• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Berhenti guna Maybank2u sekarang dan berpindah ke MAE, perkhidmatannya tamat bulan ini

  • OLEH Najib
  • 12:24 pm
  • 06/08/2024
  • Komen
Berhenti guna Maybank2u sekarang dan berpindah ke MAE, perkhidmatannya tamat bulan ini
Share on FacebookShare on Twitter

Maybank kini telah memuktamadkan tarikh akhir operasi aplikasi (app) Maybank2u. Semua pelanggan Maybank dinasihatkan untuk berhenti menggunakan Maybank2u dan berpindah ke app MAE. Ini kerana mulai 28 Ogos 2024, perkhidmatan app Maybank2u akan ditamatkan.

Selepas 28 Ogos, semua fungsi perbankan termasuk akses kepada akaun tidak lagi boleh digunakan di app Maybank2u. App MAE merupakan aplikasi perbankan menyeluruh Maybank yang dibangunkan semula, serta menyediakan lebih banyak fungsi perbankan dan gaya hidup pengguna moden masakini.



ID Maybank2u sedia ada, boleh digunakan untuk mengakses MAE. Selepas dapat mula menggunakan MAE, anda boleh membuang app Maybank2u daripada peranti. Pastikan anda memuat turun app MAE daripada gedung aplikasi rasmi iaitu Apple AppStore, Google PlayStore dan Huawei AppGallery. Elakkan daripada muat turun APK daripada sumber tidak rasmi.

Selain itu, ciri pengesahan transaksi Secure2u, hanya terdapat di app MAE sahaja. Jika ini adalah kali pertama anda mengaktifkan Secure2u di app MAE, selepas mendaftar di app anda perlu pergi ke mana-mana ATM Maybank untuk mengaktifkan Secure2u peringkat kedua. Ia akan mengambil masa minimum 12 jam sebelum Secure2u boleh mula digunakan, bagi menyediakan tempoh bertenang untuk mengelakkan kelulusan tanpa kebenaran.



Selain menggunakan app MAE, pelanggan Maybank juga boleh mengakses akaun dan menggunakan perkhidmatan perbankan di laman web Maybank2u di www.maybank2u.com.my. Untuk maklumat lanjut tentang penamatan ini, layari laman web kenaytaan dan soalan lazim FAQ di sini.

[Sumber: Maybank]

Bacaan Berkaitan

  • Aplikasi Maybank MAE kini benarkan daftar masuk sehingga 5 akaun serentak
  • Bayar QRIS di Indonesia guna DuitNow QR, bank mana paling murah?
  • Maybank kini menyokong Google Pay, tawar pulangan tunai 100%
Tags: MAEMaybankMaybank2u
Najib

Najib

POPULAR

Berhenti guna Maybank2u sekarang dan berpindah ke MAE, perkhidmatannya tamat bulan ini

Berhenti guna Maybank2u sekarang dan berpindah ke MAE, perkhidmatannya tamat bulan ini

6 August 2024
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RHB Bank jadi bank pertama di Malaysia sokong DuitNow Pay untuk pembayaran dalam talian dan berulang

RHB Bank jadi bank pertama di Malaysia sokong DuitNow Pay untuk pembayaran dalam talian dan berulang

12 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN