• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Apple Event 2024 perkenal iPhone 16 lebih awal daripada dijangka

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:07 am
  • 27/08/2024
  • Komen
Apple Event 2024 perkenal iPhone 16 lebih awal daripada dijangka
Share on FacebookShare on Twitter

Apple menjadualkan satu majlis pelancaran pada 9 September 2024 (Isnin) jam 10 pagi waktu tempatan. Di Malaysia, kita boleh mengikutinya pada 10 September 2024 (Selasa) jam 1 pagi. Untuk rujukan, berikut adalah tarikh pelancaran 5 generasi iPhone sebelum ini:

  • iPhone 15 – 12 September 2023
  • iPhone 14 – 7 September 2022
  • iPhone 13 – 14 September 2021
  • iPhone 12 – 13 Oktober 2020
  • iPhone 11 – 10 September 2019

Satu perkara menarik tentang Apple Event 2024 adalah, ia pertama kali diadakan dalam pada hari isnin sedangkan sejak iPhone pertama dilancarkan, ia pasti diadakan pada hari selasa. Pemerhati melihatnya sebagai untuk mengelakkan bertembung dengan sesi perbahasan calon presiden Donald Trump vs. Kamala Harris yang dijadualkan pada hari berikutnya.



Berbalik kepada Apple Event tadi, kita boleh nampak yang tema untuk tahun ini adalah “It’s Glowtime” dan logo Apple direka dalam bentuk ikon siri sedang memberi repons. Ia mungkin ada kaitan dengan Apple Intelligent yang akan menjadi fokus kepada produk akan datang. Sebagai perbandingan, Apple Event 2023 menggunakan tema “Wonderlust” yang mungkin merujuk pada penghijrahan Apple daripada port Lightning kepada USB-C pada iPhone mereka.

Seperti biasa, kita boleh jangkakan siri iPhone 16 dilancarkan dan mengikut spekulasi, Airpods dan Apple Watch akan turut dilancarkan dalam majlis yang sama.



iPhone 16 di Malaysia 27 September 2024?

Jika kita mengikuti sifir pelancaran iPhone sebelum ini, pasaran Malaysia mungkin menyaksikan penjualan hari pertama iPhone 16 pada 27 September 2024 (Jumaat) iaitu minggu kedua selepas majlis di Cupertino, California ini tamat. Sebagai perbandingan, siri iPhone 15 dilancarkan pada 12 September 2023 dan mula dijual di Malaysia pada hari jumaat 29 September 2023 bulan yang sama.

Harga iPhone 16 di Malaysia

Buat masa ini kita masih belum ada harga rasmi penjualan iPhone 16 di Malaysia. Sementara menunggu, kita bolehlah wujudkan penanda aras berdasarkan iPhone 15 yang sudahpun hampir setahun berada dalam pasaran Malaysia.

iPhone 15

  • 128GB – RM4,399
  • 256GB – RM4,899
  • 512GB – RM5,899

iPhone 15 Plus

  • 128GB – RM4,899
  • 256GB – RM5,399
  • 512GB – RM6,399

iPhone 15 Pro1

  • 28GB – RM5,499
  • 256GB – RM5,999
  • 512GB – RM6,999
  • 1TB – RM7,999

iPhone 15 Pro Max

  • 256GB – RM6,499
  • 512GB – RM7,499
  • 1TB – RM8,499

Bacaan berkaitan

Terbaik: Tablet RM2,000 berkuasa tinggi, sokong 5G, serasi pen stailus dan papan kekunci (2024)

Mac Mini 2024 dijangka jadi desktop terkecil Apple

Apple AirTag bantu berjaya dapatkan semula kereta dicuri di Suria KLCC

Tags: appleApple Eventiphone 16
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Apple Event 2024 perkenal iPhone 16 lebih awal daripada dijangka

Apple Event 2024 perkenal iPhone 16 lebih awal daripada dijangka

27 August 2024
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN