• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ini cara Oppo rai warna warni budaya Malaysia

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:02 pm
  • 12/09/2024
  • Komen
Ini cara Oppo rai warna warni budaya Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo telah mengumumkan pelancaran buku Coffee Table Book untuk kempen #OPPOMalaysiaThroughTheLens. Ia dihasilkan dengan kerjasama Oppo bersama Malaysian National Commission for UNESCO (MNCU) dan Kementerian Pelancongan , Seni dan Budaya (MOTAC). Kerjasama ini mempamerkan visual tentang kepelbagaian budaya Malaysia yang ditangkap menggunakan sistem pengimejan canggih dan teknologi AI di telefon pintar Oppo.

Coffee Table Book #OPPOMalaysiaThroughTheLens

Antara telefon yang terlibat adalah siri Reno 11, siri Reno 12 dan telefon lipat Find N3. Coffee Table Book ini menampilkan koleksi-koleksi tangkapan potret menggunakan telefon yang disebutkan tadi. Ia juga merangkumi filem dokumentari yang memfokuskan seni unik mewakili pelbagai aspek mengenai masyarakat berbilang budaya di Malaysia.



Koleksi-koleksi potret ini ditangkap oleh jurufoto profesional dan Reno Expert, iaitu Samuel Goh. Terdapat lima tradisi seni budaya Malaysia yang ditekankan dalam koleksi ini. Ia adalah of Wayang Kulit Melayu Tradisional Kelantan, Magagung Penampang, Tarian Iban Ngajat, Opera Teochew dan Dondang Sayang.

Setiap satu potret itu memperlihatkan penceritaan mengenai keindahan dan intipati bagi sesuatu warisan budaya Malaysia. Dengan langkah yang dilakukan Oppo ini, ia juga dapat bantu memelihara warisan budaya Malaysia supaya ia kekal relevan untuk generasi akan datang.



Untuk lebih jelas, anda boleh lihat antara sampel potret yang akan dipaparkan dalam Coffee Table Book ini.

Menurut Oppo, koleksi potret di Coffee Table Book OPPOMalaysiaThroughTheLens ini merupakan komitmen Oppo Malaysia terhadap pemeliharaan budaya dan inovasi teknologi dengan harapan untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk meraikan keunikan sejarah serta kepelbagaian budaya Malaysia bersempena Hari Malaysia yang akan tiba.

Wakil dari Malaysian National Commission for UNESCO (MNCU), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Oppo Malaysia

Sekiranya anda berminat untuk lihat koleksi potrait dalam Coffee Table Book OPPOMalaysiaThroughTheLens, anda boleh kunjungi dan lihatnya di kedai jenama Oppo. Anda juga boleh tahu lebih lanjut dan tonton siri dokumentari yang dihasilkan Oppo melalui laman YouTube OPPO Malaysia Through The Lens.

Bacaan berkaitan

  • Video Hari Kebangsaan 2024 Oppo pamer bisep bomba menerusi lensa Reno 12 Pro 5G
  • Oppo sambut Merdeka ke-67 dengan diskaun, harga turun, hadiah RM1 dan cabutan bertuah
  • Telefon AI Oppo Reno 12 tampil dengan warna baru sempena Bulan Kebangsaan
Tags: oppooppo find n3OPPO Reno 11Oppo Reno 12
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Ini cara Oppo rai warna warni budaya Malaysia

Ini cara Oppo rai warna warni budaya Malaysia

12 September 2024
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN