• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Pixel 9 Pro XL: Guna Add Me untuk gambar berkumpulan yang sempurna

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:29 pm
  • 22/08/2024
  • Komen
Pixel 9 Pro XL: Guna Add Me untuk gambar berkumpulan yang sempurna
Share on FacebookShare on Twitter

Siri Google Pixel 9 adalah telefon yang angat diperkatakan dalam bulan ini. Ramai yang memuji-muji keupayaan pengimejan yang berteraskan AI. Google telah memasukkan beberapa perkara baharu ke dalam aplikasi Pixel Camera untuk memanfaatkan teknologi computational photography mereka. Salah satu daripadanya adalah Add Me.

Add Me menggunakan AI dan augmented reality untuk menghasilkan gambar berkumpulan yang disertai semua orang, termasuklah jurugambar itu sendiri. Secara asasnya, Add Me mencantumkan dua gambar yang diambil oleh dua orang berbeza untuk dijadikan satu gambar. Ia membolehkan semua orang berada dalam bingkai sekiranya kita tiada akses kepada tripod ataupun tidak mahu berikan telefon kepada orang yang tidak dikenali.



@soyacincautiktok

Phone anda boleh buat macam ni? . #soyacincautiktok #google #pixel9proxl #malaysiatiktok🇲🇾

♬ original sound – SoyaCincautiktok – SoyaCincautiktok

Cara guna Add Me di Pixel 9 Pro

Fungsi Add Me terbina terus di dalam Pixel Camera tanpa perlu sebarang muat turun. Ia turut berfungsi walaupun telefon tidak berhubung ke Internet kerana pemerosesan berlaku terus dalam telefon yang berkuasa Tensor G4 ini.

Apabila anda lancarkan Pixel Camera, cari pilihan Add Me yang terletak dua ke kiri selepas Photo, Potrait, dan sebelum Long Exposure. Bila dah susun orang yang terlibat, jurugambar pertama ambil gambar seperti biasa dan pastikan sediakan ruang untuk jurugambar pertama tadi masuk ke dalam gambar kedua.



Selepas snap gambar pertama, panggil jurugambar kedua iaitu salah seorang subjek dalam gambar pertama tadi untuk datang ke tempat jurugambar pertama berdiri dan serahkan telefon ke jurugambar kedua. Add Me akan bantu, daripada segi framing, untuk selarikan gambar kedua dengan gambar pertama.

Selepas snap gambar kedua, tunggu sehingga gambar siap diproses. Menariknya, gambar pertama dan kedua yang tidak disuntang juga akan disimpan bersama-sama dengan gambar yang telah diproses.

Ciri apa lagi pada Pixel 9 Pro yang ingin anda ketahui? Turunkan permintaan anda dalam ruangan komen.

Bacaan lanjut

Google Pixel dilapor mudah digodam kerana bloatware ini

Pengguna Pixel 9 Pro Malaysia terima set berspesifikasi rendah berbanding set global? Ini jawapan Google

Ini senarai harga semua produk Google Pixel Malaysia 2024

Tags: Googlegoogle pixelgoogle pixel 9Google Pixel 9 ProGoogle Pixel 9 Pro XL
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Pixel 9 Pro XL: Guna Add Me untuk gambar berkumpulan yang sempurna

Pixel 9 Pro XL: Guna Add Me untuk gambar berkumpulan yang sempurna

22 August 2024
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN