• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pemegang lesen B1 dan B2, boleh naik taraf kelas B dengan syarat lebih mudah & murah

  • OLEH Najib
  • 4:48 pm
  • 02/08/2024
  • Komen
Pemegang lesen B1 dan B2, boleh naik taraf kelas B dengan syarat lebih mudah & murah
Share on FacebookShare on Twitter

Mulai 1 Oktober 2024, pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Motosikal kelas B1 dan B2, layak mendapatkan LMM Motosikal Kelas B menerusi program khas dan syarat yang ditetapkan. Berbanding perlu menjalani kelas amali beberapa hari serta latihan sebenar beberapa jam.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, syarat yang perlu dipenuhi adalah:



  1. Pemegang LMM kelas B1 dan B2 selama lebih 10 tahun
  2. Menghadiri dan lulus program peralihan serta penyesuaian motosikal berkuasa 500cc ke atas selama dua jam di institut memandu (IM)
  3. Membayar yuran sebanyak RM160
  4. Bebas daripada sebarang senarai hitam, tunggakan saman, sekatan urus niaga, rekod sabitan kesalahan berat atau sebarang perkara belum selesai di bawah Akta 333
  5. Pengesahan sihat tubuh badan/fizikal/minda secara deklarasi kendiri oleh individu
  6. Pengesahan tahap keupayaan mengendalikan motosikal berkuasa besar oleh Pegawai Pelatih Bertauliah di IM
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke

Melalui program baru ini, pemegang LMM Kelas B1 dan B2 yang berminat boleh mendapatkan LMM Kelas B dengan kos yuran hanya RM160 sahaja berbanding RM900 sebelum ini. Bagaimanapun, ia tidak dilaksanakan secara automatik sebaliknya perlu melepasi syarat-syarat ditetapkan.

Buat masa ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang di fasa akhir persiapan bagi memperkenalkan program peralihan ini, termasuk melaksanakan semua perubahan sistem dan penyelarasan dengan pihak IM.



Tiada lagi kelas B1

Di samping itu, kerajaan juga akan menggabungkan LMM kelas B1 dengan LMM kelas B. Mulai 1 Oktober 2024, tiada lagi program mendapatkan LMM kelas B1 di IM akan dibuka kepada orang ramai. Dengan mendapatkan LMM Motosikal kelas B, individu layak memandu semua kuasa-cc motosikal, dan tidak terhad kepada motosikal berkuasa 499cc ke bawah sahaja bagi kelas B1.

Untuk pemegang LMM kelas B1 sedia ada, mereka akan kekal di kategori berkenaan atau boleh menjalani program khas mulai 1 Oktober, bagi mendapatkan LMM kelas B.

Tags: Anthony LokeLesen Kelas BLesen Motosikal
Najib

Najib

POPULAR

Pemegang lesen B1 dan B2, boleh naik taraf kelas B dengan syarat lebih mudah & murah

Pemegang lesen B1 dan B2, boleh naik taraf kelas B dengan syarat lebih mudah & murah

2 August 2024
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN