• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengecas DC Handal berkuasa 400kW diaktifkan di JPO, harga sama RM1.50/kWh

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:56 pm
  • 23/09/2024
  • Komen
Pengecas DC Handal berkuasa 400kW diaktifkan di JPO, harga sama RM1.50/kWh
Share on FacebookShare on Twitter

DC Handal dilapor telah menaik taraf stesen pengecasan EV mereka di Johor Premium Outles (JPO) dengan pengecas DC yang lebih berkuasa. Stesen pengecas JPO mereka kini menampilkan pengecas Autel MaxiCharger DC HiPower, dan ia mampu menawarkan output kuasa sehingga 400kW menerusi 8 ruang pengecas yang tersedia.

Ini jauh lebih berkuasa berbanding pengecas DC Kempower 200kW yang diperkenal DC Handal sebelum ini di JPO. Dengan naik taraf pengecas DC berkuasa 400kW, ia juga menjadikan JPO hab pengecasan EV berkelajuan tinggi terbesar di Malaysia, dengan kombinasi output sehingga 600kW dan 12 pengecas DC.



Pengecas 400kW Autel HiPower DC pertama di Asia Tenggara

Dikatakan yang ini adalah pengecas 400kW Autel HiPower DC yang pertama dipasang di Asia Tenggara. Di JPO, pengecas DC ini terletak di hadapan pintu masuk JPO berhampiran medan selera dan Godiva. Terdapat 4 unit Autel MaxiCharger DC HiPower dengan dua nozel CCS2 di setiap terminal, dan terminal tersebut bersambung dengan MaxiCharger DC HiPower Power Cabinet sebagai punca kuasa.

MaxiCharger DC HiPower Power Cabinet itu sebenarnya mampu untuk menawarkan output sehingga 640kW, tetapi DC Handal tetapkannya untuk ada jumlah output 400kW. Kuasa 400kW itu juga akan dibahagi secara dinamik kepada 8 nozel yang ada. Untuk pastikan pengagihan kuasa yang cekap, pengecas tersebut akan memperuntukkan kapasiti pengecasan berdasarkan keperluan, sama seperti Dynamic Power Sharing solution Kempower.



Semasa percubaan kami, pengecas dapat berikan kuasa output DC 160kW semasa tiga lagi kenderaan EV tengah dicas. Harga yang ditawarkan pengecas ini juga adalah sama seperti stesen pengecasan DC Handal lain, iaitu pada kadar RM1.50/kWh serta terminal turut menerima pembayaran tanpa sentuh menggunakan kad kredit dan kad debit.

Sebagai alternatif, pengecas juga boleh diaktifkan menggunakan aplikasi ChargeEV dan JomCharge. Berdasarkan pemerhatian di skrin terminal, setiap nozel dikonfigurasikan untuk berikan kuasa output sehingga 250kW.

4 terminal pengecas DC Kempower 200kW

Di samping pengecas DC Autel, seperti yang ditakatakan awal tadi, terdapat juga 4 unit pengecas DC Kempower 200kW dengan satu nozel CCS2 di setiap terminal. Pengecas ini juga berharga RM1.50kWh. Bagi pengecas AC pula, DC Handal juga ada menyediakan dua Autel AC 22kW yang berharga RM0.90/kWh.

Bagaimanapun, perlu untuk anda tahu yang JPO menetapkan had pengecasan selama 4 jam. Jika anda mengecas lebih daripada masa yang ditetapkan, pihak JPO ada hak untuk clamp kenderaan anda dan denda sebanyak RM100 akan dikenakan untuk clamp dialihkan.

Setakat ini, DC Handal telah mengaktifkan beberapa pengecas di lokasi lain. Ini termasuk 14 unit pengecas DC di Bangsar South, serta beberapa lagi pengecas DC di Gua Musang, Tol Assam Jawa dan Menara Matrade.

[Sumber: SoyaCincau]

Bacaan berkaitan

  • DC Handal aktifkan pengecas 200kW di Menara Matrade, RM1.30/kWh
  • Pengecas EV DC Handal Gua Musang diaktifkan, kadar RM1.30/kWh
  • WCE ada stesen EV DC Handal 200kW di Tol Assam Jawa
Tags: automotifdc handalEV
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Pengecas DC Handal berkuasa 400kW diaktifkan di JPO, harga sama RM1.50/kWh

Pengecas DC Handal berkuasa 400kW diaktifkan di JPO, harga sama RM1.50/kWh

23 September 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER