• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Proton e.MAS 7 mulakan kembara 2,000km kelilingi Malaysia, Oktober 2024 ini

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:45 am
  • 22/09/2024
  • Komen
Proton e.MAS 7 mulakan kembara 2,000km kelilingi Malaysia, Oktober 2024 ini
Share on FacebookShare on Twitter

Hari pelancaran Proton e.MAS 7 semakin hampir. Syarikat automotif utama negara itu melancarkan kempen e.MAS 7 Tour yang melibatkan aktiviti kembara menggunakan EV pertama Proton itu menempuhi lebih 2,000km perjalanan merentasi Malaysia.

Hari pertama kembara telah ditetapkan pada 5 Oktober 2024 daripada Proton Shah Alam turun ke selatan masuki Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Kemudian daripada selatan ia akan naik ke utara melalui Pahang, Terengganu dan Kelantan sebelum pergi semula ke pantai barat Semenanjung Malaysia melalui Perak, Pulau Pinang, Kedah, dan Perlis. Ia melengkapkan kembara Semenanjung Malaysia dengan kembali semula ke Lembah Klang dan seterusnya pergi ke Sabah dan Sarawak.



Tapi sebelum kembara bermula, persiapan prakembara akan dilakukan pada 25 dan 26 September 2024 apabila kereta itu akan dipandu sekitar Putrajaya dan Shah Alam untuk orang awam melihat EV yang akan Proton lancarkan, secara lebih dekat.

e.MAS 7 terima baton kembara daripada Geely Galaxy E5 China

Kembara e.MAS 7 Malaysia ini adalah sambungan kepada kempen serupa yang dijalankan Geely ke atas Galaxy E5 mereka. Galaxy E5 itu dipandu dari Guiyang China dan melalui Laos, Thailand, dan akhirnya tiba di Malaysia.



Di Proton Center of Excellence (COE) kami dapat melihat unit Galaxy E5 yang terlibat dengan kembara itu, ia diliputi lumpur-lumpur tebal menunjukkan ia berjaya tempuhi perjalanan yang sukar sejauh lebih 3,700km.

Sekiranya anda berminat untuk mengikuti kembara e.MAS 7, teruskan ikuti saluran-saluran rasmi Proton dan Proton e.MAS serta tanda #emas7tour dan #JELAJAHeMAS7.

Proton tekankan e.MAS 7 bukan rebadge

Sewaktu awal pengenalan e.MAS 7, ramai yang mengatakan yang ia adalah sekadar amalan rebadge sebuah Galaxy E5 yang ditukarkan kerusi pemandunya ke bahagian kanan. Walau bagaimanapun, Timbalan CEO Proton, Roslan Abdullah menjelaskan yang Proton terlibat scara aktif dengan Geely dalam pembangunan e.MAS 7.

@soyacincautiktok

Proton dah dedahkan nama dan rupa EV pertama mereka. Proton e.MAS7 akan temui ada tahun 2024. Sementara itu, jom kita walkaround #soyacincautiktok #soyacincau #ev #proton #emas #fyp #longervideo

♬ original sound – SoyaCincautiktok – SoyaCincautiktok

Proton telah menghantar 230 jurutera ke China untuk membangunkan e.MAS 7 bersama-sama Geely seawal Disember 2022, lebih awal daripada pengumuman Galaxy E5 yang dilakukan dalam bulan Februari 2023. Keterlibatan Proton termasuklah strategi produk, kejuruteraan, rekaan, dan kawalan kualiti versi RHD kepada Galaxy E5.

Proton e.MAS 7 dibangunkan di atas Global Modular Architecture (GMA) milik Geely yang turut akan menjadi asas kepada model-model Proton selepas ini sama ada EV, hibrid, ataupun petrol. Proton e.MAS 7 menggunakan teknologi Aegis Short Blade Battery yang telah diuji secara intensif dibawah keadaan mencabar. e.MAS 7 juga akan mengguna pakai sistem inforia Flyme Auto yang dibangunkan syarikat telefon pintar Meizu selepas ia diambil alih Geely tak lama dulu.

Harga Proton e.MAS 7 masih lagi menjadi misteri buat masa ini namun ramai yang berharap ia akan dijual pada harga bawah RM100,000 lantas menjadi EV paling mampu milik dalam pasaran Malaysia.

Bacaan berkaitan

Proton e.MAS 7 diuji secara intensif, lepasi banjir 400mm

Proton e.MAS 7 sertai perarakan Hari Kebangsaan 2024 di Putrajaya

EV Proton e.MAS 7 dilihat terokai jalan Kuala Lumpur

Tags: emas 7EVprotonProton e.MASproton emas 7
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Proton e.MAS 7 mulakan kembara 2,000km kelilingi Malaysia, Oktober 2024 ini

Proton e.MAS 7 mulakan kembara 2,000km kelilingi Malaysia, Oktober 2024 ini

22 September 2024
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER