• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung lancar Kejohanan Dota 2 Piala Odyssey dikuasakan monitor Odyssey OLED G6 & G8

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:35 pm
  • 02/09/2024
  • Komen
Samsung lancar Kejohanan Dota 2 Piala Odyssey dikuasakan monitor Odyssey OLED G6 & G8
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung telah mengumumkan Kejohanan Dota 2 Piala Odyssey yang mengumpulkan pemain profesional dan amatur dari dua rantau iaitu Asia Tenggara (SEA) dan Oceania. Ia bertujuan untuk menyatukan komuniti gaming yang lebih besar berbanding Piala Odyssey tahun lepas. Kejohanan terbaru ini bakal menampilkan penggunaan dua monitor gaming dalam siri Odyssey OLED Samsung, iaitu Odyssey OLED G6 dan Odyssey OLED G8.

Menariknya, terdapat format baru Pro vs Amatur membolehkan para gamer amatur untuk bersaing dengan pemain profesional. Kejohanan ini terbuka untuk gamer berumur 18 tahun ke atas akan diadakan secara dalam talian. Untuk rantau SEA, peringkat kelayakan akan diadakan bermula 21 September sehingga 29 September 2024, manakala pusingan akhir pula akan berlangsung pada 28 dan 29 September 2024.



Pusingan kelayakan akan menampilkan wakil dari enam negara di rantau Asia Tenggara termasuk Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Mereka akan berentap dengan empat lagi pasukan profesional untuk merebut tempat dalam perlawanan akhir, dan enam pasukan terbaik akan mara ke pusingan seterusnya untuk perlawanan akhir bersama New Zealand dan Australia.

Sebanyak 8 pasukan yang bertanding untuk merebut gelaran juara dengan hadiah tunai sebanyak USD20,000 (~RM86,729) disediakan. Lebih menarik, perlawanan akhir tersebut akan di Hatten Hotel di Melaka pada 10 Oktober sehingga 13 Oktober 2024.



Dalam pada itu, Leslie Goh, Ketua Penyelesaian Paparan Serantau, Samsung SEA dan Oceania turut menyatakan bahawa mereka kekal komited untuk memajukan sukan melalui inovasi dan kolaborasi. Kejohanan Dota 2 Piala Odyssey merangkumi dedikasi berterusan Samsung untuk menyokong komuniti ‘esports’ dan membentuk masa depan permainan kompetitif.

Spesifikasi Odyssey OLED G8 dan Odyssey OLED G6

Macam yang dikatakan tadi, kejohanan ini akan menampilkan dua monitor gaming Odyssey OLED G8 dan Odyssey OLED G6. Ia diperkenalkan Samsung sewaktu CES 2024 pada Januari lepas. Kedua-dua adalah monitor hadir dengan sistem penyejukan dinamik dan panel paparan OLED dengan teknologi bebas silau. OLED G8 memiliki skrin 32-inci beresolusi 4K (3,840 x 2,160) dengan kadar penyegaran 240Hz.

Sementara itu, OLED G6 pula ada skrin 27-inci dengan kadar penyegaran lebih pantas 360Hz dan resolusi QHD (2,560 x 1440). Untuk port I/O, kedua-dua monitor memiliki port HDMI 2.1, USB-A hub, dan DisplayPort 1.4. Masing-masing juga menjalankan sistem operasi Tizen OS Smart TV.

Untuk maklumat lanjut dan sebarang penyertaan, anda boleh layari laman web Kejohanan Dota 2 Piala Odyssey Samsung.

Bacaan berkaitan

  • Samsung nak beri Music Frame percuma, ini cara untuk menanginya
  • Samsung perlukan wajah anda di papan iklan mereka, ini cara untuk sertainya
  • Promosi baru menarik untuk Galaxy Z Fold 6, Z Flip 6, Watch Ultra, Watch 7 dan siri Buds 3
Tags: monitorsamsungsamsung odysseysamsung odyssey oled g6samsung odyssey oled g8
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Samsung lancar Kejohanan Dota 2 Piala Odyssey dikuasakan monitor Odyssey OLED G6 & G8

Samsung lancar Kejohanan Dota 2 Piala Odyssey dikuasakan monitor Odyssey OLED G6 & G8

2 September 2024
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER