• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

[IFA 2024] Claw 8 AI+: Percubaan kedua MSI untuk cabar ROG Ally

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:42 am
  • 05/09/2024
  • Komen
[IFA 2024] Claw 8 AI+: Percubaan kedua MSI untuk cabar ROG Ally
Share on FacebookShare on Twitter

Di IFA 2024, MSI telah mengumumkan kemas kini kepada konsol permainan mudah alihnya. MSI Claw 8 AI+ memanfaatkan produk Intel Lunar Lake terbaharu yang katanya lebih cekap tenaga berbanding CPU yang digunakan oleh Claw 8 sebelum ini.

Pembaharuan MSI untuk Claw 8 AI+

Claw 8 AI+ adalah sekuel kepada MSI Claw 8 A1M yang dilancarkan dalam bulan Mac 2024. Malangnya, produk generasi pertama ini tidak mendapat sambutan menggalakkan kerana dibelenggu masalah. Tapi sebelum ini, saya nak ceritakan tentang perubahan yang dibawakan MSI untuk Claw 8 AI+.



Seperti di awal artikel tadi, MSI Claw 8 AI+ menggunakan SoC Intel Core Ultra 200V. Ia kini SoC berbanding CPU kerana atasnya terkandung CPU, GPU, dan juga NPU pada satu pakej. MSI berharap dengan penggunaan cip baharu ini, ia mampu berikan waktu guna yang lebihp anjang kerana Intel mengiklankan yang produk terbaharu mereka ini 50% lebih cekap tenaga berbanding sebelumnya.

MSI Claw 8 AI+ kini dilengkapi RAM dua kali ganda lebih besar pada 32GB dan modul RAM dinaik taraf kepada LPDDR5x-8533 berbanding LPDDR5-6400. Sekali lagi, modul cekap tenaga pastinya menyumbang kepada hayat guna lebih panjang.



Sumber

Lagi yang akan memanjangkan hayat guna adalah kapasiti bateri yang nyata diperbesar. Daripada 53Wh sebelum ini, MSI Claw 8 AI+ ada bateri 80Wh. Bahagian lain yang ditambah baik adalah saiz LCD diperbesar kepada 8” dan pertambahan 2 port USB-C Thunderbolt 4 disamping sokongan SSD M.2 2280.

Malangnya, walaupun diumumkan tahun ini, MSI hanya akan jual Claw 8 AI+ dalam tahun 2025.

MSI ingin tebus kegagalan Claw A1M?

Pengguna melihat Claw A1M sebagai satu produk yang gagal kerana pada ketika itu mereka sudahpun ada ROG Ally menjadi penanda aras. Melalui bacaan saya, jurureviu di luar sana mengetengahkan masalah driver Intel dan penggunaan CPU yang tak cekap tenaga sebagai faktor utama Claw 8 A1M tidak mendapat sambutan yang menggalakkan.

Tambahan pula, harganya waktu masuki Malaysia tidaklah murah. Varian terendah yang ada Intel Core Ultra 5 135H ditawarkan pada harga RM3,499. Sebagai perbandingan, ROG Ally yang sedia ada dalam pasaran Malaysia sejak tahun sebelumnya ditawarkan pada harga hanya RM3,299 malahan konsol Asus ini diperkasa Ryzen Z1 Extreme yang dikatakan cip konsol permainan tangan yang lebih berkaliber berbanding Intel.

Sumber: MSI, Gambar Pemuka

Bacaan berkaitan

Konsol permainan tangan terhebat Asus ROG Ally X mula dijual di Malaysia

Tags: ifa 2024MSIMSI Clawmsi claw 8 ai+
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

[IFA 2024] Claw 8 AI+: Percubaan kedua MSI untuk cabar ROG Ally

[IFA 2024] Claw 8 AI+: Percubaan kedua MSI untuk cabar ROG Ally

5 September 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER