• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Realme 13 Pro dilancar, hadir dengan kamera telefoto periskop 50MP dan pengecasan 80W

  • OLEH Putra Aziz
  • 9:11 pm
  • 19/09/2024
  • Komen
Siri Realme 13 Pro dilancar, hadir dengan kamera telefoto periskop 50MP dan pengecasan 80W
Share on FacebookShare on Twitter

Realme Malaysia hari ini telah rasmi melancarkan siri Realme 13 Pro untuk pasaran Malaysia. Tidak seperti generasi sebelumnya, Realme kini membawa masuk semula dua model dalam siri Realme Pro, iaitu Realme 13 Pro dan Realme 13 Pro+. Kedua-duanya hadir dengan spesifikasi hampir sama, tetapi dengan perbezaan pada bahagian sistem kamera dan kuasa mengecas.

Antara pembaharuan yang Realme bawa untuk siri Realme 13 Pro berbanding generasi sebelumnya adalah, model terbaru kini dilengkapi dengan ciri fotografi yang dikuasakan AI.



Harga dan ketersediaan Realme 13 Pro di Malaysia

Siri Realme 13 Pro akan mula dijual di Malaysia bermula 20 September 2024. Hanya ada satu varian dengan konfigurasi RAM dan storan yang sama ditawarkan untuk kedua-dua model dalam siri ini. Dilihat model Pro+ kini mengalami peningkatan sebanyak RM200 berbanding Realme 12 Pro+. Berikut adalah harga jualan siri Realme 13 Pro di Malaysia:

  • Realme 13 Pro+ (RAM 12GB dan storan 512GB) – RM2,299
  • Realme 13 Pro (RAM 12GB dan storan 512GB) – RM1,999

Bagi meraikan pelancaran model terbaru ini, Realme Malaysia turut menyediakan promosi pembelian awal untuk pembelian bermula 20 September sehingga 18 Oktober. Pembeli dalam tempoh yang disebukan tadi bakal menerima hadiah bernilai sehingga RM1,137.



Hadiah tersebut adalah fon putik Realme Buds T110 (untuk pembeli model Pro+) dan fon putik Realme T01 (untuk pembeli model Pro), lanjutan waranti satu tahun, serta penggantian panel belakang dan skrin sekiranya retak dalam tempoh 730 hari. Kalau berminat, siri Realme 13 Pro boleh didapatkan melalui kedai jenama Realme, pengedar sah Realme atau di stor rasmi Realme di Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Realme 13 Pro dan Realme 13 Pro+

Realme 13 Pro
Realme 13 Pro+

Realme 13 Pro dan Realme 13 Pro+ berkongsi ciri dan spesifikasi yang hampir serupa. Kedua-duanya didatangkan dengan skrin AMOLED 6.7-inci berersolusi FHD+ dan kadar penyegaran 120Hz. Panel paparannya juga ada kecerahan puncak 2,000 nits dan mempunyai cakupan penuh warna gamut DCI-P3. Komponen skrin itu dilapisi dengan kaca Corning Gorilla 7i.

Atas papan utama, siri Realme 13 Pro dikuasakan cip Snapdragon 7s Gen 2, cip yang sama digunakan pada generasi lepas Realme 12 Pro+. Cip itu dipadankan dengan RAM sebesar 12GB dan storan 512GB. Tiada slot kad mikro-SD disediakan, tetapi pengguna boleh meluaskan RAM secara maya lagi 12GB, menjumlahkan 24GB RAM yang boleh digunakan.

Bahagian kamera adalah perkara yang membezakan antara dua model ini. Realme 13 Pro+ mempunyai tiga kamera di belakang yang terdiri daripada kamera utama 50MP OIS menggunakan sensor Sony LYT-701, kamera telefoto periskop 50MP dengan sensor Sony LYT-600 dan kamera ultralebar 8MP. Kamera telefoto itu mampu untuk zum optikal 3x dan digital sehingga 120x.

Realme 13 Pro juga menampilkan kamera ultralebar 8MP dan kamera utama 50MP OIS, tetapi kamera utamanya menggunakan sensor Sony LYT-600 yang menyokong untuk zum optikal 2x. Untuk selfie, kedua-dua mempunyai kamera hadapan 32MP yang diletakkan dalam lubang di atas skrin.

Sistem pengimejan siri Realme 13 Pro ini turut dipertingkatkan dengan ciri AI seperti AI Ultra Clarity dan AI Smart Removal. Menurut Realme, AI Ultra Clarity boleh menambah baik kejelasan imej bagi tangkapan dengan zum sehingga 30x, manakala AI Smart Removal pula membenarkan objek mengganggu dipadam dalam gambar.

Berkenaan tenaga, ia disalurkan oleh bateri berkapasiti 5,200mAh untuk kedua-dua model dalam siri ini. Namun, model Pro+ menyokong pengecasan lebih pantas pada 80W berbanding 45W di model Pro. Ciri lain yang disokong untuk kedua-dua model termasuk Bluetooth 5.2, WiFi 6, 5G, NFC, kalis air IP65 dan pengimbas cap jari dalam skrin.

Realme 13 Pro+
Realme 13 Pro dan 13 Pro+
Realme 13 Pro

Siri Realme 13 Pro ini akan menjalankan sistem operasi realme UI 5.0 berasaskan Android 14 sejurus keluar kotak. Realme 13 Pro+ ditawarkan dalam warna emas dan hijau, manakala Realme 13 Pro pula tersedia dalam pilihan warna ungu dan hijau.

Sebarang maklumat lanjut anda boleh dapatkan di laman produk Realme 13 Pro+ dan Realme 13 Pro.

Bacaan berkaitan

  • Realme Buds T01 terbaharu promosi harga RM79 dalam waktu terhad
  • Realme Payday Sale beri diskaun pelbagai telefon dan tablet, harga serendah RM28
  • Realme SuperSonic Charge 320W, adakah ia akan menjadi kenyataan minggu ini?
Tags: RealmeRealme 13 ProRealme 13 Pro+Realme Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Siri Realme 13 Pro dilancar, hadir dengan kamera telefoto periskop 50MP dan pengecasan 80W

Siri Realme 13 Pro dilancar, hadir dengan kamera telefoto periskop 50MP dan pengecasan 80W

19 September 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER