• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Boost Bank permudah cara nikmati faedah 4% p.a, CelcomDigi rakan niaga terbaru

  • OLEH Najib
  • 1:16 pm
  • 09/08/2024
  • Komen
Boost Bank permudah cara nikmati faedah 4% p.a, CelcomDigi rakan niaga terbaru
Share on FacebookShare on Twitter

Boost Bank, salah satu Bank Digital yang telah beroperasi di Malaysia, baru-baru ini mengumumkan beberapa pembaharuan di dalam perkhidmatan mereka. Antaranya deposit serendah RM1, baki Boost eWallet ditolak terus dari akaun Boost Bank, 3x Boost Stars serta merta, dan tidak lagi perlu menyimpan RM2,000 untuk mencapai faedah tertinggi.

Faedah Tertinggi dengan deposit RM1

Berkuatkuasa serta merta, pelanggan Boost Bank hanya perlu menyimpan sekurang-kurangnya RM1 untuk menyertai tahap tertinggi Platinum President. Berikut adalah kadar faedah terkini:



  • Akaun Simpanan: faedah harian 2.5% p.a
  • Jar Simpanan: faedah harian 3.6% p.a
  • Jar Istimewa: faedah harian 4.0% p.a

Untuk mendapatkan faedah tertinggi, pengguna harusnya menyimpan wang dalam Jar, akaun simpanan khas yang tidak boleh digunakan untuk menghantar atau menerima wang, kecuali dari akaun simpanan. Jar Simpanan boleh dibuka oleh pengguna bila-bila masa, tetapi Jar Istimewa memerlukan pengguna bertransaksi dengan rakan niaga khas Boost.

Pada kadar faedah 3.6% p.a, Boost Bank menawarkan pulangan lebih tinggi berbanding GXBank (3.00% p.a) tetapi lebih rendah berbanding AEON Bank (3.88% p.a). Bagaimanapun, GXBank dan AEON Bank memberi kadar faedah yang sama untuk akaun simpanan dan Jar (Saku Simpanan).



Sama seperti bank lain, kadar faedah 3.6% p.a oleh Boost Bank ditawarkan sebagai promosi sehingga 31 Disember 2024. Kadar faedah biasa di luar tempoh promosi adalah 3.2% p.a.

Kadar faedah 4.0% p.a dengan Jar Simpanan menggunakan eWallet di Mydin dan CelcomDigi

Untuk mendapatkan kadar faedah 4.0% p.a di Jar Istimewa, pengguna Boost Bank perlu berbelanja di rakan niaga melalui Boost eWallet setiap bulan. Salah satunya di Mydin, dengan berbelanja sekurang-kurangnya RM50 dalam satu transaksi mana-mana cawangan Mydin.

Dengan CelcomDigi pula, pengguna perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM20 dalam satu transaksi di prabayar atau pascabayar CelcomDigi. Sebagai bonus tambahan, pelanggan CelcomDigi boleh menikmati satu kali pulangan tunai 4% (terhad RM1.20 untuk prabayar dan RM2.40 bagi pascabayar), dengan menggunakan kod promosi CDPREPAID atau CDPOSTPAID dalam Boost eWallet.

Tawaran 4.0% p.a di Jar Istimewa juga merupakan promosi masa terhad. Jar Mydin ditawarkan sehingga 30 September 2024, manakala Jar CelcomDigi sehingga 7 November 2024. Lebih menarik lagi, Boost Bank telah mengubah syarat baru-baru ini dengan membuang keperluan menyimpan sekurang-kurangnya RM2,000 bagi menikmati kadar faedah 4.0%.

Kad Debit Mastercard akan datang

Walaupun sudah dilancar lebih 2 bulan, Boost Bank masih belum menyediakan perkhidmatan kad debit. Ia sebenarnya telah diumumkan akan menggunakan rangkaian MasterCard, malah dipertunjukkan dua warna kad.

Tetapi Boost Bank memaklumkan, kad debit ini akan tersedia dalam masa terdekat. Masih tiada tarikh ditetapkan.

Bacaan Berkaitan

  • Boost Bank dilancar, bank digital pertama benar pendaftaran tanpa akaun bank lain
  • Boost Bank mahu beri faedah simpanan 3.6% setahun, pilih kad debit hitam atau merah
  • Boost Bank umum faedah simpanan 4% setahun, tertinggi untuk bank digital
Tags: Bank DigitalBoostBoost BankCelcomDigi
Najib

Najib

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Boost Bank permudah cara nikmati faedah 4% p.a, CelcomDigi rakan niaga terbaru

Boost Bank permudah cara nikmati faedah 4% p.a, CelcomDigi rakan niaga terbaru

9 August 2024
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER