatnya 1 Januari 2025 ini. Langkah drastik ini diambil selepas pihak berkuasa mendapati yang kejadian buli siber dan lambakkan kandungan yang tidak menepati undang-undang negara tidak dikawal selia oleh pihak pengendali media sosial.

Apa yang pengguna Malaysia perlu tahu?

Menurut SKMM, tidak semua pengendali media sosial perlu mendapatkan lesen operasi.



Sebagai permulaan, pihak berkuasa meletakkan syarat yang platform tersebut perlulah memiliki sekurang-kurangnya 8 juta pengguna, barulah mereka wajib untuk memohon lesen. Melihat pada syarat ini, kita boleh jangkakan yang gergasi-gergasi media sosial seperti Facebook, Instagram, Line, Snapchat, Telegram, TikTok, WeChat, WhatsApp, YouTube, dan X (Twitter) perlu memohon lesen yang dimaksudkan.

Di pihak pengguna, mereka tidak perlu lakukan apa-apa kecuali menggunakan sosial media seperti biasa mengikut lunas-lunas perundangan yang sedia ada.



SKMM menegaskan yang semua pengendali media sosial haruslah mengikuti undang-undang Malaysia dan Menterinya, YB Fahmi Fadzil menyeru kepada semua pengendali supaya lebih bertanggungjawab ke atas kandungan yang disebarkan melalui platform mereka.

Insiden buli siber pempengaruh TikTok, Esha, buka mata kerajaan?

Pengumuman SKMM ini mungkin ada kaitan dengan kejadian menggemparkan yang melibatkan seorang pempengaruh media sosial yang bernama Esha atau nama sebenarnya Ms. Rajeswary Appahu. Di didapati membunuh diri dipercayai kerana mengalami buli siber yang teruk.

Awalnya, Esha membuat laporan polis kerana khuatir akan keselamatan dirinya apabilia menerima ugutan rogol dan bunuh daripada pengguna dalam talian sewaktu salah satu sesi livestream TikTok miliknya. Dalam laporan polis itu, Esha menamakan dua pengguna yang melemparkan komen jijik kepadanya namun, peguam yang mewakili keluarga mendiang Esha mengatakan yang polis tidak mengambil tindakan segera ekoran laporan itu.

Namun, siasatan polis ada dimulakan tetapi bukanlah berlandaskan laporan daripada Esha sebalinkya daripada pengguna lain yang membuat laporan beserta bukti. Hasilnya, dua orang telah didakwa. Seorang menggunakan Seksyen 233(1)(a) Akta Multimedia 1998 manakala seorang lagi di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Tags: Facebookinstagrammedia sosialSKMMTwitterwhatsappx
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Buli siber hingga melibatkan kematian, SKMM akhirnya buka mata?

Buli siber hingga melibatkan kematian, SKMM akhirnya buka mata?

29 July 2024
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

21 July 2026
Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

16 July 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN