• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Konsol permainan tangan terhebat Asus ROG Ally X mula dijual di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:11 pm
  • 16/08/2024
  • Komen
Konsol permainan tangan terhebat Asus ROG Ally X mula dijual di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Asus Malaysia melalui laman Asus Republic of Gamers mereka telah mengumumkan yang Ally X telah mula dijual. Buat penempah awal yang berbuat demikian seawal pertengahan Julai 2024 lalu, mereka sepatutnya telah menerima unit tempahan masing-masing.

Harga ROG Ally X di Malaysia

ROG Ally X ditawarkan dalam pasaran kita pada harga RM4,299. Sewaktu sesi tempahan awal dahulu mereka ada menawarkan hadiah bernilai RM658 untuk individu yang melakukan tempahan sehingga 31 Julai 2024. Hadiah yang disertakan adalah seperti:



  • ROG Ally Premium Hard Case
  • ROG Gaming Charger Dock
  • Screen Protector

Buat yang berminat untuk dapatkan seunit ROG Ally X, bolehlah berbuat demikian secara dalam talian di gedung Asus e-Store, Lazada, ataupun Shopee.

Spesifikasi ROG Ally X

ROG Ally X boleh dianggap versi varian kepada Ally yang asal kerana kedua-duanya masih lagi dijual seperti biasa iaitu pada harga RM3,399. Untuk ROG Ally X, mereka ingin memenuhi tiga objektif iaitu Play Better, Play Longer, dan Play Faster.



Di bahagian Play Better, Asus telah menukarkan modul joystick dengan yang baharu. Katanya komponen kali ini lebih tahan lasak dengan ujian melebihi 5 juta kali dan springnya lebih keras untuk gerak balas yang lebih baik sewaktu bermain. Bahagian D-Pad juga telah ditambah baik untuk berikan input 8 arah yang lebih jitu terutamanaya sewaktu bermain permanan bergenre perlawanan arked.

Untuk Play Longer, kapasiti bateri ROG Ally X ini adalah dua kali ganda lebih besar berbanding yang asal. Ia berikan waktu guna yan gjauh lebih panjang berbanding sebelumnya. Namun begitu, disebabkan bateri yang lebih besar, jisimnya juga bertambah sebanyak 70g kepada 678g dan lebih tebal sebanyak 4.5mm.

Komponen kawal selia haba juga telah ditambah baik untuk memenuhi keperluan penyejukan. Sistem kipas kini boleh menggerakkan 24% lebih banyak isipadu angin untuk jadikannya 6 darjah Celsius lebih sejuk berbanding biasa.

Bagi menambah keversatilan ROG Ally X, port XG Mobile telah digandinkan dengan satu USB-C Thunderbolt 4 yang lebih universal. Bukan sahaja pengguna boleh menambat kad GPU luaran berpenyambung USB, mereka juga bebas untuk sambungkan aksesori-aksesori tambahan yang lain sekiranya perlu.

Akhir sekali ialah Play Faster. Asus telah menaik taraf modul RAM ROG Ally X kepada jenis LPDDR4X-7500 dan kapasiti telah naik kepada 24GB daripada 16GB. Ia jadikan prestasi permainan yang lebih malar dan lancar.

Lain-lain spesifikasi adalah kekal diwarisi daripada ROG Ally yang asal seperti SoC Ryzen Z1 Extreme dan skrin 7” 120Hz LCD berkecerahan 500 nits.

Bacaan berkaitan

Asus kemas kini ROG Ally untuk jadi 2 kali ganda lebih menarik

ROG Ally X berharga RM4,299 di Malaysia?

ROG Ally X Malaysia: Hadiah bernilai RM658 menunggu penempah awal

Tags: asusasus malaysiaAsus ROG AllyAsus ROG Ally XROG Ally X
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Konsol permainan tangan terhebat Asus ROG Ally X mula dijual di Malaysia

Konsol permainan tangan terhebat Asus ROG Ally X mula dijual di Malaysia

16 August 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER