• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

EVPower dan TELD bekerjasama bangun pengecas EV ultra-pantas, mahu latih teknologi terkini di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 2:42 am
  • 29/05/2024
  • Komen
EVPower dan TELD bekerjasama bangun pengecas EV ultra-pantas, mahu latih teknologi terkini di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

EVPower Sdn Bhd, penyedia perkhidmatan pengecasan kenderaan elektrik (EV), mengumumkan kerjasama strategik dengan syarikat China, Qingdao TELD New Energy Technology Co. Ltd. (TELD), salah satu penyedia perkhidmatan pengecas EV terbesar di China. Perjanjian kerjasama ini dimeterai sewaktu pameran Malaysia Autoshow 2024 diadakan minggu lepas.

Menggabungkan kepakaran EVPower di arena tempatan dan pengalaman luas TELD di peringkat antarabangsa, mereka yakin dapat menyediakan perkhidmatan yang lebih memudahkan pengguna, dipercayai dan kos efektif di Malaysia. EVPower juga berhasrat untuk menjadi operator pengecasan EV pertama di Malaysia menggunakan pembayaran kad, tanpa perlukan aplikasi bagi memberikan pengalaman lebih baik kepada pengguna EV.



Pemasangan pengecas ultra-pantas di lebuhraya

Bagi mengukuhkan keberadaaan di Malaysia, EVPower berhasrat untuk membuat pelaburan besar stesen pengecas EV ultra-pantas di beberapa kawasan rehat dan rawat (R&R) di lebuhraya. Projek pertama akan bermula pada Jun 2024 dan enam lagi stesen kini berada di peringkat kelulusan.

Stesen pengecas ini akan menyediakan sekurang-kurangnya empat tapak mengecas dan menawarkan pengecasan berkuasa sehingga 480kW. Selain itu, EVPower juga terbuka untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak yang berminat dengan pembangunan pengecas EV ultra-pantas, menerusi program sifar-CAPEX mereka.



Selepas setahun beroperasi di Malaysia, EVPower telah berjaya menyiapkan 100 pengecas dalam negara. Mereka mensasarkan untuk membangunkan 200 atau lebih lagi stesen pengecas EV menjelang akhir tahun 2024.

Bekerjasama mendidik dan melatih

Selain pembangunan dan pembinaan, kerjasama EVPower dan TELD juga akan memberi perhatian kepada pendidikan dan latihan. EVPower mahu melabur terhadap pusat latihan khusus serta beberapa program pendidikan untuk melatih juruteknik dan operator tentang sistem EV terkini, serta penyelenggaraan.

Bacaan Berkaitan

  • Schneider Electric lancar pengecas EV DC 180k, unit pertama di Plaza Jaya 33
  • Pengecas EV DC Handal Gua Musang diaktifkan, kadar RM1.30/kWh
  • Melaka sasar tambah 350 pengecas EV menjelang 2025
Tags: EV MalaysiaEVPowerStesen pengecas EV
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
EVPower dan TELD bekerjasama bangun pengecas EV ultra-pantas, mahu latih teknologi terkini di Malaysia

EVPower dan TELD bekerjasama bangun pengecas EV ultra-pantas, mahu latih teknologi terkini di Malaysia

29 May 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER