• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Isu DNS redirection SKMM: Ini semua perkara yang perlu anda tahu

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:36 pm
  • 07/09/2024
  • Komen
Sudah empat bulan, di mana janji pengurangan harga jalur lebar di Malaysia?
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil, mempertahankan langkah Suruhanjaya Komunikasi dan Mulitmedia (SKMM) mengarahkan semua Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) melakukan pengurusan Domain Name System (DNS) untuk trafik perniagaan, perusahaan dan kerajaan menjelang 30 September 2024.

Pengurusan DNS dikesan seawal Ogos 2024

Perkara ini dilihat ada kaitan dengan arahan pengurusan DNS yang dilakukan oleh ISP keatas trafik pengguna awam yang pernah kami laporkan awal Ogos 2024 yang lalu. Isu tersebut dikongsikan laman web Sinar Project yang mengatkaan ISP mengguna pakai kaedah Transparent DNS Proxy.



Kami cuba untuk mengakses beberapa laman web yang disenaraikan Sinar Project, menggunakan beberapa ISP di Malaysia. Didapati yang terdapat halangan untuk mengakses dikenakan oleh Time, Maxis, U Mobile, CelcomDigi, dan Unifi. Ia dihalang walapun kami mengguna pakai DNS 8.8.8.8/8.8.4.4.

SKMM perjelas tanggapan salah tentang pengurusan DNS

SKMM melalui siaran akhbar 7 September 2024 tampil memperjelas tanggapan salah yang disebar luaskan di Internet berkaintan tindakan pengurusan DNS yang sedang mereka jalankan.



Menurut SKMM, sebab utama pihak mereka mengarahkan ISP untuk mengarahkan semula trafik DNS pihak ketiga kepada DNS tempatan adalah bagi memastikan pengguna sentiasa dilindungi daripada laman web berbahaya. SKMM juga berkongsikan statistik kandungan yang mereka halang antara 2018 hingga 1 Ogos 2024.

Dalam tempoh tersebut, mereka telah menghalang 24,277 laman web berbahaya daripada membahayaakan pengguna Malaysia:

  • 39% perjudian dalam talian
  • 31% lucah & jelik
  • 14% langgar akta hak cipta
  • 12% aktiviti pinjaman wang tak berlesen, penjualan data, penjualan barangan haram
  • 2% pelacuran
  • 2% scam & pelaburan tak sah

SKMM juga membidas dakwaan yang pengurusan DNS ini adalah drakonian dan ia bukanlah blanket ban. Hal ini kerana laman web hanya dihalang akses sekiranya didapati mengandungi kandungan menyalah undang-undang. Untuk pengendali portal yang rasakan portal mereka tak sepatutnya dihalang, boleh menghantar bantahan kepada pihak SKMM melalui saluran yang disediakan.

Ini golongan yang tak terkesan dengan pengurusan DNS SKMM

Maxis berkongsikan butiran lanjut tentang proses Maxis Business DNS Redirection yang bakal mereka jalankan bagi memenuhi arahan SKMM itu.

Menurut ISP itu, pengurusan DNS ini hanya akan melibatkan enditi yang mengguna pakai DNS awam seperti Google DNS (8.8.8.8/8.8.4.4) ataupun Cloudflare DNS (1.1.1.1/1.0.0.1). Entiti yang tidak terlibat dengan pengurusan DNS ini adalah untuk yang menggunakan DNS peribadi ataupun DNS menggunakan saluran sulit (encrypted).

Berdasarkan maklumat Maxis ini, berkemungkinan besar pihak ISP lain yang mempunyai pelanggan perniagaan, akan mengguna pakai pendekatan serupa.

Apakah DNS?

DNS adalah sebuah sistem yang menterjemahkan alamat website yang mudah dibaca pengguna (contoh bm.soyacincau.com) kepada alamat IP yang boleh diperoses komputer.

Ia berfungsi seperti sebuah buku telefon yang mengandungi nombor perhubungan semua orang dan bila ingin panggil seseorang, kita buka dan cari nombor yang spesifik.

Cara kerja DNS pula adalah, apabila pengguna menaip masuk laman web, sistem akan merujuk kepada pelayan DNS, terjemahkankannya ke dalam alamat IP, dan lakukan sambungan.

5 harierki DNS yang perlu anda tahu

Tetapan DNS mempunyai sistem harierki. Bermakna, tetapan DNS di satu tahap boleh dipintas di satu tahap yang lain. Selain itu, bergantung kepada tahap, skop operasinya juga adalah berbeza. Berikut adalah 5 harierki tetapan DNS yang perlu anda tahu.

1. DNS tahap aplikasi

DNS di tahap aplikasi memberi kesan pada aplikasi yang terlibat sahaja. Contohnya, DNS boleh ditetapkan di pelayan web Google Chrome, Microsoft Edge, ataupun Mozilla Firefox. Ini adalah skop yang paling kecil dan akan pintas semua tetapan DNS lain.

2. DNS tahap sistem operasi

DNS yang ditetapkan dalam sistem operasi memberi kesan pada semua aplikasi yang berjalan dalam lingkungan sistem. Selain pelayan web, ia juga akan beri kesan kepada aplikasi permainan dalam talian seperti Steam, Origin, Epic Games, GOG, dan sebagainya.

3. DNS tahap router

DNS juga boleh ditetapkan di router dan ini adalah tahap paling tinggi boleh pengguna tetapkan kerana selepas ini, ia dikendalikan oleh organisasi yang lebih besar. DNS yang ditetapkan di router akan memberi kesan kepada semua peranti yang bersambung kepada rangkaiannya. Tetapan DNS di router sesuai sekiranya anda pengguna dalam rangkaian anda tidak tahu cara untuk mengubah DNS di sistem operasi ataupun di aplikasi.

4. DNS tahap ISP

Penyedia perkhidmatan Internet juga boleh menetapkan DNS mereka sendiri dan di sinilah manipulasi DNS yang dilaporkan sedang berlaku. Pihak berkuasa boleh mengarahkan pihak ISP menggunakan DNS tertentu untuk memberi kesan kepada semua pelanggan mereka dengan harapan, pengguna tidak memintasnya di tahap 3, 2, dan 1 tadi.

5. DNS tahap Global

Skop DNS yang boleh beri kesan kepada keseluruhan Internet adalah apabila ditetapkan oleh pihak seperti ICANN (Internet Corporation for Assigned Names and Number) ataupun segala macam entiti yang mengendalikan pangkal rangkaian Internet. Sekali lagi, ia dengan mudah boleh dipintas menggunakan 4 tahap yang telah diceritakan tadi.

Cara memintas Transparent DNS Proxy Malaysia

Seperti semua masalah kecuali mati, solusinya tetap ada. DNS Transparent Proxy ini boleh dipintas. Salah satunya adalah dengan penggunaan Virtual Private Network (VPN) ataupun menggunakan Secure DNS. Contohnya, di pelayan web, anda boleh cari pilihan Use Secure DNS.

Sumber: NST

Bacaan berkaitan

SKMM mengaku ada lakukan sesuatu dengan DNS pengguna Internet Malaysia

Transparent DNS Proxy: Adakah SKMM arahkan telco tapis Internet anda?

Anda boleh guna DNS ini sebagai penapis kandungan lucah & malware

Tags: DNSispSKMMtelco
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sudah empat bulan, di mana janji pengurangan harga jalur lebar di Malaysia?

Isu DNS redirection SKMM: Ini semua perkara yang perlu anda tahu

7 September 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER