• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Komputer Snapdragon X ditawar lebih murah dalam tahun 2025, jangan teruja dahulu

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:38 am
  • 01/08/2024
  • Komen
Komputer Snapdragon X ditawar lebih murah dalam tahun 2025, jangan teruja dahulu
Share on FacebookShare on Twitter

Qualcomm sudah menyudahkan pembentangan kewangan mereka untuk suku ketiga tahun kewangan mereka. Selain angka-angka melibatkan duit, mereka turut berkongsi perkembangan terbaharu dan yang akan menyusul, terutamanya berkaitan siri Snapdragon X mereka. Qualcomm mengatakan yang lebih ramai orang akan mempunyai akses kepada produk Snapdragon X kelak, apabila tanda harga produk diperkasa SoC ini ditawarkan pada serendah USD700 (~RM3,200).

Sewaktu pembentangan, CEO Cristiano Amon mengatakan yang Snapdragon X tidak semestinya akan menguasakan laptop. Daripada kenyataan ini, kita mungkin akan lihat produk seperti tablet ataupun desktop mini hadir diperkasa siri Snapdragon X. Perkara ini masuk akal kerana desktop tidak memerlukan bateri sementara papan kekunci tablet boleh dijual secara berasingan bagi merealisasikan paras harga sebegitu.



Dalam pembentangan yang sama, Qualcomm turut katakan yang mereka akan mengumumkan SoC baharu untuk keluarga Snapdragon 8 sewaktu Snapdragon Summit dalam bulan Oktober 2024 nanti. Berkemungkinan besar kita akan melihat Snapdragon 8 Gen 4 diumumkan di Hawaii nanti.

Berapa harga laptop Snapdragon X di Malaysia?

Snapdragon X bakal menular dalam pasaran kita untuk bersaing dengan produk Apple Silicon. Namun, harga penawarannya tidaklah dilihat mampu milik. Contohnya, Asus Vivobook S 15 OLED di Malaysia dengan Snapdragon X Elite ditawarkan pada harga RM6,299.



Dell XPS 13 Laptop dengan SoC yang sama pula ditawarkan pada harga RM6,999.

Satu lagi jenama yang tawarkan laptop Snapdragon X ialah HP dengan model EliteBook, juga ditawarkan pada harga RM6,299.

Sumber: Qualcomm

Tags: armsnapdragon xSnapdragon X Elite
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Komputer Snapdragon X ditawar lebih murah dalam tahun 2025, jangan teruja dahulu

Komputer Snapdragon X ditawar lebih murah dalam tahun 2025, jangan teruja dahulu

1 August 2024
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
Oppo Find X10 Pro Max jadi antara telefon pertama guna cip Dimensity 9600 Pro 2nm

Oppo Find X10 Pro Max jadi antara telefon pertama guna cip Dimensity 9600 Pro 2nm

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN