• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google Pixel 9 Pro Fold: Skrin lebih besar dan badan lebih ramping, ternipis di benua Amerika

  • OLEH Najib
  • 7:11 pm
  • 14/08/2024
  • Komen
Google Pixel 9 Pro Fold: Skrin lebih besar dan badan lebih ramping, ternipis di benua Amerika
Share on FacebookShare on Twitter

Pelancaran siri Pixel 9 oleh Google hari ini menyaksikan empat model diperkenal iaitu Pixel 9, Pixel 9 Pro, Pixel 9 Pro XL dan Pixel 9 Pro Fold. Ini adalah telefon lipat kedua dihasilkan Google dengan lebih banyak fungsi canggih dan rupa moden.

Telefon lipat ternipis di Amerika

Salah satu perkara yang diiklankan Google tentang telefon lipat ini adalah ia adalah telefon lipat ternipis, tetapi untuk peranti yang dijual di Amerika Syarikat sahaja. Boleh dikatakan, Pixel 9 Pro Fold hanya lebih nipis berbanding telefon Samsung Galaxy Z Fold 6, tetapi ia masih tidak dapat menandingi telefon lipat dari jenama China seperti Honor Magic V3 dan Xiaomi MIX Fold 4.



Apabila dilipat, tebal Pixel 9 Pro Fold adalah 10.5mm dan bila ditutup, tebalnya cuma 5.1mm. Telefon ini juga tertutup kemas apabila ditutup, tidak menampakkan sebarang ruang celahan. Malah, ia juga kalis air IPx8, sesuatu yang telah ada pada kebanyakan telefon lipat yang dilancar tahun ini. Ia turut menggunakan kaca kalis calar, Corning Gorilla Glass Victus 2 di depan dan belakang telefon.

Kedua-dua skrin di luar dan di dalam adalah jenis yang sama, OLED HD Penuh 120Hz dengan kecerahan setinggi 2,700nits. Saiz skrin di luar adalah 6.3-inci manakala di dalam seluas 8-inci. Google menggelar skrin ini, Super Actua.



Seperti model yang lain, Pixel 9 Pro Fold dikuasakan cip Google Tensor G4 dan pemproses keselamatan Titan M2. Ia digandingkan bersama RAM 16GB dan storan dalaman sehingga 512GB.

Bateri yang digunakan Pixel 9 Pro Fold berkapasiti 4,650mAh. Ia menyokong pengecasan berwayar sehingga 21W serta pengecasan wayarles Qi.

Untuk kamera, ia dilengkapi sistem yang berbeza dan tidak sehebat Pixel 9 Pro. Lubang di skrin dalam dan luar memuatkan kamera 10MP F2.2 dwi-PD. Di belakang, ia memiliki kamera utama 48MP F1.7 kuad-PD, kamera ultralebar 10.5MP F2.2 dwi-PD serta kamera telefoto 10.8MP F3.1 dwi-PD dengan 5x zum optikal.

Google turut memuatkan banyak fungsi AI ke dalam Pixel 9 Pro Fold. Antaranya adalah seperti keupayaan Add Me, menambah subjek dalam beberapa tangkapan gambar. Selain itu, Magic Editor menjadikan gambar ditangkap boleh diubah lebih menarik kemudian. Google juga mengekalkan beberapa ciri AI sedia ada seperti Magic Eraser, Best Take, Photo Unblur dan Portrait Light.

Google menjamin akan memberikan kemaskini OS dan keselamatan selama 7-tahun, termasuk fungsi baru dan dinaik taraf. Tetapi bukan ini sahaja kerana Google turut melengkapi fungsi keselamatan peribadi.

Antaranya ciri Emergency SOS. Pengguna boleh membuat panggilan kecemasan, menghantar lokasi serta merakam video dengan hanya menekan butang kuasa sebanyak 5 kali atau lebih. Ini memudahkan bantuan diterima sewaktu pengguna dalam kemalangan atau kecemasan.

Pixel 9 Pro Fold turut menyokong WiFi 7 terbaru, Bluetooth 5.3 dan NFC. Terdapat dua warna disediakan antara kuning dan hitam. Sedikit mengecewakan, Pixel 9 Fold tidak akan dijual secara rasmi di Malaysia, berbanding Pixel 9, Pixel 9 Pro dan Pixel 9 Pro XL yang diumum boleh dibeli di Malaysia tidak lama lagi.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Google Pixel 9 Pro Fold.

Bacaan Berkaitan

  • Google Pixel 9 Pro: Kuasa Pro kini dalam dua saiz
  • Google Pixel 9: Gemini & Kuasa AI mengatasi prestasi
  • Google Pixel Buds Pro 2: Tensor A1 dengan ANC dua kali ganda lebih baik
  • Google Pixel Watch 3: Skrin lebih besar dan ada Ultra-wideband, bakal tiba di Malaysia
Tags: GoogleGoogle Pixel 9 Pro FoldPixel 9 Pro Fold
Najib

Najib

POPULAR

Google Pixel 9 Pro Fold: Skrin lebih besar dan badan lebih ramping, ternipis di benua Amerika

Google Pixel 9 Pro Fold: Skrin lebih besar dan badan lebih ramping, ternipis di benua Amerika

14 August 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER