• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PRISM+ S40 & S43, TV dengan teknologi D-LED murah terbaru di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 4:00 pm
  • 06/08/2024
  • Komen
PRISM+ S40 & S43, TV dengan teknologi D-LED murah terbaru di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

PRISM+ merupakan jenama TV dan monitor yang berasal dari Singapura, dengan harga yang lebih murah daripada jenama lain. Kini mereka membawakan TV Siri-S, pertama dari PRISM+ menampilkan teknologi D-LED yang sangat mampu milik.

Harga dan ketersediaan

PRISM+ membawakan dua saiz TV Siri-S ke Malaysia. Harga rasminya seperti berikut:



  • TV PRISM+ S40: RM1,199
  • TV PRISM+ S43: RM1,349

Model TV terbaru PRISM+ ini telah mula dijual di Malaysia sekarang dan ia boleh dibeli dari Stor Online PRISM+, Lazada, Shopee dan TikTok Shop.

Pembeli TV PRISM+ Siri-S akan turut menerima hadiah percuma berupa langganan Viu selama 12-bulan, serta langganan WeTV, mewatch dan Durioo+ selama 3-bulan. Selain itu, PRISM+ memberikan jaminan selama 2-tahun di lokasi. Bermakna, ia akan datang ke rumah anda untuk memeriksa dan membaiki jika ada kerosakan.



Semakan di Shopee dan Lazada menunjukkan, TV S40 boleh dimiliki dari serendah RM919 manakala TV S43 dari serendah RM1,099, semasa jualan kilat pada Jualan 8.8 pada 8 Ogos kelak.

Spesifikasi TV PRISM+ S40 dan S43

Siri-S adalah TV pertama keluaran PRISM+ menampilkan paparan D-LED HD Penuh 60hz. D-LED atau Direct-LED adalah teknologi pencahayaan paparan di seluruh panel, berbanding pencahayaan di tepi dalam paparan LED biasa. Ini memberikan warna cerah dan hitam yang lebih sekata di setiap piksel TV.

Saiz kecil 40-inci dan 43-inci memberikan kebebasan untuk pengguna meletakkannya di pelbagai tempat di rumah. Walaupun kecil, ia memiliki resolusi HD Penuh untuk tayangan yang tajam, serta sokongan HDR10 bagi warna lebih bertenaga dan Dolby Audio untuk bunyi sekeliling lebih semulajadi.

Paling utama, TV ini datang siap dengan sistem operasi Google TV. Ini membolehkan ribuan aplikasi dimuat turun di Google PlayStore untuk ditonton terus di skrin TV. Antara aplikasi yang tersedia adalah seperti YouTube, Netflix, Viu, meWATCH, Spotify, Twitch, Prime Video dan banyak lagi.

TV ini juga menyokong fungsi cast, membolehkan pelbagai kandungan dari telefon pintar, dipaparkan ke skrin besar TV. Alat kawalan jauh yang disertakan, lengkap dengan mikrofon dan ia boleh digunakan untuk memberi arahan suara kepada Google Assistant.

PRISM+ S40 dan S43 dilengkapi dua pembesar suara 16W. Ia turut hadir dengan 2 port HDMI dengan sokongan ARC, 1 port SPDIF, 1 port RF, 2 port USB2.0 dan 1 port LAN.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk PRISM+ S40 dan PRISM+ S43.

Bacaan Berkaitan

  • PRISM+ lancar pendingin hawa Luna dan penulen udara Aura, harga bermula RM399
  • PRISM+ lancar barisan TV 4K QLED mampu milik, dikuasakan Google TV terbaru
  • PRISM+ umum pelancaran kedai terbesar di Malaysia, beli TV percuma monitor di hari pembukaan
Tags: prismPRISM S40PRISM S43
Najib

Najib

POPULAR

PRISM+ S40 & S43, TV dengan teknologi D-LED murah terbaru di Malaysia

PRISM+ S40 & S43, TV dengan teknologi D-LED murah terbaru di Malaysia

6 August 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER