• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme Buds T01 terbaharu promosi harga RM79 dalam waktu terhad

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:01 pm
  • 05/09/2024
  • Komen
Realme Buds T01 terbaharu promosi harga RM79 dalam waktu terhad
Share on FacebookShare on Twitter

Realme telah menambah penawaran fon putik mereka di Malaysia, dengan pengenalan Realme Buds T01. Daripada segi heirarki, ia merupakan fon putik paling rendah dan termurah dalam barisan Buds T Realme. Namun, ia masih didatangkan dengan ciri mencukupi seperti pemacu besar dan ciri pengurangan hingar AI ketika panggilan.

Harga dan promosi Realme Buds T01 di Malaysia

Realme Buds T01 tersedia untuk didapatkan di Malaysia sekarang pada harga RM119. Sempena pelancarannya, Realme turut menawarkannya pada harga lebih murah dengan menyediakan diskaun RM40, menjadikannya hanya RM79 sehingga 19 September 2024.



Kalau berminat, anda boleh dapatkan Realme Buds T01 di stor rasmi Realme di Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Realme Buds T01

Bunyi Realme Buds T01 dikeluarkan oleh pemacu dinamik bass sebesar 13mm dan diafragma diperbuat daripada bahan Polyethylene Terephthalate. Kombinasi itu dikatakan dapat menawarkan bass berdentum dengan frekuensi mid dan treble yang jelas.



Seperti yang dikatakan awal tadi, fon putik ini tampil dengan ciri pengurangan hingar ENC yang mampu untuk menyenyapkan bunyi persekitaran semasa panggilan menggunakan AI.

Hayat bateri Buds T01 ini boleh mencecah sehingga 28 jam dengan bekas pengecas dan 6 jam pada fon putik. Realme dakwa, mengecas 10 minit fon putik mampu untuk memberikan masa penggunaan 120 minit. Fon putik ini juga ada tahap kalis percikan air IPX4, mod kependaman rendah 88ms dan sokongan Google Fast Pair, menggunakan sambungan Bluetooth 5.4.

Permukaan fon putik turut menyokong kawalan melalui sentuhan. Untuk kawalan yang lebih banyak, fon putik boleh disambungkan ke aplikasi Realme Link. Namun, perlu untuk dinyatakan yang aplikasi iOS Realme Link tidak menyokong Realme Buds T01. Berkenaan warna, Realme Buds T01 ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan putih.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman spesifikasi Realme Buds T01.

Bacaan berkaitan

  • Realme Payday Sale beri diskaun pelbagai telefon dan tablet, harga serendah RM28
  • Realme SuperSonic Charge 320W, adakah ia akan menjadi kenyataan minggu ini?
  • 5 Terbaik: Fon putik murah sesuai gaming, kependaman serendah 25ms
Tags: fon putikRealmeRealme Buds T01Realme Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Realme Buds T01 terbaharu promosi harga RM79 dalam waktu terhad

Realme Buds T01 terbaharu promosi harga RM79 dalam waktu terhad

5 September 2024
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN