• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google Pixel 9: Gemini & Kuasa AI mengatasi prestasi

  • OLEH Najib
  • 12:42 pm
  • 14/08/2024
  • Komen
Google Pixel 9: Gemini & Kuasa AI mengatasi prestasi
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam acara Made By Google pagi tadi, Google telah melancarkan telefon pintar terbaru, Pixel 9. Ia merupakan model terendah dalam siri Pixel 9, di samping Pixel 9 Pro dan Pixel 9 Pro XL. Bagaimanapun, perbezaan model bukan pro ini tidaklah terlalu besar.

Dari kiri: Pixel 9 Pro XL, Pixel 9 Pro dan Pixel 9

Prestasi tinggi Tensor G4

Dari segi prestasi, Pixel 9 menggunakan cip Google Tensor 4 , serta pemproses keselamatan Titan M2 yang serupa dengan Pixel 9 Pro. Tetapi RAM sedikit kecil, hanya 12GB bersama storan antara 128GB atau 256GB.



Pada skrin ada sedikit perbezaan kerana ia tidak menggunakan skrin LTPO. Pixel 9 dilengkapi paparan Super Actua jenis OLED seluas 6.3-inci, pada resolusi HD Penuh dan kadar penyegaran antara 60Hz ke 120Hz. Kecerahannya boleh pergi setinggi 2,700nits. Kaca Corning Gorilla Glass Victus 2 digunakan sebagai lapisan di depan dan belakang telefon

Kamera bukan Pro

Kekurangan terbesar Pixel berbanding model Pro adalah pada kameranya. Untuk kamera hadapan, ia dilengkapi sensor 10.5MP F 2.2 dwi-PD dengan autofokus. Ini menjadikan gambar swafoto boleh kekal tajam.



Di belakang, ia menggunakan modul kamera bujur menonjol untuk menempatkan hanya dua kamera. Pertama adalah kamera utama 50MP okta-PD F1.68, dengan saiz sensor 1/1.31-inci serta berupaya Super Res Zoom sehingga 8x. Kedua adalah kamera ultralebar 48MP F1.7 kuad-PD dengan autofokus. Kamera belakang ini lengkap dengan penstabil imej optikal (OIS) dan elektrik (EIS).

Lebih banyak fungsi AI

Tetapi perkara paling menarik pada kamera Pixel 9 adalah keupayaan AI. Antara ciri baru yang diperkenal Google adalah seperti keupayaan Add Me, menambah subjek dalam beberapa tangkapan gambar. Selain itu, Magic Editor menjadikan gambar ditangkap boleh diubah lebih menarik kemudian.

Google juga mengekalkan beberapa ciri AI sedia ada seperti Magic Eraser, Best Take, Photo Unblur dan Portrait Light.

Keselamatan lebih panjang

Google menjamin akan memberikan kemaskini OS dan keselamatan selama 7-tahun, termasuk fungsi baru dan dinaik taraf. Tetapi bukan ini sahaja kerana Google turut melengkapi fungsi keselamatan peribadi.

Antaranya ciri Emergency SOS. Pengguna boleh membuat panggilan kecemasan, menghantar lokasi serta merakam video dengan hanya menekan butang kuasa sebanyak 5 kali atau lebih. Ini memudahkan bantuan diterima sewaktu pengguna dalam kemalangan atau kecemasan.

Pixel 9 turut datang dengan fungsi Amaran Gempa Bumi Android dan ia boleh digunakan di Malaysia. Pengguna akan menerima notifikasi jika berlakunya gempa bumi dengan magnitud sekitar 4.5 dan ke atas.

Pengecasan pantas

Google memasang bateri berkapasiti 4,700mAh ke dalam Pixel 9. Ia menyokong pengecasan pantas berwayar 27W dan wayarles 15W. Tetapi pengecas perlu diberi berasingan, hanya kabel USB-C ke USB-C ada diberi sekali di dalam kotak.

Telefon ini turut kalis air dan debu IP68 dan memiliki pengimbas capjari di dalam skrin. Ia juga datang dengan speaker stereo dan menerima dwi-sim dalam bentuk satu SIM nano dan satu lagi eSIM.

Pixel 9 turut menyokong WiFi 7 terbaru, Bluetooth 5.3 dan NFC. Terdapat empat warna disediakan antara hitam, hijau, merah jambu, dan kuning. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Google Pixel 9.

Bacaan Berkaitan

  • Google Pixel 9 Pro: Kuasa Pro kini dalam dua saiz
  • Google Pixel Buds Pro 2: Tensor A1 dengan ANC dua kali ganda lebih baik
  • Google TV Streamer diperkenal dengan kuasa Gemini AI, bakal ganti Chromecast
Tags: Googlegoogle pixel 9pixel 9
Najib

Najib

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Google Pixel 9: Gemini & Kuasa AI mengatasi prestasi

Google Pixel 9: Gemini & Kuasa AI mengatasi prestasi

14 August 2024
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN