• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

2 pengecas DC 50kW Gentari kini beroperasi di Mid Valley Megamall dan The Gardens Mall

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:18 pm
  • 18/08/2024
  • Komen
2 pengecas DC 50kW Gentari kini beroperasi di Mid Valley Megamall dan The Gardens Mall
Share on FacebookShare on Twitter

Pengunjung pusat beli-belah Mid Valley Megamall dan The Gardens Mall kini ada pilihan baharu untuk mengecas EV mereka. Operator titik mengecas (CPO) Gentari mengumumkan mereka telahpun mengaktifkan dua stesen pengecas DC, masing-masing satu di bahagian Mid Valley Megamall dan satu lagi di The Gardens Mall.

Stesen pengecas DC yang baru diaktfikan Gentari ini adalah daripada model ABB Terra 54 yang memiliki output setinggi 50kW DC. Walaupun unit ini mempunyai nozel AC Type-2, CCS2, dan CHAdeMO, nozel AC Type-2 tidak diaktifkan dan pengecas ini hanya menyokong pengecasan DC sahaja. Tak banyak pengecas sekarang mempunyai kepala CHAdeMO dan ia satu berita baik buat pengguna EV Jepun daripada generasi awal seperti Nissan Leaf.



Stesen EV 50kW DC di The Gardens Mall & Mid Valley Megamall

Stesen EV DC di The Gardens Mall boleh anda temukan di Zone B, Level P1 (Tiang B30A) berhampiran dengan Isetan. Kadar mengecas yang ditetapkan adalah RM1.50/kWh.

Stesen EV DC di Mid Valley Megamal mengenakan kadar RM1.50/kWh. Anda boleh temukan pengecas ini di Zone A, Level P1 (Tiang A13).



Langgan Gentari Go untuk kadar mengecas 50% lebih rendah

Untuk menikmati kadar bayaran 50% lebih rendah, Gentari turut menyediakan pelan langganan tahunan Gentari Go Power Pass berharga RM899.

Dengan pas ini, anda menikmati kadar mengecas RM0.75/kWh di kedua-dua pengecas tadi dan di semua pengecas EV kendalian Gentari di seluruh negara.

Bukan itu sahaja, ia juga melayakkan anda untuk menuntut potonga cukai pendapatan tahunan dan anda beroleh akses kepada Gentari Go AutoCharge apabila dilancarkan kelak.

Alternatif pengecas EV di Mid Valley Megamall dan The Gardens Mall

Selain pengecas DC, pelawat Mid Valley Megamall dan The Gardens Mall juga ada beberapa pilihan lailn untuk mengecas EV mereka sekiranya kedua-dua stesen DC ini sedang digunakan.

Terdapat pengecas AC sedang beroperasi di Level P2 Tiang A43 kendalian Gentari x JomCharge di Mid Valley Megamall ataupun di Level P2 (Tiang B60a) di The Gardens Mall.

Perlu anda kethaui juga, tempat letak kereta premium di Level 4 The Gardens Mall turut menyediakan 6 pengecas AC 22kW untuk digunakan.

Sekuranya semua ini masih penuh, banggunan berhampiran pusat beli belah ini iaitu Menara Southpoint di Level B1 Tiang 13 turut ada 3 pengecas AC 11kW untuk digunakan.

Tags: automotifEVGentari
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
2 pengecas DC 50kW Gentari kini beroperasi di Mid Valley Megamall dan The Gardens Mall

2 pengecas DC 50kW Gentari kini beroperasi di Mid Valley Megamall dan The Gardens Mall

18 August 2024
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN