• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Astro

Tonton semua perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Astro, Sooka dan NJOI mulai 17 Ogos

  • OLEH Najib
  • 3:30 pm
  • 12/08/2024
  • Komen
Tonton semua perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Astro, Sooka dan NJOI mulai 17 Ogos
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat bolasepak, terutamanya Liga Perdana Inggeris (EPL) akan boleh menyaksikan semua perlawanan secara langsung melalui platform yang disediakan Astro. Musim baru EPL 2024/2025 akan membuka tirainya pada hari Sabtu ini, 17 Ogos 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith, berkata, “Astro terus menjadi destinasi utama untuk semua aksi EPL. Musim ini, kami membawa kesemua 380 perlawanan Liga Perdana terus kepada anda, tidak kira di mana anda berada. Sama ada di rumah, dalam perjalanan atau melepak dengan rakan, anda boleh tonton setiap sepakan, setiap gol, setiap perayaan pada mana-mana peranti dan sebarang kaedah langganan. Tawaran kami adalah sangat fleksibel sehingga apa juga jenis peminat akan menemui kaedah langganan yang sesuai dengan kegemaran tontonan mereka, sama ada melalui Astro, Sooka atau NJOI”.



Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith

Bagi meningkatkan lagi pengalaman penonton, Astro telah memeterai kerjasama dengan rakan niaga seperti Wonda Coffee, Zetrix dan Yes 5G. Kerjasama ini akan menyaksikan pelbagai acara menarik, kandungan eksklusif dan peluang unik untuk penonton di sepanjang musim EPL. Yes 5G sebelum ini telah menawarkan diskaun untuk melanggan Sooka, dari serendah RM25/bulan.

Pilihan langganan untuk menonton EPL

Astro menyediakan tiga platform untuk menonton rancangan sukan yang mereka siarkan iaitu di Astro, Sooka dan NJOI. Mulai 17 Ogos 2024, semua pelanggan yang melanggan pek berkaitan, boleh menonton EPL menerusi pelbagai peranti.



Berikut adalah pilihan langganan pek sukan mengikut platform:

1. Astro

Semua pelanggan Pek Sukan Astro akan mendapat akses ke semua siaran langsung perlawanan EPL di saluran Astro SuperSport, dengan perlawanan terpilih dalam 4K UHD menerusi Ultra Box. Ia juga boleh ditonton di peranti mudah alih menerusi aplikasi Astro Go. Bagi pelanggan bukan Pek Sukan, boleh menaik taraf ke Pek Sukan dari RM99/bulan.

2. Sooka

Strim semua perlawanan EPL secara langsung di Sooka menerusi pelan Sports & Entertainment dengan tawaran istimewa di laman web dari RM29.60 (harga biasa RM47.10/bulan). Jika mahu menonton di skrin besar TV, boleh langgan pelan Premium. Bagi pengguna Sooka TV Stick, boleh menonton perlawanan terpilih dalam 4K UHD.

3. NJOI

Astro menawarkan pek Mega Sukan untuk pengguna NJOI, dari Rm15/hari atau RM47/bulan. Ia boleh dilanggan menerusi aplikasi My NJOI (Apple AppStore, Google PlayStore, Huawei AppGallery).

Selain EPL, pek dan pelan berkaitan sukan di 3 platform ini memberi pengguna akses kepada pelbagai acara sukan, termasuk Liga Super Malaysia dan Liga-Liga di Eropah. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Astro, Sooka dan NJOI.

Bacaan Berkaitan

  • Hotlink Super Streamer Pass: Tonton siaran langsung sukan, filem dan anime serendah RM9.90/bulan
  • Layan sukan & Olimpik di Sooka lebih murah dengan Yes 5G, dari RM25/bulan
  • Sooka TV Stick dilancar, tanpa kontrak dari RM50 untuk 12 bulan
Tags: astroeplNJOIsooka
Najib

Najib

POPULAR

Tonton semua perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Astro, Sooka dan NJOI mulai 17 Ogos

Tonton semua perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Astro, Sooka dan NJOI mulai 17 Ogos

12 August 2024
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN