• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nak miliki telefon lipat baru Honor? Jom daftar jadi penguji beta Magic V3

  • OLEH Najib
  • 4:34 pm
  • 01/08/2024
  • Komen
Nak miliki telefon lipat baru Honor? Jom daftar jadi penguji beta Magic V3
Share on FacebookShare on Twitter

Berminat dengan telefon lipat? Anda rasa diri ada bakat nak buat ulasan telefon pintar? Jika ya, Honor Malaysia kini sedang mencari penguji untuk telefon pintar lipat mereka yang masih belum dilancar di Malaysia, Honor Magic V3.

Lebih menarik lagi, Honor menawarkan 10 unit telefon Magic V3 untuk diberi kepada penguji yang berjaya, serta baucar bernilai RM700 untuk semua penguji yang dipilih. Menarik kan?



Kalau berminat untuk menjadi penguji Honor Magic V3 ni, boleh mendaftar diri di laman web Penguji Beta Honor Magic V3. Honor Malaysia mencari hanya 20 orang untuk menguji telefon lipat baru ini.

Antara syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh penguji adalah, mestilah warganegara Malaysia yang memiliki MyKad, serta berusia 18 tahun dan ke atas pada 1 Ogos 2024. Permohonan dibuka dari 31 Julai hingga 18 Ogos 2024. Manakala program ujian berjalan dari Ogos hingga Oktober 2024.



Pemohon yang berjaya akan dihubungi melalui Whatsapp dan perlu mengesahkan penerimaan penyertaan dalam masa 48 jam. Ada perjanjian yang perlu ditandatangani dahulu sebelum sah terpilih sebagai penguji. Terma dan syarat penuh program ujian boleh disemak di sini.

Spesifikasi Honor Magic V3

Telefon lipat Honor Magic V3 baru dilancar di China pertengahan Julai lepas. Ia adalah telefon lipat yang lebih nipis berbanding Magic V2, dengan tebal 9.2mm ditutup dan 4.35mm bila dibuka. Ia juga lebih ringan, hanya 226 gram berbanding 237 gram di Magic V2. Lebih menarik, ia kini kalis air IPx8 sama seperti Galaxy Z Fold 6.

Prestasi telefon ini sangat tinggi, diperkasa cip Snapdragon 8 Gen 3 bersama RAM LPDDR5X sehingga 16GB dan storan UFS4.0 sehingga 1TB. Bateri jenis karbon-silikon digunakan, berkapasiti 5,150mAh dengan sokongan pengecasan berwayar 66W dan wayarles 50W.

Skrin di luar Magic V3 adalah OLED LTPO seluas 6.43-inci, dengan resolusi HD Penuh dan kadar penyegaran dari 1-120Hz. Ia memiliki kecerahan tertinggi 2,500nits. Skrin di dalam pula, apabila dibuka seluas 7.92-inci juga jenis OLED LTPO. Resolusi juga HD Penuh dan kadar penyegaran dari 1-120Hz. Tetapi kecerahan tertinggi hanyalah 1,800nits.

Di belakang, ia dilengkapi kamera utama 50MP F1.6 OIS, kamera ultralebar 40MP F2.2 dan kamera telefoto 50MP F3.0 dengan zum optikal 3.5x. Kedua-dua kamera di dalam lubang di skrin dalam dan luar, adalah kamera 20MP.

Di China, Honor Magic V3 dijual dalam tiga varian RAM dan storan:

  • Honor Magic V3 (RAM 12GB + Storan 256GB) – CNY8,999 (~RM5,780)
  • Honor Magic V3 (RAM 16GB + Storan 512GB) – CNY9,999 (~RM6,440)
  • Honor Magic V3 (RAM 16GB + Storan 1TB) – CNY10,999 (~RM7,080)

Terdapat empat warna ditawarkan untuk telefon ini di China, iaitu merah, putih, hijau dan hitam. Maklumat lanjut mengenai telefon lipat ini, boleh didapati di laman produk Honor Magic V3. Untuk perbandingan, Honor Magic V2 dilancar awal tahun ini di Malaysia berharga RM6,999, dengan RAM 16GB dan storan 512GB.

Memandangkan program ujian Honor Magic V3 di Malaysia berakhir pada bulan Oktober, mungkin kita dapat melihat ia dijual di Malaysia pada bulan November atau selepas itu.

[Sumber: Honor]

Bacaan Berkaitan

  • Honor Magic V3 akhirnya boleh bersaing dengan Galaxy Z Fold 6
  • Honor Magic V2 dilancar di Malaysia dengan jaminan penggantian skrin percuma
  • Siri Honor 200 Malaysia: Mode potret talaan Studio Harcourt dalam poket anda
Tags: honorhonor magic v3
Najib

Najib

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Nak miliki telefon lipat baru Honor? Jom daftar jadi penguji beta Magic V3

Nak miliki telefon lipat baru Honor? Jom daftar jadi penguji beta Magic V3

1 August 2024
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER