• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Video Hari Kebangsaan 2024 Oppo pamer bisep bomba menerusi lensa Reno 12 Pro 5G

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:33 pm
  • 28/08/2024
  • Komen
Video Hari Kebangsaan 2024 Oppo pamer bisep bomba menerusi lensa Reno 12 Pro 5G

Pegawai Bomba daripada lensa Oppo Reno 12 5G

Share on FacebookShare on Twitter

Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 Malaysia 2024, Oppo telah menerbitkan satu video pendek bertajuka “Penghargaan Wira Tak Didendang”. Video ini berkisarkan wira tak didendang Malaysia sewaktu mereka berlatih. Banyak gambar-gambar yang dipaparkan dalam video ini diabadikan menerusi lensa Reno 12 5G.

Anda boleh perhatikan pada kemampuan tangkapan gambar dalam keadaan malap Reno 12 5G dan dalam masa yang sama, mengekalkan warna merah, jingga dan kuning, warna biasa yang kita lihat dalam organisasi bomba.



Sampel gambar Oppo Reno 12 Pro 5G sempena Hari Kebangsaan 2024
Sampel gambar Oppo Reno 12 Pro 5G sempena Hari Kebangsaan 2024

Tidak terhenti di situ, Oppo kini mengadakan banyak promosi menarik bersempena dengan bulan kemerdekaan yang boleh anda sertai, malahan telefon Reno 12 5G ini juga ditawarkan pada harga promosi dalam waktu terhad.

Guna Oppo AI Studio dan menang hadiah

Bagi menyambut perayaan kemerdekaan Tanah Melayu, Oppo memerkenalkan templat AI bertemakan wira-wira seragam tanah air di AI Studio. Pengguna Oppo Reno 12 5G boleh pergi ke aplikasi AI Studio dan jana profil gambar berpakaian seragam ini. Buat yang tiada, anda boleh jana profil gambar tersebut dan sertai kempen Potret Wira untuk menang hadiah.



Oppo Potret Wira Sambutan Hari Kebangsaan 2024
Oppo Potret Wira Sambutan Hari Kebangsaan 2024

Kempoen Potret Wira berlangsung sehingga 17 September 2024 dan berikut adalah cara untuk anda sertainya:

  • Singgah ke mana-mana Oppo Brand Store
  • Gunakan AI Studio di telefon Reno 12 5G yang dipamerkan di sana
  • Jana gambar profil anda berpakaian seragam
  • Utuskan gambar itu di ruangan komen kempen Oppo beserta tanda pagar #Merdeka67BersamaOPPO
  • Pemenang bertuah akan menang kalendar bertemakan wira seragam

Oppo Reno 12 5G lebih murah sempena Hari Kebangsaan 2024

Jangan lepaskan peluang untuk cuba filter khas Oppo sempena Hari Kebgsaan Ke-67 Malaysia 2024. Oppo sedang tawarkan Oppo Reno 12 5G pada harga promosi. Reno 12 5G yang bertanda harga RM2,199 boleh didapatkan pada harga RM1,999 sahaja antara 16 Ogos hingga 17 September 2024.

Warna baru Oppo Reno 12 5G terima potongan harga waktu terhad
Warna baru Oppo Reno 12 5G terima potongan harga waktu terhad

Bukan itu sahaja, ada warna baharu telah diperkenal 16 Ogos lalu untuk anda pilih iaitu Sunset Pink. Warna tersebut akan menyertai warna sedia ada seperti Astro Silver dan Matte Brown.

Spesifikasi Oppo Reno 12 5G

Oppo telah melancarkan Reno 12 dan Reno 12 Pro di Malaysia pada bulan Jun lepas. Sebenarnya, tidak banyak berbeza antara dua model ini termasuk cip yang sama. Perbezaan ketara adalah pada kamera.

Oppo Reno 12 5G
Oppo Reno 12 5G

Cip MediaTek Dimensity 7300 Energy 4nm menguasakan Reno 12, bersama RAM LPDDR4X 12GB dan storan UFS 3.1 512GB. Telefon ini dihasilkan supaya tahan lasak dengan badan ‘All-Round Armour’. Ia dikatakan boleh tahan tekanan kereta 3.2-tan berjalan di atasnya, telah diuji tahan suhu tinggi serta kalis air dan hujan.

Skrin Reno 12 adalah jenis AMOLED melengkung seluas 6.7-inci, resolusi HD Penuh dan kadar penyegaran 120Hz. Kecerahan skrin ini mencapai 1200 nits. Kaca Corning Gorilla Glass 7i digunakan sebagai lapisan atas dan ia ada pengimbas capjari di dalam skrin.

Oppo Reno 12 5G
Oppo Reno 12 5G

Salah satu tarikan Reno 12 adalah kamera hadapan 50MP F2.0 dengan autofokus, jarang ada di telefon pintar termasuk model flagship. Di belakang, ia dilengkapi kamera utama 50MP F1.8 OIS dengan sensor Sony LYT-600, kamera ultralebar 8MP F2.2 dan kamera makro 2MP F2.4. Antara keupayaan AI yang tersedia di Reno 12 adalah seperti AI Eraser 2.0, AI Smart Image Matting 2.0, AI Studio dan Live Photo.

Tenaga pula datang daripada bateri berkapasiti 5,000mAh. Ia boleh mengecas pantas dengan sokongan pengecasan SuperVOOC 80W berwayar. Oppo dakwa ia mampu mengecas telefon dari 0 ke 100% dalam masa 46 minit.

Oppo Reno 12 5G
Oppo Reno 12 5G

Oppo turut menekankan fungsi AI Link Boost yang terdapat di Reno 12. Katanya ia dapat meningkatkan capaian rangkaian selular, di samping Bluetooth 5.4 dan WiFi 6. Selain itu, Reno 12 turut memiliki pemancar inframerah dan speaker stereo.

Reno 12 menjalankan sistem operasi ColorOS 14 berasaskan Android 14. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Oppo Reno 12.

Bacaan Berkaitan

  • Oppo Reno 12 Malaysia: Dikuasakan Dimensity 7300 Energy dan GenAI, harga bermula RM2,199
  • Oppo Reno 12 F, miliki banyak fungsi AI dan badan tahan lasak di telefon Reno termurah
  • Oppo A3x, telefon murah berkuasa Snapdragon 6s Gen 1 & skrin cerah 1,000 nits
  • Oppo A3 Pro, telefon pintar tahan lasak ekstrem IP54 dan mampu milik
Tags: androidoppoOppo Reno 12oppo reno 12 pro 5gtelefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Video Hari Kebangsaan 2024 Oppo pamer bisep bomba menerusi lensa Reno 12 Pro 5G

Video Hari Kebangsaan 2024 Oppo pamer bisep bomba menerusi lensa Reno 12 Pro 5G

28 August 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER