• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

AIC saran Malaysia tangguh pelaksanaan lesen media sosial, ini sebabnya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:59 pm
  • 26/08/2024
  • Komen
AIC saran Malaysia tangguh pelaksanaan lesen media sosial, ini sebabnya
Share on FacebookShare on Twitter

Platform media sosial terkemuka melalui Asia Internet Coalition (AIC) telah menghantar surat terbuka kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkenaan inisiatif pelesenan media sosial yang bakal kerajaan Malaysia gerakkan tak lama lagi. Mereka menyarankan kerajaan Malaysia untuk menangguhkan pelaksanaan kerangka baharu itu sebelum penelitian dilakukan terhadap kesan kepada pasaran Malaysia.

AIC berpendapat bahawa kerangka yang diperkenalkan oleh SKMM ini tidak berkesan dalam industri ini dan akan berikan impak negatif kepada inovasi dengan cara mewujudkan beban tidak sepatutnya kepada operator. Mereka juga menambah yang langkah ini akan menghalang pelaburan masuk disebabkan kerumitan yang perlu diatasi untuk beroperasi dalam pasaran Malaysia.



Tiada penglibatan pemain industri sewaktu pembangunan kerangka

AIC, dalam surat terbuka itu, memberitahu bahawa tiada sebarang libat urus rasmi diadakan oleh pihak kerajaan sebelum menerbitkan Kertas Maklumat dan FAQ yang bertarikh 1 Ogos 2024. Tanpa perbincangan kritikal antara kedua-dua pihak, mereka melihat yang terdapat ketaktentuan yang banyak menyelubungi tatacara pelaksanaan seperti apakah yang perlu dipatuhi dan lesen apakah yang perlu dimohon pihak operator media sosial ini.

AIC bersependapat dengan kerajaan bahawa penipuan serta kemudaratan dalam talian lain seperti perjudian, serangan keatas pengugna bawah umur, dan kandungan jelek perlu dibanteras. Oleh sebab itu, mereka ingin bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk hadir dengan satu solusi yang melindungi pengguna Malaysia menerusi inovasi.



Mereka turut memohon untukdiberikan mereka masa yang mencukupi, ketelusan serta kesaksamaan daripada pihak kerajaan supaya solusi yang berkesan mampu digarap.

Lesen media sosial: Ini keperluan yang ditetapkan SKMM

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), penguatkuasaan keperluan perlesenan media sosial ini akan dikuatkuasa bermula 1 Januari 2025. Bermula 1 Ogos sehingga 1 Januari 2025, pihak SKMM akan menghasilkan garis panduan komprehensif dengan memperincikan keperluan dan arahan yang perlu dipantau penyedia perkhidmatan semasa beroperasi di Malaysia.

Platform media sosial berkaitan perlu menyediakan perkara seperti berikut:

  • Dasar dan langkah untuk perlindungan data pengguna
  • Langkah keselamatan bagi kanak-kanak termasuk jaminan umur untuk menyekat pengguna di bawah umur 13 tahun daripada mengakses platform yang dikendalikan oleh Penyedia Perkhidmatan
  • Dasar dan langkah untuk menangani bahaya dalam talian termasuk buli siber, penipuan dalam talian dan manipulasi seksual
  • Dasar dan langkah pengawalan kandungan
  • Ketelusan dalam pengiklanan dan sekatan iklan yang mempromosikan scam
  • Langkah untuk melindungi kanak-kanak di bawah umur daripada kandungan berbahaya dan iklan yang mengelirukan
  • Langkah untuk memudahkan prosedur aduan untuk pengguna dan masa tindak balas
  • Langkahuntuk mengurus kandungan yang dijana oleh Kecerdasan Buatan (AI) yang berbahaya dan palsu
  • Langkah pelaporan mengenai pematuhan Penyedia Perkhidmatan terhadap undang-undang Malaysia dan keperluan kelakuan

Platform media sosial yang memerlukan lesen

Bagaimanapun, lesen ini hanya perlu dimohon oleh penyedia platform media sosial dan tidak melibatkan pengguna. Ia terpakai untuk platform media sosial dan aplikasi permesejan yang sekurang-kurangnya memiliki 8 juta pengguna berdaftar di Malaysia. Maka, ini termasuk platform seperti Facebook, Facebook Messenger, Instagram, TikTok, WhatsApp, Telegram, WeChat, X dan YouTube.

Sekiranya sesebuah platform tersebut beroperasi tanpa lesen selepas 1 Januari 2025, mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 126 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998. Jika bersalah, platform media sosial boleh didenda sehingga RM500,00 atau penjara sehingga 5 tahun, atau kedua-duanya sekali. Platform itu juga boleh dikenakan denda RM1,000 setiap hari jika kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Bagaimanapun, untuk platform media berlesen yang gagal mematuhi syarat perlesenan pula, SKMM juga memaklumkan pihak mereka akan menilai jenis kesalahan, impak dan kekerapan kesalahan dilakukan sebelum memulakan tindakan terhadap sesebuah platform itu. SKMM mungkin akan mengenakan tindakan dengan mengeluarkan amaran, penalti sivil ataupun kompaun.

Untuk kes paling teruk, berkemungkinan SKMM juga akan menyekat akses platform tersebut dan membatalkan perlesenan mereka.

Bacaan berkaitan

Lesen media sosial: Ini keperluan yang ditetapkan SKMM

BNM lancarkan National Fraud Portal untuk tingkatkan kecekapan menangani kes scam

Pos Malaysia materai MoU dengan WhosCall untuk banteras parcel scam

Tags: SKMM
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AIC saran Malaysia tangguh pelaksanaan lesen media sosial, ini sebabnya

AIC saran Malaysia tangguh pelaksanaan lesen media sosial, ini sebabnya

26 August 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER