• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

GoPro Hero 13 Black dengan Macro Mod baharu akan dilancar 4 September 2024

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:12 am
  • 03/09/2024
  • Komen
GoPro Hero 13 Black dengan Macro Mod baharu akan dilancar 4 September 2024
Share on FacebookShare on Twitter

GoPro telahpun mengutuskan teaser untuk pelancaran produk baharu iaitu GoPro Hero 13 Black dan GoPro Hero 13 Mini di saluran rasmi mereka.

Berdasarkan hataran X, majlis pelancaran produk baharu itu dijadualkan pada 4 September 2024 pada jam 6 pagi PT ataupun 9 malam waktu Malaysia hari yang sama.



Sekiranya anda mengikuti pelancaran produk-produk GoPro, awal bulan Septemebr adalah minggu yang biasa jenama itu lakukan. Contohnya, untuk Hero 12 tahun 2023, pelancarannya adalah 6 September 2023 ia diinjak lebih awal mungkin tidak mahu bergesel dengan tarikh pelancaran iPhone yang akan berlaku pada 9 September 2024.

9.4.24 | 6AM PT | https://t.co/TVN7zvHdVf#GoPro pic.twitter.com/HcRrQZMHE2

— GoPro (@GoPro) September 1, 2024

Dua varian GoPro Hero 13 akan dilancar?

Buat masa ini, maklumat rasmi tentang spesifikasi GoPro Hero 13 masih belum ada. Namun, menghampiri tarikh pelancaran, sudahpun ada maklumat-maklumat sumber ketiga yang berlegar-legar di dalam Internet.



👉Live video from the GoPro Hero13.#gopro #GoProHero13 pic.twitter.com/2LPyur7YBW

— Igor Bogdanov (@Quadro_News) September 1, 2024

Dikatakan yang GoPro Hero 13 Black akan mengekalkan sensor 26MP 8:7 yang digunakan Hero 12 yang bermaknsa resolusi rakaman juga akan dikekalkan. Namun, berdasarkan video yang didakwa sebuah Hero 13, anda boleh nampak sirip-sirip penyejuk di bahagian bawah lensa kamera menandakan sistem kawal selia habanya ditambah baik.

GoPro Hero 13 Black
GoPro Hero 13 Black

Sekiranya benar, kita mungkin boleh melihat resolusi 5.3K pada kadar bingkai yang lebih tinggi.

Anda turut boleh kangkakan naik taraf HypperSmooth 6.0 dan katanya juga bateri Enduro 1,720mAh kini menjadi 1,900mAh untuk tempoh guna yang lebih panjang. Hal ini juga bermakna, bateri Hero 12 tidak lagi boleh digunakan pada Hero 13 kerana dimensi fizikal yang tidak sama.

GoPro Hero 13 Black

Selain GoPro Hero 13, versi mini iaitu GoPro Hero 13 Mini mungkin akan diumumkan. Ini adalah sekual kepada Hero 11 Mini. Model terdahulu, bezanya dengan Hero 11 Black adalah ia tiada skrin dan baterinya terbina di dalam untuk jadikannya lebih kompak.

GoPro Hero 13 Mini
GoPro Hero 13 Mini

Daripada gambar yang dikongsikan Hero 13 Mini juga tiada skrin dan sirip penyejuk ditambah lantas mencadangkan rakaman resolusi dan bingkai lebih tinggi akan dimasukkan.

GoPro Hero 13 Mini
GoPro Hero 13 Mini

GoPro Hero 13 ada Macro Lens Mod

Laman techstoriesindia mengesan penyenaraian aksesori siri GoPro Hero 13 di Amazon. Antara yang mereka sempat lakukan tangkap layar adalah seperti:

  • GoPro Floaty
  • GoPro Macro Lens Mod
  • GoPro Ultra Wide Lens
  • GoPro Protective Sleeve
  • GoPro Magnetic Latch Ball Joint Mount
  • GoPro Magnetic Latch Mount

Mereka adalah aksesori-aksesori biasa yang tampil bersama-sama setiap GoPro yang dilancarkan kecual Macro Lens Mod yang seperti namanya, mungkin menjadikan jarak fokus kamera lebih pendek.

GoPro Hero 13 Black Macro Mod
GoPro Hero 13 Black Macro Mod

Mungkin pengguna ini merakam objek dengan sudut padang lebih hampir kepada kamera seperti serangga, bungan, dan sebagainya.

GoPro Hero 13 Black Macro Mod
GoPro Hero 13 Black Macro Mod

Sumber: timesofindia, techopedia, notebookcheck, techstoreisindia

Bacaan berkaitan

GoPro model lama mana yang baik dan mesra bajet?

[Hands-on] GoPro Hero 12 Black: 6 pembaharuan perlu anda tahu!

GoPro Hero 12 Black dilancar, ia boleh terima audio daripada mikrofon Airpods

Tags: GoProgopro herogopro hero 13gopro hero 13 blackgopro hero 13 mini
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
GoPro Hero 13 Black dengan Macro Mod baharu akan dilancar 4 September 2024

GoPro Hero 13 Black dengan Macro Mod baharu akan dilancar 4 September 2024

3 September 2024
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER