• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Infinix Smart 9 kini rasmi di Malaysia, telefon termurah ada skrin 120Hz dan speaker stereo

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:38 pm
  • 26/09/2024
  • Komen
Infinix Smart 9 kini rasmi di Malaysia, telefon termurah ada skrin 120Hz dan speaker stereo
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang dijangka, Infinix Malaysia hari ini telah melancarkan secara rasmi Smart 9, telefon kelas permulaan terbaru mereka untuk pasaran Malaysia. Ia membawakan beberapa naik taraf berbanding Smart 8 terdahulu dan merupakan telefon termurah Infinix setakat ini, dilancarkan pada harga bawah RM300, tetapi masih dilengkapkan dengan ciri menarik seperti skrin 120Hz dan speaker stereo.

Harga dan ketersediaan Infinix Smart 9 di Malaysia

Infinix Smart 9 boleh mula didapatkan di Malaysia bermula hari ini, 26 September 2024. Ia dijual di Malaysia pada harga RM299 untuk satu-satunya varian dengan RAM 3GB dan storan 64GB. Anda boleh dapatkannya melalui stor rasmi Infinix di Lazada, Shopee dan TikTok.



Walau bagaimanapun, berdasarkan tinjauan di Lazada dan Shopee, Smart 9 dijual di Malaysia pada harga RM319. Sementara terdapat baucar RM15 yang anda boleh tebus di Shopee, tetapi harganya masih lebih daripada RM300 dengan anda boleh membelinya pada harga RM304.

Spesifikasi Infinix Smart 9

Intinix Smart 9 didatangkan dengan skrin LCD sebesar 6.7-inci dengan resolusi HD, sedikit lebih besar berbanding 6.6-inci di Smart 8 dan sokong kecerahan puncak 500 nits. Namun, Smart 9 ada kadar penyegaran jauh lebih pantas 120Hz, naik taraf daripada 90Hz di model sebelum ini.



Terdapat juga fungsi Dynamic Bar di atas skrin yang boleh paparkan maklumat tambahan dengan membesarkan lubang kamera di hadapan.

Atas papan utama, telefon ini diperkasa cip Helio G81, iaitu satu lonjakan besar kerana Smart 8 dikuasakan cip Unisoc T606. Bagaimanapun, kapasiti RAM dan storan masih sama iaitu dengan sebanyak RAM 3GB dan storan 64GB disediakan. Slot kad mikro-SD juga masih ada jika storan tidak mencukupi.

Tiada perubahan yang diberikan pada sistem pengimejan. Smart 9 masih menggunakan kamera utama 13MP dan lubang di atas skrin menempatkan kamera hadapan 8MP. Tenaga telefon pula disalurkan oleh bateri berkapasiti 5,000mAh dan boleh dicas dengan kuasa 10W, sama seperti generasi sebelumnya.

Jek audio 3.5mm masih terdapat di bawah telefon, tetapi yang menariknya, Smart 9 kini dilengkapi speaker stereo dengan teknologi DTS yang katanya ada kelantangan kuat 300%. Ia juga ada kalis percikan air dan debu IP54, pengimbas cap jari di sisi serta didatangkan dengan sistem operasi XOS 14 berasaskan Android 14 sejurus keluar kotak.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Infinix Smart 9.

Bacaan berkaitan

  • Infinix Smart 9 dilancar dengan skrin 120Hz dan speaker stereo, harga Malaysia bawah RM300?
  • Infinix Smart 8, telefon paling murah boleh beli kalau bajet anda sedikit
  • Infinix Smart 8 Pro, kamera 50MP dan ciri Dynamic Island paling murah di Malaysia
Tags: InfinixInfinix MalaysiaInfinix Smart 9
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Infinix Smart 9 kini rasmi di Malaysia, telefon termurah ada skrin 120Hz dan speaker stereo

Infinix Smart 9 kini rasmi di Malaysia, telefon termurah ada skrin 120Hz dan speaker stereo

26 September 2024
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN