• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Amazon buka infrastruktur di Malaysia & labur RM29.2 billion, ini manfaat yang akan anda nikmati

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:08 pm
  • 26/08/2024
  • Komen
Amazon buka infrastruktur di Malaysia & labur RM29.2 billion, ini manfaat yang akan anda nikmati
Share on FacebookShare on Twitter

Amazon telah mengumumkan pembukaan infrastruktur Amazon Web Services (AWS) baharu untuk wilayah Asia Pasifik. AWS Asia Pacific (Malaysia) Region menawarkan pengguna di Malaysia dan rantau sekitarnya menjalankan aktiviti dan menyimpan data secara tempatan lantas mengurangkan latensi dan mempertingkat tahap keselamatan.

Ia adalah kesinambungan pengumuman yang telah mereka lakukan dalam bulan Mac 2023 lalu tentang cadangan pembukaan infrastruktur di Malaysia beserta sejumlah pelaburan yang akan mereka lakukan di sini.



Wilayah AWS Malaysia ada 3 Availability Zone

Pelancaran Wilayah AWS Malaysia ini bermakna AWS kini beroperasi di 34 wilayah geografi dengan 108 Availability Zone. Untuk pengetahuan anda, setiap Wialayah AWS mengnadungi beberapa Availability Zone dan untuk Malaysia, kita ada 3. Ia merujuk kepada pengkalan data fizikal yang dibangunkan cukup jauh antara satu sama lain tapi masih mampu memberikan prestasi latensi yang rendah merentasi Wilayah AWS setempat.

Setap pengkalan data ini mempunyai bekalan kuasa, penyejukan, dan sistem keselamatan sendiri. Ia juga berhubung antara satu sama lain menggunakan rangkaian Internet berlatensi ultrarendah serta ada sandaran sendiri sekiranya berlaku kegendalaan servis.



Beberap organisasi besar di Malaysia sudahpun mengguna pakai AWS bagi memacu perniagaan masing-masing seperti:

  • Bursa Malaysia melancarkan platform Centralized Sustainability Intellitgence (CSI) dalam usaha mereka mengurangkan jejak karbon.
  • CelcomDigi menggunakan perkhidamtan AI AWS untuk pacu transformasi digital mereka
  • GX Bank menggunakan AWS lantas jadi digital bank pertama yang capai 750,000 pelanggan dalam masa 8 bulan.
  • Petronas memanfaatkan AWS untuk menggerakkan servis e-dompet dan logistik mereka
  • RTM memperkasa platform RTMKlik menggunakan AI untuk menambah baik keterlibatan penonton mereka
  • TNB menggunakan AWS untuk membangunkan solusi tenaga pintar mereka

Amazon labur hampir RM29.2 billion di Malaysia

Dalam kenayataan medai terbaharu, Amazon merancang akan melabur lebih USD6.2 billion (~RM29.2 billion) ke dalam pasaran Malaysia sehingga tahun 2038. Pelaburan ini dijangka akan menyimbang sebanyak USD12.1 billion (~RM57.3 billion) ke dalam KDNK negara ini disamping mewujudkan lebih 3,500 peluang pekerjaan sepenuh masa, setiap tahun.

Pembukaan Wilayah Amazon Web Services (Wilayah AWS) ini dilihat Menteri Pelaburan dan Industri (MITI), Senator Tengku Zafrul Aziz sebagai tanda keyakinan pelabur tetapi juga menempatkan Malaysia sebagai hab teknologi utama di rantau Asia Pasifik.

Ia juga dianggap sebagai langkah yang betul kearah memenuhi Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) untuk mejadikan Malaysia sebagai negara peneraju dalam sektor industri berteknologi tinggi.

Tags: amazonamazon web servicesAWSaws regionwilayah aws
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Amazon buka infrastruktur di Malaysia & labur RM29.2 billion, ini manfaat yang akan anda nikmati

Amazon buka infrastruktur di Malaysia & labur RM29.2 billion, ini manfaat yang akan anda nikmati

26 August 2024
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN