• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

EVPower lancar pengecas pantas DC 120kW di Johor Bahru, diskaun untuk pengguna CIMB

  • OLEH Najib
  • 2:10 pm
  • 30/07/2024
  • Komen
EVPower lancar pengecas pantas DC 120kW di Johor Bahru, diskaun untuk pengguna CIMB
Share on FacebookShare on Twitter

EVPower, salah satu penyedia pengecasan EV di Malaysia telah melancarkan stesen pengecas DC berkuasa tinggi pertama mereka di selatan tanahair. Stesen pengecas DC ini terletak di Menara Hartamas, Johor Bahru menyediakan penyelesaian mengecas pantas untuk pengguna EV.

Stesen pengecas EVPower yang baru dilancar ini, dilengkapi dengan pengecas pantas DC 120kW serta dua pengecas AC. Ini membolehkan ia menyediakan kemudahan mengecas berbilang EV serentak.



Pemasangan stesen pengecas pantas DC ini merupakan satu lagi komitmen EVPower untuk meluaskan lagi rangkaian mengecas mereka di Malaysia. Untuk memudahkan lagi pengguna, stesen pengecas ini menampilkan terminal pembayaran tanpa sentuh.

EVPower kini telah menyediakan tujuh stesen pengecas EV di Johor, meliputi empat pengecas DC dan 11 pengecas AC. EVPower mensasarkan untuk menggandakan jumlah ini menjelang hujung tahun ini.



Kerjasama dengan Volvo dan CIMB

Dalam pelancaran ini, EVPower turut mengumumkan kerjasama strategik mereka dengan Volvo Pekin Auto. Pembeli EV dari Pekin Auto akan menerima keahlian eksklusif EVPower, termasuk kredit mengecas bernilai RM500. Selain itu, mereka yang membeli pengecas rumah AC akan menerima tambahan kredit mengecas sebanyak RM500.

Bagi pengguna kad debit atau kad kredit CIMB, mereka akan menikmati diskaun sehingga 15% apabila mengecas EV di stesen pengecas EVPower, termasuk di Menara Hartamas yang baru dibuka ini.

Bacaan Berkaitan

  • EVPower dan TELD bekerjasama bangun pengecas EV ultra-pantas, mahu latih teknologi terkini di Malaysia
  • JuiceUp lancar sistem pembayaran kad di pengecas EV Cucuk, TNB Electron dan JusEV
  • Melaka sasar tambah 350 pengecas EV menjelang 2025
Tags: EV MalaysiaEVPowerPengecas EVStesen pengecas EV
Najib

Najib

POPULAR

EVPower lancar pengecas pantas DC 120kW di Johor Bahru, diskaun untuk pengguna CIMB

EVPower lancar pengecas pantas DC 120kW di Johor Bahru, diskaun untuk pengguna CIMB

30 July 2024
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN