• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

CelcomDigi naik taraf Prepaid 5G 39, kini lebih pantas dan lebih kuota

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:17 pm
  • 19/09/2024
  • Komen
CelcomDigi naik taraf Prepaid 5G 39, kini lebih pantas dan lebih kuota
Share on FacebookShare on Twitter

CelcomDigi telah naik taraf pelan Prepaid 5G 39 mereka. Ia menyaksikan, komponen Internet “tanpa had” pelan telah ditingkatkan kelajuannya daripada 3Mbps kepada 12Mbps dengan FUP sebanyak 200GB dikenakan.

Selain daripada naik taraf tersebut, pengguna juga menerima manfaat tambahan daripada promosi waktu terhad yang sedang berjalan iaitu tambahan 10GB tambahan Internet berkelajuan 100Mbps menjadikan 65GB semuanya. Satu lagi adalah kuota hotspot pula naik 5 kali ganda kepada 15GB. Pelan Prepaid 5G 25 tidak menunjukkan sebarang perubahan.



CelcomDigi Edisi Biru: Internet 5G Tanpa Had

Sebanyak dua pelan bulanan utama yang CelcomDigi ingin ketengahkan untuk Edisi Biru iaitu:

  • Prepaid 5G 25
  • Prepaid 5G 39

Prepaid 5G 25 adalah pelan termurah, pada harga RM25/bulan. Pelanggan beroleh 15GB kuota berkelajuan 100Mbps (5G/4G) disamping kuota tambahan untuk hotspot sebanyak 3GB, juga pada kelajuan sama.



Prepaid 5G 39 adalah pelan yang telah ditambah baik. Seperti yang dikatakan tadi, pada harga RM39/bulan, pelanggan beroleh Internet berkelajuan 100Mbps sebanyak 65GB kuota. Sekiranya kuota itu habis digunakan, capaian Internet berhijrah pula ke kuota “tanpa had” pada kelajuan 12Mbps dengan FUP keras 200GB.

Hotspot yang boleh digunakan pula adalah sebanyak 15GB pada kelajuan 100Mbps.

Selain dua pelan tersebut, sebenarnya ada banyak lagi pelan yang boleh dipertimbangkan seperti:

  • Prepaid 5G 35 (Unlimited)
  • Prepaid 5G 39 (High Speed)
  • Prepaid SpeedStream IQIYI 47
  • Prepaid 5G 49 (Unlimited)
  • Prepaid 69 (Unlimited)

Untuk pelan unlimited, pelanggan akan menikmati capaian Internet berkelajuan sama ada 1Mbps, 3Mbps, ataupun 12Mbps dengan FUP sebanyak 200GB. Kuota hotspot juga pelbagai iaitu sama ada 3GB, 6GB, ataupun 10GB dengan kelajuan maksimum mencapai 100Mbps.

FUP CelcomDigi Prepaid 5G Biru

Semua pelan CelcomDigi yang tawarkan Internet tanpa had tertakuk kepada Fair Usage Policy (FUP). Selepas penggunaan Internet melangkai kuota seperti yang ditetapkan oleh FUP CelcomDigi, kelajuan Internet akan diselaraskan kepada 512kbps sehingga pembaharuan seterusnya.

Kuota FUP bergantung kepada tempoh sah pelan Internet iaitu:

  • Pas mingguan: 20GB
  • Pas bulanan: 80GB
  • Pas bulanan: 200GB

Anda boleh layari laman maklumat FUP CelcomDigi untuk maklumat lanjut.

Bacaan berkaitan

Pakej Rahmah Prabayar Siswa, ini adalah butiran penawaran setiap telco yang terlibat

elcomDigi hantar kertas cadangan rangkaian 5G kedua kepada SKMM

Ini senarai terlengkap prabayar unlimited Internet 5G Malaysia berserta FUP disebaliknya

Tags: 4g5gCelcomDigitelco
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
CelcomDigi naik taraf Prepaid 5G 39, kini lebih pantas dan lebih kuota

CelcomDigi naik taraf Prepaid 5G 39, kini lebih pantas dan lebih kuota

19 September 2024
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER