• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Program Future Skills For All diperkenal di Sarawak untuk tingkatkan kemahiran coding pelajar

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:06 am
  • 30/08/2024
  • Komen
Program Future Skills For All diperkenal di Sarawak untuk tingkatkan kemahiran coding pelajar
Share on FacebookShare on Twitter

Program Future Skills For All (FS4A) telah dilancarkan di Sarawak bagi membantu pelajar sekolah menengah, guru dan pegawai pendidikan daerah memperoleh kemahiran digital, selari dengan perkembangan teknologi terkini. Program pendidikan ini dijalankan dengan kerjasama ARUS Academy, CelcomDigi, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), UNICEF Malaysia, kerajaan Sarawak dan Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC).

Secara asasnya, program FS4A ini menyediakan kursus komprehensif dalam bidang sains komputer untuk pelajar sekolah menengah mempelajari pengaturcaraan (coding) dalam bahasa seperti HTML, Python, dan SQL. Kursus FS4A ini ditawarkan dalam beberapa format, termasuk secara dalam talian, bengkel dan bahan pembelajaran yang tidak memerlukan akses internet. Program ini juga selari dengan kurikulum kebangsaan untuk Asas Sains Komputer dan Sains Komputer.



Sejak inisiatif ini diperkenal di Sarawak Tengah, ia dikatakan telah berjaya melatih 237 pelajar, 79 guru dan 11 orang pegawai pendidikan daerah. Oleh itu, program ini juga bakal diperluaskan ke daerah lain di Sarawak pada tahun depan.

Pelajar yang terlibat dalam program ini telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan dalam menghasilkan idea-idea inovatif menggunakan kemahiran dalam HTML, Python, dan SQL. Antara projek yang yang diketengahkan adalah pembangunan laman web untuk memudahkan tempahan pengangkutan di Kapit. Ia membolehkan pengguna untuk merancang perjalanan dengan lebih efisien.



Lagi contoh projek yang lain adalah penghasilan platform e-dagang untuk mempromosikan nutrisi buah dabai, iaitu buah eksotik Sarawak dan produk berkaitan dabai.

Philip Ling, Ketua Kelestarian CelcomDigi menyatakan bahawa pengaturcaraan adalah aset penting bagi pelajar kerana kemahiran digital kini menjadi asas tenaga kerja masa depan. Modul FS4A juga tersedia dalam bentuk luar talian dan dalam bahasa isyarat, menjadikannya lebih mudah diakses dan inklusif untuk semua pelajar, termasuk mereka yang berada di kawasan luar bandar dan orang kurang upaya.

Datuk Ts. Mahadhir Aziz, CEO MDEC, menekankan bahawa program FS4A adalah bukti komitmen MDEC untuk merapatkan jurang digital dan memupuk inovasi di Malaysia. Dengan melengkapkan komuniti dengan kemahiran ini, kita bukan sahaja memerkasakan individu tetapi juga memacu pembangunan sosio-ekonomi di kawasan seperti Sarawak Tengah.

Untuk pengetahuan anda, program FSA4 dimulakan pada tahun 2020 untuk menyediakan pelajar dan guru kepada akses untuk kursus dalam talian menampilkan video pengajaran, nota online dan kuiz selari dengan silibus kebangsaan. Selain itu, program ini juga telah dikembangkan dengan kandungan pembelajaran melalui Bahasa Isyarat supaya boleh diakses komuniti pekak.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web Future Skills For All.

Tags: CelcomDigiFSA4Future Skills For AllMDECUNICEF
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Program Future Skills For All diperkenal di Sarawak untuk tingkatkan kemahiran coding pelajar

Program Future Skills For All diperkenal di Sarawak untuk tingkatkan kemahiran coding pelajar

30 August 2024
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

24 February 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN