• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Proton e.MAS 5 membuat penampilan rasmi, dijadualkan dilancar pada suku ke-4 2025

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:21 pm
  • 08/05/2025
  • Komen
Proton e.MAS 5 membuat penampilan rasmi, dijadualkan dilancar pada suku ke-4 2025
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas berbulan desas-desus, kenderaan elektrik (EV) Proton seterusnya, e.MAS 5 kini diperlihatkan secara rasmi di Malaysian Autoshow 2025 di MAEPS Serdang. Ia dijadualkan dilancarkan pada suku keempat tahun ini.

Walau bagaimanapun, pendedahan hari ini tidak memperlihatkan reka bentuk penuh EV ini. Sebaliknya, e.MAS 5 yang dipamerkan masih diselubungi dengan balutan camouflage.



Bagi namanya pula, Proton menjelaskan nombor “5” pada e.MAS 5 merujuk kepada bentuk yang lebih kompak berbanding abangnya SUV yang lebih besar, e.MAS 7. Pada masa sama, pengeluar kereta nasional itu turut menyasarkan e.MAS 5 untuk golongan muda, manakala e.MAS7 pula ditujukan untuk kegunaan keluarga.

Spesifikasi Proton e.MAS 5?

Malangnya, spesifikasi rasmi e.MAS 5 masih lagi belum didedahkan buat masa ini. Namun begitu, kita boleh menjangkakan sedikit sebanyak apa yang bakal ditawarkan.



Ini kerana, e.MAS 5 dibina berasaskan model Geely Xingyuan, atau turut dikenali sebagai Geely Star Wish. Berikut adalah spesifikasi untuk model Xingyuan:

Varian asas: Bateri LFP 30.1kWh

  • Jarak pemanduan: ~280km (WLTP)
  • Kuasa motor: 78hp, 130Nm

Varian Premium: Bateri LFP 40.2kWh

  • Jarak pemanduan: ~380km (WLTP)
  • Kuasa motor: 114hp, 150Nm
  • Jarak roda 2,650mm
  • Ruang but belakang 375L, boleh ditingkatkan hingga 1,320L dengan kerusi diturunkan
  • Ruang but depan 70L dengan had berat 25kg
  • Konsol tengah 20L, laci papan pemuka 10L dan ruang simpanan bawah kerusi belakang
  • Kluster instrumen digital 10.25”
  • Skrin infotainmen 14.6” dengan sistem Flyme OS

Sebagai nota tambahan, Proton juga sebelum ini ada mengatakan bahawa bateri voltan tinggi untuk EV baharu ini akan ‘disertakan sekali’ pada kereta. Kenyataan ini mungkin merujuk kepada rancangan Perodua yang bercadang untuk memperkenalkan EV mereka akan datang dengan bateri yang perlu disewa.

Tags: e.MAS 5EVev protonkenderaan elektrikMalaysian AutoshowMalaysian Autoshow 2025protonProton e.MASProton e.MAS 5
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Proton e.MAS 5 membuat penampilan rasmi, dijadualkan dilancar pada suku ke-4 2025

Proton e.MAS 5 membuat penampilan rasmi, dijadualkan dilancar pada suku ke-4 2025

8 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER