• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy S24 FE, Tab S10+ dan Tab S10 Ultra akan dilancar dalam masa terdekat?

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:10 pm
  • 24/09/2024
  • Komen
Samsung Galaxy S24 FE, Tab S10+ dan Tab S10 Ultra akan dilancar dalam masa terdekat?
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung nampaknya bakal melancarkan telefon pintar ‘Fan Edition’ terbaru mereka, iaitu Samsung Galaxy S24 FE dalam masa terdekat ini. Ini selepas Samsung Vietnam mendedahkan tarikh sebuah pelancaran yang akan diadakan pada 26 September 2024 menerusi sebuah teaser video yang dimuat naik di YouTube.

Video tersebut menunjukkan sisi bingkai telefon bersama-sama perkataan Galaxy AI, mungkin merujuk kepada Galaxy S24 FE yang akan ditambah dengan kuasa Galaxy AI. Berdasarkan video teaser yang sama, dilihat Samsung Vietnam juga telah pun membuka pendaftaran minat dengan menawarkan rebat sehingga VND2,000,000 (~RM343) kepada mereka yang mendaftar.



Namun, tiada pendaftaran minat yang dibuka di Malaysia untuk Galaxy S24 FE yang bakal dilancarkan. Namun, memandangkan Malaysia adalah antara pasaran utama Samsung, kita boleh jangka pratempah untuk Galaxy S24 FE akan dibuka sejurus pelancarannya di pentas antarabangsa. Sebagai perbandingan, Galaxy S23 FE dilancarkan pada 4 Oktober dan kemudiannya mula dijual di Malaysia pada 10 Oktober.

Jangkaan spesifikasi Galaxy S24 FE

Spesifikasi Galaxy S24 FE masih belum didedahkan oleh Samsung. Namun, berdasarkan khabar angin dalam talian, Galaxy S24 FE dijangka akan didatangkan dengan skrin Dynamic AMOLED 2X 6.7-inci dengan kadar penyegaran 120Hz. Ia juga dikatakan akan dikuasakan cip Exynos 2400, cip yang sama menguasakan siri Galaxy S24.



Sumber gambar: AndroidHeadlines

Melihat pada imej yang di atas, Galaxy S24 FE juga mengekalkan rupa seakan generasi sebelumnya dengan menggunakan tetapan tiga kamera di belakang. Kamera-kamera ini mungkin terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera ultralebar 12MP dan kamera telefoto 8MP. Untuk selfie, terdapat kamera 10MP yang ditempatkan dalam lubang di atas skrin.

Untuk tenaga, bateri berkapasiti 4,500mAh dijangka akan dipasang dalam Galaxy S24 FE dengan sokongan pengecasan 25W. Seperti yang dikatakan tadi, Galaxy S24 FE juga mungkin akan dilengkapi dengan Galaxy AI dan sepatutnya akan didatangkan dengan sistem operasi One UI 6.1.1 berasaskan Android 14 sejurus keluar kotak.

Sumber gambar: AndroidHeadlines

Maklumat berkenaan harga sudah tentulah hanya akan diketahui ketika pelancarannya nanti. Diharapkan yang ia dilancarkan pada harga bawah RM3,000 di Malaysia. Sebagai perbandingan, Galaxy S23 FE dilancarkan pada harga RM2,999 untuk varian 128GB dan RM3,299 untuk varian 256GB.

Menjelang pelancaran Galaxy S23 FE, Samsung juga ada menyediakan promosi tempahan awal, dengan menawarkan storan dua kali ganda dan rebat RM500 menjadikan harga Galaxy S23 FE turun kepada RM2,499.

Samsung Galaxy Tab S10+ dan S10 Ultra akan dilancar juga?

Di samping Galaxy S24 FE, Samsung juga mungkin akan melancarkan dua tablet flagship terbaru iaitu Galaxy Tab S10+ dan Tab S10 Ultra. Spekulasi mengatakan kedua-dua tablet akan diperkasa cip MediaTek Dimensity 9300+ dan bukannya cip Exynos atau Snapdragon yang biasa digunakan pada tablet Samsung sebelum ini.

Pada bahagian skrin, Galaxy Tab S10+ akan hadir dengan skrin 12.4-inci, manakala S10 Ultra akan ada skrin lebih besar pada 14.6-inci. Kedua-dua tablet juga dijangka akan menggunakan panel paparan Dynamic AMOLED 2X, ada sistem kuad speaker, sokong pengecasan pantas 45W dan menerima kemas kini OS Android sebanyak 7 kali.

[Sumber: SoyaCincau]

Bacaan berkaitan

  • Samsung Galaxy A06: Telefon bajet dengan 2 tahun jaminan dan pengecas percuma
  • Samsung nak beri Music Frame percuma, ini cara untuk menanginya
  • Circle to Search diperluas ke siri Samsung Galaxy A dan Tab S9 FE
Tags: Galaxy AIGalaxy S24Galaxy S24 FEGalaxy Tab S10 UltraGalaxy Tab S10+samsungsamsung galaxySamsung Galaxy S24 FE
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Samsung Galaxy S24 FE, Tab S10+ dan Tab S10 Ultra akan dilancar dalam masa terdekat?

Samsung Galaxy S24 FE, Tab S10+ dan Tab S10 Ultra akan dilancar dalam masa terdekat?

24 September 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER