• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Gemini AI dikemas kini untuk lebih berkuasa dan semula jadi

  • OLEH Putra Aziz
  • 10:53 am
  • 15/08/2024
  • Komen
Gemini AI dikemas kini untuk lebih berkuasa dan semula jadi
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam acara Made by Google 2024, selain melancarkan peranti Google Pixel 9 terbaru, Google turut mengumumkan kemas kini bagi platform AI Gemini mereka. Menurut Google, Gemini telah dipertingkatkan untuk mampu menjadikan perbualan lebih semula jadi dan intuitif.

Pengenalan Gemini Live

Salah satu pengumuman utama oleh Google pada acara Made by Google adalah pengenalan Gemini Live. Ia boleh membolehkan Gemini untuk berinteraksi dengan pengguna lebih natural dan bebas, secara teks ataupun suara. Gemini mempu untuk memberikan jawapan, pendapat serta idea, seolah-olah anda bersembang dengan kawan. Anda juga boleh mencelah sewaktu Gemini memberi respon untuk memberhentikan sesuatu perbualan atau mengubah ke topik yang lain.



Lebih menarik, Gemini Live boleh terus digunakan tanpa tangan di latar belakang semasa skrin telefon anda ditutup, yang dapat menawarkan pengalaman seakan anda tengah di dalam panggilan. Google juga memperkenalkan sebanyak 10 suara yang berbeza pengguna boleh pilih, dengan setiap daripadanya ada gaya dan tona suara berbeza.

Integrasi Gemini di lebih banyak perkhidmatan Google

Integrasi Gemini kini disebarluaskan kepada lebih banyak perkhidmatan Google termasuk Keep, Utilities, dan juga YouTube Music. Contohnya, anda boleh minta bantuan Gemini untuk menambah maklumat dari Gmail ke dalam Keep, menghasilkan senarai main lagu spesifik, serta menyemak tarikh di Calendar berdasarkan imej yang ditangkap untuk lihat sama ada anda lapang atau tidak pada sesuatu masa. Malah, boleh juga anda minta Gemini tetapkan peringatan pada sesuatu tarikh.



Pengalaman Gemini turut dipertingkat di telefon Android dan dilihat bakal menggantikan pembantu Google Assistant. Anda kini boleh menyeru Gemini terus dari mana-mana aplikasi atau antaramuka telefon dengan memanggil ‘Hey Google’ atau menekan lama butang kuasa. Gemini akan muncul seperti mana Google Assistant berfungsi sebelum ini.

Cuma, dengan Gemini, anda ada keupayaan untuk melakukan lebih banyak perkara dengan Gemini, serta boleh membaca apa yang ada di skrin. Contohnya, anda boleh tanya Gemini untuk senaraikan restoran yang dinyatakan dalam vlog di YouTube, kemudian menambah lokasi itu di dalam Google Maps.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mengalihkan imej penjanaan AI Gemini ke dalam Gmail dan Google Messages.

Dalam masa sama, Google turut memberitahu yang mereka akan membawa kemampuan Gemini ke Google Home, Phone dan Messages pada masa akan datang.

Ketersediaan Gemini AI terbaru

Gemini terbaru ini akan dibuat sebagai pembantu AI secara default di telefon terbaru Google Pixel 9. Sementara telefon Android diberikan integrasi Gemini yang lebih mendalam, Gemini juga bakal tersedia di kedua-dua Android dan iOS, dengan Android mempunyai aplikasi Gemini tersendiri manakala pengguna iOS boleh mengaksesnya melalui aplikasi Google.

Selain itu, ciri terbaru Gemini Live telah boleh mula digunakan orang ramai sekarang. Tetapi buat masa ini, ia hanya tersedia di Android dan bakal datang ke iOS pada minggu akan datang. Walau bagaimanapun, tidak semua boleh menggunakan Gemini Live ini kerana Google menawarkannya hanya kepada pelanggan Gemini Advance sahaja.

Jikalau anda berminat untuk mendapatkan Gemini Advance, ia boleh dilanggan bersama pelan Google Premium One pada harga RM97.99/bulan.

[Sumber: Google]

Bacaan berkaitan

  • Google Pixel Watch 3: Skrin lebih besar dan ada Ultra-wideband, bakal tiba di Malaysia
  • Google Pixel 9: Gemini & Kuasa AI mengatasi prestasi
  • Google Pixel 9 Pro: Kuasa Pro kini dalam dua saiz
Tags: geminiGemini LiveGooglegoogle geminigoogle pixel 9pixel 9
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Gemini AI dikemas kini untuk lebih berkuasa dan semula jadi

Gemini AI dikemas kini untuk lebih berkuasa dan semula jadi

15 August 2024
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER