• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Transparent DNS Proxy: Adakah SKMM arahkan telco tapis Internet anda?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:45 pm
  • 07/08/2024
  • Komen
Transparent DNS Proxy: Adakah SKMM arahkan telco tapis Internet anda?
Share on FacebookShare on Twitter

Penyedia perkhidmatan Internet (ISP) di Malaysia didapati melakukan manipulasi DNS yang memaksa semua trafik Internet Malaysia melalui pelayan DNS tempatan walaupun pelayan DNS alternatif seperti Google (8.8.8.8) ataupun Cloudflare (1.1.1.1) digunakan. Menurut Sinar Project, ISP dikesan mengguna pakai kaedah Transparent DNS Proxy kepada dua pelayan DNS tempatan.

Bukti penapisan menggunakan Transparent DNS Proxy

Kami cuba untuk mengakses beberapa laman web yang disenaraikan Sinar Project, menggunakan beberapa ISP di Malaysia. Didapati yang terdapat halangan untuk mengakses dikenakan oleh Time, Maxis, U Mobile, CelcomDigi, dan Unifi. Ia dihalang walapun kami mengguna pakai DNS 8.8.8.8/8.8.4.4.



Transparent DNS Proxy akan perlahankan Internet

Transparent DNS Proxy adalah satu kaedah yang digunakan untuk memintas dan menghalakan semula trafik ke pelayan DNS yang diingini. Dalam kes ISP di Malaysia, trafik dihalakan semula ke 175.139.142.25. Kaedah ini biasa digunakan untuk lakukan penapisan internet sama ada oleh pihak berkuasa ke atas pengguna Internet, ataupun di peringkat organisasi ke atas kakitangan mereka.

Sumber

Biasanya, penggunaan Transparent DNS Proxy tidak akan disedari pengguna biasa kerana tiada perubahan yang nyata boleh dicerap kecualilah mereka menggali dengan lebih dalam. Masalah dengan Transparent DNS Proxy adalah ia akan merencatkan pengalaman Internet kerana trafik Internet perlu singgah ke dua pelayan DNS sebelum sambungan boleh dibuat.



Cara memintas Transparent DNS Proxy Malaysia

Seperti semua masalah kecuali mati, solusinya tetap ada. DNS Transparent Proxy ini boleh dipintas. Salah satunya adalah dengan penggunaan Virtual Private Network (VPN) ataupun menggunakan Secure DNS. Contohnya, di pelayan web, anda boleh cari pilihan Use Secure DNS.

Adakah kerajaan Malaysia sedang perhebat penapisan Internet?

Kami telah menghubungi pihak SKMM bertanyakan sama ada terdapat arahan dikeluarkan kepada ISP di Malaysia untuk mengadakan Transparent DNS Proxy. Buat masa ini, belum ada apa-apa pengumuman rasmi dikeluarkan pihak berkuasa tentang isu ini.

Tidaklah diketahui sejak bila Tranparent DNS Proxy ini dikuatkuasakan namun ia mungkin seawal Februari 2024 yang lalu berdasarkan utusan ini.

Pihak berkuasa menapis kandungan Internet bukanlah perkara baharu. Contohnya, sewaktu Pilihan Raya Umum 2018, laman web Malaysiakini telah dihalang aksesnya kerana menerima aduan daripada orang awam kerana keputusan undian yang dipaparkan adalah tidak tepat. Halangan telah diangkat selepas sesi undian tamat.

Penapisan Internet adalah satu langkah yang bagus sekiranya dilakukan secara baik. Contohnya, kandungan berunsur penipuan, maklumat palsu, dan kandungan jelik boleh ditapis menggunakan kaedah ini. Walau bagaimanappun, penapisan tanpa sebarang notis hanya akan berikan perspektif negatif kepada kerajaan kerana pengguna akan melihat ia sebagai langkah untuk menyekat kebebasan bersuara.

Apakah DNS?

DNS adalah sebuah sistem yang menterjemahkan alamat website yang mudah dibaca pengguna (contoh bm.soyacincau.com) kepada alamat IP yang boleh diperoses komputer.

Ia berfungsi seperti sebuah buku telefon yang mengandungi nombor perhubungan semua orang dan bila ingin panggil seseorang, kita buka dan cari nombor yang spesifik.

Cara kerja DNS pula adalah, apabila pengguna menaip masuk laman web, sistem akan merujuk kepada pelayan DNS, terjemahkankannya ke dalam alamat IP, dan lakukan sambungan.

5 harierki DNS yang perlu anda tahu

Tetapan DNS mempunyai sistem harierki. Bermakna, tetapan DNS di satu tahap boleh dipintas di satu tahap yang lain. Selain itu, bergantung kepada tahap, skop operasinya juga adalah berbeza. Berikut adalah 5 harierki tetapan DNS yang perlu anda tahu.

1. DNS tahap aplikasi

DNS di tahap aplikasi memberi kesan pada aplikasi yang terlibat sahaja. Contohnya, DNS boleh ditetapkan di pelayan web Google Chrome, Microsoft Edge, ataupun Mozilla Firefox. Ini adalah skop yang paling kecil dan akan pintas semua tetapan DNS lain.

2. DNS tahap sistem operasi

DNS yang ditetapkan dalam sistem operasi memberi kesan pada semua aplikasi yang berjalan dalam lingkungan sistem. Selain pelayan web, ia juga akan beri kesan kepada aplikasi permainan dalam talian seperti Steam, Origin, Epic Games, GOG, dan sebagainya.

3. DNS tahap router

DNS juga boleh ditetapkan di router dan ini adalah tahap paling tinggi boleh pengguna tetapkan kerana selepas ini, ia dikendalikan oleh organisasi yang lebih besar. DNS yang ditetapkan di router akan memberi kesan kepada semua peranti yang bersambung kepada rangkaiannya. Tetapan DNS di router sesuai sekiranya anda pengguna dalam rangkaian anda tidak tahu cara untuk mengubah DNS di sistem operasi ataupun di aplikasi.

4. DNS tahap ISP

Penyedia perkhidmatan Internet juga boleh menetapkan DNS mereka sendiri dan di sinilah manipulasi DNS yang dilaporkan sedang berlaku. Pihak berkuasa boleh mengarahkan pihak ISP menggunakan DNS tertentu untuk memberi kesan kepada semua pelanggan mereka dengan harapan, pengguna tidak memintasnya di tahap 3, 2, dan 1 tadi.

5. Tahap Global

Skop DNS yang boleh beri kesan kepada keseluruhan Internet adalah apabila ditetapkan oleh pihak seperti ICANN (Internet Corporation for Assigned Names and Number) ataupun segala macam entiti yang mengendalikan pangkal rangkaian Internet. Sekali lagi, ia dengan mudah boleh dipintas menggunakan 4 tahap yang telah diceritakan tadi.

Cara lain untuk tapis kandungan Internet selain DNS

Manipulasi DNS bukanlah satu-satunya cara yang boleh digunakan untuk lakukan penapisan Internet.

Contohnya, untuk Deep Packet Inspection (DPI) berikan tahap penapisan yang paling halus iaitu setiap paket Internet yang dihantar boleh dianalisis. Namun, kaedah ini dikatakan mahal dan kompeks.

Menghalang alamat IP juga salah satu kaedah. Berbanding mengeluarkan alamat IP daripada DNS, ISP boleh halang akses terus di pintu masuk laman web tersebut. Walau bagaimanapun, ia boleh dipintas sekiranya laman web menggunakan alamat IP yang dinamik.

Makanya, sebagai alternatif, ISP boleh juga menapis URL secara langsung tapi sekali lagi boleh dipintas sekiranya laman web menggunakan protokol HTTPS apabila makumat URL itu sendiri disulitkan.

Kerana “kabel kerajaan”, Internet Bangladesh terpaksa dimatikan

Cara yang paling drastik adalah pemberhentian Internet secara total kerana kerajaan mempunyai kuasa untuk mengarahkan ISP yang beroperasi dalam sempadan kuasanya untuk melakukan sedemikian. Walau bagaimanapun, ini adalah kaedah paling ekstrim dan melibatkan semua pengguna Internet sama ada yang baik ataupun tidak. Ia pernah berlaku di Bangladesh seperti yang kami laporkan tak lama dulu.

Tags: DNSkeselamatanmalaysiaSKMMtelco
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Transparent DNS Proxy: Adakah SKMM arahkan telco tapis Internet anda?

Transparent DNS Proxy: Adakah SKMM arahkan telco tapis Internet anda?

7 August 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER