• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Acer Nitro Blaze 7: Konsol gaming pertama Acer, dikuasakan Ryzen 7 8840HS dan skrin 144Hz

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:32 pm
  • 05/09/2024
  • Komen
Acer Nitro Blaze 7: Konsol gaming pertama Acer, dikuasakan Ryzen 7 8840HS dan skrin 144Hz
Share on FacebookShare on Twitter

Acer akhirnya telah mengumumkan kemasukannya ke dalam pasaran konsol gaming dengan pelancaran Acer Nitro Blaze 7. Pelancarannya dilakukan di pentas antarabangsa sewaktu acara IFA 2024 di Berlin.

Pelancaran ini juga menunjukkan Acer sudah bersedia untuk memastikan keserasian antara muka dan model penggunaan konsol mudah alih pertama mereka, selepas kenyataan dalam satu wawancara yang dibuat oleh Ketua Pegawai Operasi Acer, Jerry Kao pada Jun lepas.



Spesifikasi Nitro Blaze 7

Konsol pertama Acer Nitro Blaze 7 ini boleh dilihat hampir serupa dengan kebanyakan konsol gaming di luar sana. Tetapi sebagai produk Nitro, ia didatangkan dengan rona warna merah di sekeliling konsol, termasuk pada kawalan joystick dan belakang konsol. Secara keseluruhan, Nitro Blaze 7 memiliki berat 670 gram.

Di hadapan, konsol ini didatangkan dengan skrin sentuh sebesar 7-inci jenis IPS beresolusi HD Penuh. Panel paparannya turut menyokong kadar penyegaran 144 Hz, masa respons pantas 7ms, kecerahan puncak 500 nits dan ada cakupan warna penuh sRGB. Ia juga lengkap dengan teknologi AMD FreeSync Premium untuk tawarkan visual yang responsif.



Untuk perkakasan dalaman, Nitro Blaze 7 diperkasa cip pemproses AMD Ryzen 7 8840HS. SoC itu turut memiliki teknologi Ryzen AI dengan prestasi pemprosesan NPU sehingga 39 TOPS, serta menggunakan grafik AMD Radeon 780M. Ia juga dipadankan dengan RAM LPDDR5X 16GB dan storan SSD M.2 NVME PCIe sehingga 2TB.

Sistem operasi yang digunakan pada Nitro Blaze 7 adalah Windows 11 dan yang menariknya, ia hadir dengan ciri Acer Game Space baharu. Ciri Acer Game Space itu membolehkan pengguna untuk mengakses dan menguruskan permainan dengan mudah, serta serasi dengan pelbagai platform permainan. Terdapat juga PC Game Pass yang diberikan percuma selama tiga bulan.

Untuk kawalan, selain butang ABXY, D-Pad dan dua joystik, konsol ini turut ada pengimbas cap jari dan satu butang khas untuk anda akses cepat ke ciri Acer Game Space.

Kapasiti bateri yang dilengkapkan pada Nitro Blaze 7 adalah berkapasiti 50Whr yang boleh dicas dengan kuasa 65W melalui USB-C. Terdapat dua port USB-C 4 yang boleh digunakan untuk mengecas, di samping ada juga slot kad mikro-SD, jek audio 3.5mm dan sokongan WiFi 6E. Sistem bunyi pula dikeluarkan dari dua unit speaker yang berkuasa 1W.

Sekadar perbandingan, dilihat ROG Ally X ada spesifikasi sedikit lebih baik berbanding Nitro Blaze 7 kerana didatangkan dengan kapasiti bateri lebih besar iaitu 80Whr dan ada RAM dua kali ganda lebih besar pada 24GB. Tetapi kelebihan Nitro Blaze 7 adalah ia ada skrin lebih pantas pada 144Hz dan dua port USB-C 4.

Harga dan ketersediaan Acer Nitro Blaze 7

Buat masa ini, Acer masih belum mendedahkan harga rasmi Nitro Blaze 7 mahupun tarikh ketersediaannya. Tetapi menurut laporan Lowyat, Nitro Blaze akan tiba di pasaran Eropah pada hujung Oktober atau awal November 2024 pada harga bermula EUR849 (~RM4,097) untuk kofigurasi dengan storan 512GB.

Acer turut menyatakan spesifikasi, harga dan tarikh ketersediaan akan berbeza mengikut wilayah. Bagaimanapun, masih tiada maklumat sama ada ia Acer Nitro Blaze 7 akan tiba di Malaysia ataupun tidak.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman spesifikasi Acer Nitro Blaze 7.

Bacaan berkaitan

  • Adakah Acer bakal lancarkan pesaing kepada konsol ROG Ally? Ini jawapan mereka
  • Acer Swift 14 AI: Laptop AI berkuasa Snapdragon X Elite dengan paparan sentuh 120Hz
  • Acer Nitro V 16: Laptop gaming bawah RM5,000 diperkasa Ryzen 7 8845HS dan RTX 4050
Tags: AcerAcer Nitro Blaze 7Nitro Blaze 7
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Acer Nitro Blaze 7: Konsol gaming pertama Acer, dikuasakan Ryzen 7 8840HS dan skrin 144Hz

Acer Nitro Blaze 7: Konsol gaming pertama Acer, dikuasakan Ryzen 7 8840HS dan skrin 144Hz

5 September 2024
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN