• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Netflix

iPhone dengan iOS 16 tak lagi boleh guna Netflix?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:50 pm
  • 18/09/2024
  • Komen
iPhone dengan iOS 16 tak lagi boleh guna Netflix?
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang pengguna Netflix berkongsikan satu tangkap layar yang mengandungi pop-up daripada aplikasi penstriman itu yang memintanya untuk berhijrah daripada iOS 16 ke yang lebih baharu untuk kekal menonton. Perkara ini mungkin petanda yang iPhone 8 dan kebawah tidak lagi boleh menikmati Netflix secara keseluruhannya apabila perkara ini dikuatkuasakan sepenuhnya pada masa akan datang.

iPhone mana yang sokong Netflix?

Berdasarkan laman sokongan Netflix, peranti seawal iPhone 5 masih lagi boleh menonton kandungan Netflix namun pada berlainan resolusi. iPhone yang menjalankan iOS 6 hanya boleh menikmati kandungan pada resolusi 480p sementara iOS 6 pada resolusi 720p.



Walau bagaimanapun, untuk menikmati kandungan High Dynamic Range (HDR) peranti perlulah berada pada iOS terkini dan dalam konteks sekarang, iOS 18.

Ciri Picture in Picture pula memerlukan iOS 14 dan keatas manakala Spatial Audio memerlukan iOS 14.6 dan keatas.



Buat masa ini, masih belum ada kenyataan rasmi tentang penamatan sokongan ke atas peranti yang menjalankan iOS 16 dan kebawah.

Harga Netflix di Malaysia

Buat pengguna Malaysia, Netflix menawarkan sebanyak 4 opsyen langganan yang boleh dipertimbangkan. Berikut adalah senarai harganya:

  • Netflix Mobile – RM17
  • Netflix Basic – RM28
  • Netflix Standard – RM45
  • Netflix Premium – RM55
240918-netflix harga malaysia 05.jpg

Satu-satunya cara anda boleh tonton kandungan 4K HDR adalah dengan melanggan pelan premium dan ia bukanlah sesuatu yang murah apabila Netflix berhabis-habisan tidak membenarkan anda berkongsi akaun di luar isi rumah.

Pelan yang lebih murah berikan anda strim sehingga resolusi FHD dengan penstriman serentak sehingga 2 saluran sahaja. Pelan yang paling murah hanya benarkan anda strim dalam resolusi 480p dan hanya untuk telefon pintar ataupun tablet.

Anda boleh layari laman rasmi Netflix untuk maklumat lanjut.

Tags: iOSiOS 16Netflix
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
iPhone dengan iOS 16 tak lagi boleh guna Netflix?

iPhone dengan iOS 16 tak lagi boleh guna Netflix?

18 September 2024
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN