• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Promosi Merdeka OnePlus tawar diskaun sehingga RM300 untuk telefon flagship mereka

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:22 pm
  • 21/08/2024
  • Komen
Promosi Merdeka OnePlus tawar diskaun sehingga RM300 untuk telefon flagship mereka
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda sedang mencari peranti OnePlus, sekarang mungkin adalah masa yang tepat. Sempena sambutan Hari Merdeka yang bakal tiba tidak lama lagi, OnePlus Malaysia akan mengadakan promosi 67th Merdeka Sale dengan menyediakan diskaun, di samping turut memberikan hadiah percuma kepada pembeli.

Promosi Merdeka OnePlus ini akan berjalan selama empat minggu, bermula 23 Ogos hingga 17 September 2024. Semasa berlangsungnya promosi ini, OnePlus menawarkan potongan harga sebanyak RM300 untuk dua telefon flagship mereka, iaitu OnePlus 12 dan OnePlus 12R dan diskaun RM100 diberikan untuk telefon pintar OnePlus Nord CE 4 Lite.



Ini menjadikan tiga peranti tersebut boleh didapati pada harga seperti berikut:

  • OnePlus 12 (RAM 16GB dan storan 512GB) – RM4,599 RM4,299
  • OnePlus 12R (RAM 16GB dan storan 256GB) – RM3,199 RM2,899
  • OnePlus Nord CE4 Lite (RAM 8GB dan storan 256GB) – RM1,399 RM1,299

Lebih menarik, pembeli juga akan menerima hadiah percuma berupa blok pengecas bernilai sehingga RM199. Pembeli OnePlus 12 dan OnePlus 12R akan disertakan dengan blok pengecas berkuasa 100W, manakala pembelian OnePlus Nord CE4 Lite akan disertakan kepala pengecas berkuasa 80W bernilai RM139.



Promosi ini akan berlangsung dalam masa terdekat. Jadi, sekiranya anda berminat untuk mendapatkan telefon OnePlus ketika promosi Merdeka ini, anda boleh singgah ke stor rasmi OnePlus di Lazada dan Shopee.

Spesifikasi OnePlus 12 dan OnePlus 12R

OnePlus 12

Kedua-dua OnePlus 12 dan OnePlus 12R adalah telefon flagship, tetapi OnePlus 12 merupakan varian lebih tinggi dikuasakan cip Snapdargon 8 Gen 3, manakala Snapdragon 8 Gen 2 digunakan pada OnePlus 12R. Meskipun kedua-duanya ada rekaan hampir serupa, OnePlus 12 ada skrin lebih besar, menggunakan paparan jenis AMOLED 6.82-inci dan kadar segar semula 120Hz.

OnePlus 12R

Sementara itu, OnePlus 12R pula dilengkapkan dengan skrin AMOLED 6.78-inci dan kadar penyegaran 120Hz. Sistem pengimejan OnePlus 12 juga adalah lebih hebat, didatangkan dengan kamera ditala Hasselblad. Ia menampilkan kamera utama 50MP, kamera periskop 64MP dan kamera ultralebar 48MP. Kamera OnePlus 12R pula tidak memiliki cap Hasselblad, dengan memiliki kamera utama 50MP,  kamera ultralebar 8MP dan kamera makro 2MP.

Kapasiti bateri yang dilengkapkan di OnePlus 12R adalah lebih besar, iaitu 5,500mAh berbanding 5,400mAh yang terdapat di OnePlus 12. Sementara kedua-duanya sokong pengecasan 100W berwayar, OnePlus 12 ada pengecasan wayarles 50W.

Spesifikasi OnePlus Nord CE 4 Lite

OnePlus Nord CE 4 Lite adalah telefon berkelas pertengahan yang dikuasakan cip Snadragon 695 5G. Cip itu digandingkan dengan RAM LPDDR4X 8GB dan storan UFS 2.2 sebesar 256GB. Paparannya menggunakan panel AMOLED 6.67-inci dengan resolusi FHD+ dengan kadar penyegaran 120Hz. Sistem kameranya memiliki kamera utama 50MP OIS dan kamera depth 2MP. Ia ada bateri 5,500mAh dan sokong pengecasan 80W secara berwayar.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk OnePlus 12, OnePlus 12R dan OnePlus Nord CE4 Lite.

Bacaan berkaitan

  • OnePlus Nord 4 dilancar, diperkasa Snapdragon 7+ Gen 3 dan pengecasan 100W
  • OnePlus Pad Pro diperkenal dengan skrin 12.1″ 144Hz dan Snapdragon 8 Gen 3
  • OnePlus akan guna pakai teknologi bateri Tesla?
Tags: diskaunMerdekaNord CE 4 LiteOnePlusOnePlus 12oneplus 12rOnePlus Malaysiapromositelefon pintar
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Promosi Merdeka OnePlus tawar diskaun sehingga RM300 untuk telefon flagship mereka

Promosi Merdeka OnePlus tawar diskaun sehingga RM300 untuk telefon flagship mereka

21 August 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER