• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

GoPro model lama mana yang baik dan mesra bajet?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:37 pm
  • 26/09/2023
  • Komen
[Hands-on] GoPro Hero 12 Black: 6 pembaharuan perlu anda tahu!
Share on FacebookShare on Twitter

Saya menerima soalan di video GoPro Hero 12 Black di TikTok. Penonton ini bertanyakan “apa Gopro lama yang best dan budget friendly?”

Saya secara peribadi masih gunakan Hero (2018) yang telah diolah firmwarenya untuk jadi Hero 5 Black. Pada saya Hero 5 Black dah cukup sesuai kalau bajet terhad dan perlukan GoPro. Kerana bermula Hero 5 sudah ada penstabil imej elektronik EIS walaupun tak sehebat Hypersmooth, ia masih berguna daripada tiada langsung.



@soyacincautiktok Replying to @skyJuice GoPro model lama yang value-for-money! #soyacincautiktok #longervideos #gopro #valueformoney #goprobudget #goprotiktok #budgetfriendly ♬ original sound – SoyaCincautiktok

Tambahan pula. Hero 5 harga pasaran terpakai sekitar RM200 hingga RM300. Jadi, saya tak risau sangat nak gunakannya secara lasak. GoPro Hero 5 kalis air sehingga 10 meter tanpa perlukan casing tambahan.

Hero 6 dan Hero 7 saya sarankan untuk langkau sahaja kerana tiada perubahan signifikan dibawakan kecuali penggunaan cip pemproses GP1 yang untuk gantikan cip Ambarella yang digunakan sebelum ini. Hypersmooth diperkenalkan bermula Hero 7 tapi naik taraf saujana dibawakan pada Hero 8.



Pada Hero 8, Hypersmooth 2.0 dan Horizon Lock diperkenalkan. Ia sangat berguna kerana anda seperti ada gimbal fizikal apabila video anda sentiasa mendatar walaupun kamera condong sehingga 27 darjah. Pada Hero 8 jugalah Media Mod pertama kali diperkenalkan yang tambah baik keupayaan vlogging pada GoPro.

Hero 9 pun anda boleh skip kerana Hero 10 tawarkan spesifikasi yang lebih mantap. Pada Hero 10, anda boleh temui cip GoPro GP2 yang baharu. Pembaharuan yang dibawakan adalah resolusi yang lebih tinggi pada kadar bingkai yang lebih tinggi. Kalau anda usyar Hero 11, saya sarankan terus sahaja pergi ke Hero 12 kerana hayat bateri kamera terbaharu ini jauh lebih panjang. Saya tak rasakan harga pasaran terbakai akan jauh beza antara Hero 11 dengan Hero 12

Tags: gopero hero 12 blackGoProgopro hero
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

[Hands-on] GoPro Hero 12 Black: 6 pembaharuan perlu anda tahu!

GoPro model lama mana yang baik dan mesra bajet?

26 September 2023
Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

8 July 2026
RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

7 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

7 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN