• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama DJI

DJI Osmo Action 5 Pro: Naik taraf skrin OLED dan prestasi HDR lebih baik, bermula RM1,799

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:16 pm
  • 20/09/2024
  • Komen
DJI Osmo Action 5 Pro: Naik taraf skrin OLED dan prestasi HDR lebih baik, bermula RM1,799
Share on FacebookShare on Twitter

DJI telah mengumumkan kamera aksi terbaru mereka, Osmo Action 5 Pro. Ia menggantikan tempat Osmo Action 4 terdahulu, serta merupakan jawapan DJI kepada GoPro Hero 13 yang dilancarkan tempoh hari. Sementara fizikaliti Action 5 Pro kelihatan tidak berubah berbanding Action 4, ia membawakan beberapa naik taraf ketara pada bahagian skrin, hayat bateri dan sensor kamera yang digunakan.

Sensor kamera dipertingkatkan

Untuk rakaman, Action 5 Pro masih kekal menggunakan sensor bersaiz 1/1.3″, tetapi telah dipertingkatkan untuk ada tahap Dynamic Range mencecah 13.5 stops, yang menterjemah kepada prestasi HDR lebih baik. Ia juga kini boleh merakam 4K pada kadar 120fps dalam nisbah 4:3 berbanding hanya 16:9 pada model sebelum ini, serta menyokong rakaman video bergerak perlahan FHD pada kadar sehingga 960fps menggunakan kaedah interpolasi.



Selain itu, ia juga mempunyai mod ‘SuperNight’ baharu yang menggunakan algoritma AI untuk tawarkan rakaman jelas walau dalam keadaan bercahaya malap. Julat ISO yang dimiliki Action 5 Pro juga lebih tinggi mencecah 51200 untuk video dan sehingga 25600 untuk foto.

Sensor itu juga boleh menangkap gambar dengan resolusi 40MP, tiga kali ganda lebih tinggi berbanding 10MP di Action 4. Walau bagaimanapun, kadar bitrate Action 5 Pro mengalami sedikit turun taraf, iaitu 100Mbps daripada 130Mbps di model sebelum ini.



Ciri penstabilan imej RockSteady 3.0+ dan HorizonSteady masih boleh anda temui pada Action 5 Pro. Tetapi, model terbaru kini ditambah dengan fungsi ‘Subject Tracking’ yang mampu untuk mengesan dan menyesuaikan komposisi rakaman supaya subjek kekal berada ditengah-tengah bingkai. Bagaimanapun, rakaman dengan fungsi ini terhad pada resolusi 2.7k.

Kini mengguna pakai panel paparan OLED lebih besar

Pada bahagian skrin, Action 5 Pro kini didatangkan dengan panel paparan OLED, naik taraf daripada LCD pada model sebelum ini. Dimensi skrin juga sedikit lebih besar kerana skrin depan dan belakangnya memilik bezel lebih nipis. Di belakang, ia menggunakan skrin 2.5-inci dengan resolusi 400×712, manakala skrin depan pula bersaiz 1.46-inci dengan kepadatan piksel 331ppi.

Yang menariknya, skrin depan dan belakangnya juga boleh mempreviu video 10-bit D-Log M, dengan pengguna pengguna ada keupayaan untuk melaraskan warna dan kecerahan dalam rakaman berformat RAW terus dari skrinnnya.

Hayat bateri dua kali ganda lebih lama

Unit bateri yang dimuatkan dalam Action 5 Pro juga lebih besar, iaitu 1950 mAh berbanding 1770mAh di Action 4. Dengannya, DJI menyatakan yang hayat bateri Action 5 Pro kini 50% lebih baik dengan sokongan masa rakaman hampir sekali lagi panjang sehingga 240 minit atau 4 jam.

Lagi perkara baharu pada Actio 5 Pro adalah ia didatangkan dengan perkakasan terbina untuk mengukur tahap tekanan air dan altitude, bersama-sama dengan storan terbina sebesar 47GB. Slot kad mikro-SD juga tersedia membenarkan peluasan storan sehingga 1TB.

Berat kamera aksi terbaru ini sedikit lebih berat pada 146g, naik 1 gram daripada 145g di Action 4. Untuk prestasi kalis air, badan Action 5 Pro kini memiliki pengesahan EN13319 dan ia boleh dibawa selam sedalam 20 meter tanpa sarung kalis air dan sedalam 60 meter dengan sarung kalis air.

Harga DJI Osmo Action 5 Pro di Malaysia

Dengan semua penambahbaikan yang dilakukan, menariknya, Action 5 Pro ditawarkan pada harga lebih murah dari model sebelumnya, bermula RM1,799. Ia juga disediakan dalam beberapa lagi kombinasi bersama aksesori lain, dengan harga maksimum pada RM2,566. Anda boleh dapatkan DJI Osmo action 5 Pro di Lazada dan Shopee.

Sebagai perbandingan, GoPro Hero 13 Black lebih mahal dijual pada harga sekitar RM1,999 di Malaysia. Walaupun kamera baharu DJI ini lebih murah, dilihat spesfikasi yang ditawarkan Action 5 Pro lebih baik kerana ia ada masa rakaman lebih panjang walaupun kapasiti bateri lebih kurang sama, mampu merakam video gerak perlahan 960fps pada FHD dan menggunakan sensor lebih besar bersaiz 1/1.3-inci berbanding 1/1.9-inci di GoPro Hero 13 Black.

GoPro Hero 13 Black

Namun, kelebihan kamera GoPro 13 Hero Black adalah ia boleh dipadankan dengan lebih banyak jenis lensa seperti makro, anamorphic, ND Fliter, serta boleh disambungkan secara magnetik untuk bekalkan tanpa had.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk DJI Osmo Action 5 Pro.

Bacaan berkaitan

  • DJI Neo drone video 4K harga bawah RM900, termurah dan terkompak
  • DJI Avata 2: Lebih nipis tapi terbang lebih lama, harga bermula RM3,999
  • DJI Mini 4 Pro warisi ciri keselamatan siri Mavic dan kini terbang lebih lama
Tags: djidji osmoDJI Osmo Action 5 Prokamera aksiOsmo Action 5 Pro
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

DJI Osmo Action 5 Pro: Naik taraf skrin OLED dan prestasi HDR lebih baik, bermula RM1,799

DJI Osmo Action 5 Pro: Naik taraf skrin OLED dan prestasi HDR lebih baik, bermula RM1,799

20 September 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER