• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pesaing Galaxy Z Flip6 daripada Infinix ini harganya cuma RM2,999

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:33 pm
  • 25/09/2024
  • Komen
Pesaing Galaxy Z Flip6 daripada Infinix ini harganya cuma RM2,999
Share on FacebookShare on Twitter

Infinix telah mengumumkan mereka bakal sertai pasaran telefon lipat dengan pengenalan peranti terbaru, iaitu Zero Flip. Ia adalah telefon lipat jenis flip pertama daripada Infinix dan dikatakan akan membawakan keupayaan merakam vlog beresolusi 4K, sama seperti siri Zero 40 Infinix.

Menurut Infinix, Zero Flip akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 1 Oktober 2024. Bagaimanapun, maklumat berkenaan spesifikasi Zero Flip masih lagi terhad buat masa ini. Tetapi, melalui kenyataan rasmi Infinix, mereka mendedahkan sedikit perincian mengenai spesifikasi dan rupa telefon lipat mereka.



Spesifikasi Infinix Zero Flip

Dilihat Zero Flip akan ada skrin luaran besar meliputi keseluruhan skrin dengan ada potongan pada kamera, menyamai Xiaomi Mix Flip yang dilancar sekitar Julai lepas. Infinix mengatakan saiz skrin luaran ini berukuran 3.64-inci dan sokong kadar penyegaran 120Hz. Namun, tiada maklumat tentang skrin dalamannya.

Perkakasan kameranya juga tidak didedahkan oleh Infinix. Tetapi mereka ada menyatakan Zero Flip boleh merakam dengan resolusi 4K pada kamera hadapan dan belakangnya. Sistem kameranya juga akan tampil dengan ciri ProStable untuk berikan hasil berkualiti tinggi dan rakaman vlog lebih stabil.



Selain itu, Zero Flip ini juga akan menggunakan engsel ‘Zero-Gap’ dengan skrin yang ada kesan lipatan minima. Bagaimanapun, itu sahaja perincian yang didedahkan Infinix setakat ini. Lebihan maklumat berkaitan Zero Flip pasti akan diketahui apabila ia dilancarkan dalam masa beberapa hari lagi.

Harga Zero Flip didedahkan menjelang pelancarannya

Walau bagaimanapun, menjelang pelancarannya, telah ada pengedar tempatan yang sudah pun menyenaraikan Zero Flip, lantas mendedahkan harga serta spesifikasi penuhnya. Berdasarkan penyenaraian itu, Zero Flip akan dijual dalam satu varian RAM 8GB dan storan 512GB pada harga RM2,999.

Zero Flip akan dikuasakan cip MediaTek Dimensity 8020 dan menggunakan skrin dalaman jenis AMOLED 6.9-inci FHD+ dengan kadar penyegaran 120Hz. Ia juga didatangkan dengan bateri 4,720mAh dan menggunakan kamera utama 50MP OIS, kamera ultralebar 50MP dan kamera hadapan 50MP.

Untuk perbandingan, Zero Flip dilihat jauh lebih murah berbanding Galaxy Z Flip 6 yang berharga RM4,999 dan Oppo Find N3 Flip yang harga bermula RM3,999. Namun, Galaxy Z Flip 6 dan Find N3 Flip ada prestasi lebih berkuasa dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 3 dan MediaTek Dimensity 9300, serta RAM lebih besar 12GB. Find N3 juga ada kamera telefoto 32MP.

Namun, kelebihan Zero Flip ini adalah ia memiliki storan 512GB pada harga lebih murah, bateri jauh lebih besar, skrin luaran gergasi meliputi keseluruhan penutup telefon, serta kamera selfie beresolusi 50MP. Pastinya menarik untuk lihat bagaimana Zero Flip ini akan bersaing dengan telefon lipat lain apabila dilancarkan nanti.

[Sumber gambar]

Bacaan berkaitan

  • Infinix Smart 9 dilancar dengan skrin 120Hz dan speaker stereo, harga Malaysia bawah RM300?
  • Infinix Smart 8, telefon paling murah boleh beli kalau bajet anda sedikit
  • Infinix Smart 8 Pro, kamera 50MP dan ciri Dynamic Island paling murah di Malaysia
Tags: InfinixInfinix MalaysiaInfinix Zero Flip
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Pesaing Galaxy Z Flip6 daripada Infinix ini harganya cuma RM2,999

Pesaing Galaxy Z Flip6 daripada Infinix ini harganya cuma RM2,999

25 September 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER