Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Anda boleh guna DNS ini sebagai penapis kandungan lucah & malware

Syarikat yang menawarkan servis Content Delivery Network (CDN) dan perlindungan DDoS untuk laman web, Cloudflare, telah tampil dengan DNS tersendiri pada April 2018. Pada ketika itu, mereka mengwar-warkan yang DNS ini menjadikan akses Internet anda lebih pantas. Dua tahun kemudian, mereka sekali lagi perkenalkan produk DNS tapi kali ini untuk tapis kandungan dewasa dan malware.

“Cloudflare 1.1.1.1 for Families” hadir dalam dua konfigurasi iaitu:

Penapis kandungan dewasa dan malware
Primary DNS: 1.1.1.3
Secondary DNS: 1.0.0.3

Penapis malware sahaja
Primary DNS: 1.1.1.2
Secondary DNS: 1.0.0.2

Itu baru permulaan, dalam beberapa bulan yang akan datang, servis 1.1.1.1 for Families akan ditambah baik dengan beberapa fungsi baru. Contohnya, anda boleh wujudkan whitelist ataupun blacklist yang mengandungi laman web tertentu, malahan anda boleh tentukan tempoh aktif senarai tersebut.

Contoh konfigurasi DNS di Windows

Salah satu senario penggunaan adalah menghalang laman web sosial media untuk satu tempoh tertentu agar semua orangboleh tumpukan perhatian pada kerja masing-masing dan sebagainya.

Contoh konfiguras DNS di Router

Namun, sehari selepas pengumuman, Cloudflare mendapat kecaman golongan LGBTQIA+ kerana laman web mereka telah diblok aksesnya kepada pengguna DNS ini. Daripada maklum balas pihak Cloudflare, mereka dalam proses menilai dan membuka halangan tersebut.

Walau apa pun, servis ini adalah sesuatu yang baik dan bolehlah anda gunakan untuk tapis kandungan Internet rumah anda. Cara gunakannya adalah dengan memasukkan DNS ini dalam konfigurasi router rumah anda supaya semua perkakasan yang bersambung ke Internet melalui router tersebut, mendapat kandungan tertapis.

Sumber: Cloudflare, 2

BACA  Samsung Health Monitor kini ditambah fungsi periksa tekanan darah