• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sony Xperia 10 VI: Tempahan awal dapat percuma fon telinga Sony ULT Wear

  • OLEH Najib
  • 1:31 pm
  • 05/08/2024
  • Komen
Sony Xperia 10 VI: Tempahan awal dapat percuma fon telinga Sony ULT Wear
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat telefon pintar Sony Xperia yang tidak mampu mendapatkan Sony Xperia 1 VI, kini boleh memiliki model terbaru Xperia 10 VI yang lebih mampu milik. Sony Malaysia baru mengumumkan pembukaan tempahan awal untuk telefon pintar Xperia 10 VI.

Harga dan Promosi Tempahan Awal

Sony Malaysia menawarkan hanya satu varian Sony Xperia 10 VI di Malaysia, dengan harga rasmi berikut:



  • Sony Xperia 10 VI (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM2,199

Ia masih belum dapat dibeli secara terus, tetapi Sony Malaysia menawarkan promosi tempahan awal sepanjang bulan Ogos ini. Dari sekarang hingga 31 Ogos 2024, pembeli dalam tempahan awal akan menerima hadiah percuma berupa:

  • Fon telinga WH-ULT900N (bernilai RM899)
  • Sarung premium lutsinar
  • Pelindung skrin ‘tempered glass’

Tempahan awal boleh dibuat di Stor Online Sony Malaysia, serta di stor rasmi Sony di Lazada dan Shopee.



Spesifikasi Sony Xperia 10 VI

Dari segi prestasi, Xperia 10 VI adalah telefon kelas pertengahan kerana ia dikuasakan cip Snapdragon 6 Gen 1, bersama RAM 8GB dan storan yang kecil 128GB sahaja. Ia menerima kad mikroSD sehingga 1.5TB, dalam slot mudah buka tanpa memerlukan jarum membuka dulang kad.

Badannya lebih kecil dari kebiasaan, dengan skrin OLED seluas 6.1-inci HD Penuh dan kadar penyegaran cuma 60Hz. Skrin ini dilindungi kaca Corning Gorilla Glass Victus di lapisan atasnya.

Telefon ini hanya ada dua kamera belakang, gandingan kamera utama 48MP F1.8 dan kamera ultralebar 8MP F2.2. Untuk kamera hadapan, ia dilengkapi sensor 8MP F2.0 dan terletak di dalam lubang di bingkai atas skrin.

Salah satu perkara kebanggaan Sony di telefon pintar mereka, adalah bateri yang tahan lebih lama daripada pengeluar lain. Walaupun kapasiti bateri Xperia 10 VI hanya 5,000mAh, ia dikatakan boleh digunakan selama 2-hari. Bagaimanapun kuasa pengecas tidak dijelaskan. Malah, Sony tidak lagi memberikan kabel USB dan kepala pengecas pada telefon pintar keluaran mereka, termasuk Xperia 10 VI.

Sistem bunyi juga sangat dibanggakan oleh Sony. Di Xperia 10 VI, ia memiliki speaker stereo yang menembak ke hadapan, terletak di bawah dan atas skrin. Ini boleh memberikan pengalaman lebih semulajadi menonton video di telefon. Selain itu, ia juga masih mengekalkan jek audio 3.5mm untuk pengguna yang mahu menggunakan fon telinga berwayar.

Xperia 10 VI menjalankan sistem operasi Android 14. Sony menjanjikan kemaskini OS sebanyak 3x dan kemaskini keselamatan selama 4 tahun. Telefon ini juga kalis air dan debu IP68, serta menyokong WiFi 5, Bluetooth 5.2 dan NFC.

Bagi pasaran Malaysia, Sony menawarkan dua pilihan warna, antara hitam dan biru. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Sony Xperia 10 VI.

Sony mengekalkan harga premium untuk telefon pintar mereka. Dari spesifikasinya, Xperia 10 VI adalah telefon kelas pertengahan dengan storan kecil. Untuk prestasi dan fungsi hampir serupa, jenama lain menawarkan model lebih baik dan di bawah RM2,000, termasuk Samsung seperti Galaxy A55.

[Sumber: Sony]

Bacaan Berkaitan

  • Sony Xperia 1 VI: Dari 4K turun ke FHD+, harapnya harga pun turun sama
  • Rupa Sony Xperia 1 VI didedah, mungkin tidak lagi guna skrin 4K
  • Sony Xperia 5 V mula dijual dengan hadiah percuma WF-1000XM5 bernilai RM1,399
Tags: Sonysony xperia 10Sony Xperia 10 VIXperia 10 VI
Najib

Najib

POPULAR

Sony Xperia 10 VI: Tempahan awal dapat percuma fon telinga Sony ULT Wear

Sony Xperia 10 VI: Tempahan awal dapat percuma fon telinga Sony ULT Wear

5 August 2024
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

10 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN